Thursday, April 21, 2011

Menawan Puncak Jerai

Salam semua...
Suatu ketika dulu pada tahun 2000, semasa aku masih di kolej pernah aku mendaki (trekking) kepuncak Jerai bersama rakan. Pendakian yang sungguh memenatkan. Jika tak silap kami mengambil masa hingga 4jam pendakian untuk sampai ke Puncak..Mana taknya, rata2 10-15 rakan yang turut serta bukanlah dari kumpulan yang aktif bersukan mahupon beriadah. Aku masih ingat lagi, beberapa rakan yang mengalami kekejangan yang amat teruk. Tidak terkecuali aku yang mengalami kekejangan sehari selepas pendakian tersebut (MC jugak lah 2 hari). Kenangan oh kenangan.....
Untuk rekod ketinggian puncak Gunung Jerai adalah 1200meter dari paras laut.

Hari ini..Ahad, 10 April 2011, setelah 10 tahun berlalu, aku sekali lagi telah menjejakkan kaki di puncak Jerai. Kali ini dengan kaedah yang berbeza. Bersama rakan dari Seluang Adventure Team aku berjaya menawan Jerai dengan berbasikal. Memang meletihkan hingga ketahap maksima.. tetapi seronok dan puas...

Bergambar di kaki gunung

rehat sebentar di km 4

take fire

Bergambar di Muzium Hutan



Puncak Jerai

Jerai nantikan kehadiran ku di lain masa..

Monday, April 11, 2011

Kayuhan Amal : Riadah Sambil Beramal

Allhamdulillah Kayuhan Amal Untuk Adik Muhammad Ariff Aizuddin anak kepada Mizi Venzo telah berjaya dilaksanankan dengan jayanya. Kayuhan yang melibatkan rakan2 MTB, Roadie, Fixie & Bloggers sekitar utara ini secara peribadinya sungguh membanggakan. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam pelaksanaan program ini. Semoga semangat & xtvt seperti ini dapat diterapkan dan dapat dibudayakan oleh semua rakan.. Kepada saudara Mizi Venzo semoga tabah & anak anda cepat sembuh. Sekian

Aku, Chaon, PakSu mewakili SAT dalam xtvt ini.. 


Berkumpul & berhimpun kelompok dari SP & K. Batas di Jalan Batu Puteh
 Bersama Otai2

Ketibaan orang kuat,,, Abg Megat

Berhimpun di Petronas Sg Kob..Sebelum ke rumah Mizi

Mizi Venzo... semoga beliau tabah menghadapi dugaan ini..

Abg Mail, Haji Ramli antara orang kuat dalam penganjuran program amal ini.. tahniah

 
Lelong2...Gerek Antik untuk dilelong.. Nilai bidaan akan disumbangkan kepada Mizi Venzo