Tuesday, June 29, 2010

BARU AKU TAU AZABNYA @ PENANG HILL

(kecundang di Bukit Bendera)
Selasa, 29 Jun 2010....Sekali lagi kejadian yang sering melanda aku akhir2 ni melanda lagik...Rancangan aku ngan beberapa riders WD nak terjah trek Bukit Gambir petang ni terpaksa di kensel disebabkan perkara yg xdpt dielakkan ... Kusangka Paneh Hingga Kepetang..Ropanya Pagi2 Dah Ujan..bak kata Hattan dlm lagunya..Kita mampu merancang ..Tuhan yang menentukan..tak perlu di kesahkan...O000000..

Oleh kerna aku dah siap bawa beskat n peralatan mengayuh dlm keta..so aku amik keputusan kayuh jugak..walaupon sedirian..mcm laa aku tak besa kayuh menyendiri..kali ni pon ada sora Bonian bisik kat telinga aku..suruh panjat Penang Hill..Destinasi yang belum pernah aku jejak..baik ngan Tren mahupon ngan pacuan 4roda apalagi ngan beskat..slama ni dok dengaq orang crita ja..hari meh aku plak slaku 'pendatang baru' dlm arena MTB ni nak rasa peritnya krabat Penang Hill nih..
Pehh..mmg perit untuk aku..curamnya xbleh tahan..tayar depan asyik nak trangkat ja..otot-otot kaki n lutut aku belum cukup kuat nak krabat bukit nih ..ponat..xdpt jugak aku sampai puncak...lebeh kurang 2km aku blah..nyawa dah mcm kobau ..ehe..maybe next time..(kena banyak training lagi laaaa)...DonHell plak membuatkan aku kecut perot..hangit abeh hangit brek aku...aduyaii
Biarpon aku kecundang kali ni...namum itu semua tak mematahkan semangat aku utk terus berkayuh...hari ni xbleh ..esok, lusa, minggu depan, bulan depan, tahun depan pasti boleh...yeaaaah..!!!ehehe..Penang Hill I will repeat

Sekian ...Adios

KEMAHIRAN KONSEPTUAL

SALAM SEJAHTERA & SELAMAT BEKERJA..mana yg xkeja slamat beristirehat @ slamat berehat bersama isteri..ehe

Sebagai pekerja, penyelia, pegawai atau ketua...adakah anda telah melaksanakan tugas yg diamanahkan sebaiknya selaras dengan tanggungjawab anda..?

Adakah anda pernah mendengar tentang
Kemahiran Konseptual? Tidak ramai yang biasa mendengarnya tetapi kemahiran ini sangat penting bagi anda memahami apakah visi dan misi anda.

Kemahiran Konseptual akan memberikan gambaran kepada anda dengan jelas tentang apakah cita-cita yang ingin dicapai oleh organisasi anda. Bekerja bukan hanya pergi ke pejabat untuk melakukan tugasan kerja anda, tetapi anda memahami tugasan yang dilakukan adalah selari hasrat organisasi.

Jika anda sebagai penyelia atau pegawai apa yang perlu anda lakukan kepada orang bawahan anda ialah,.. memberi faham kepada mereka :

Mengapa organisasi tersebut ditubuhkan?

Apakah objektifnya?

Apakah fungsinya terhadap masyarakat dan negara?

Pemahaman tentang perkara asas ini akan memberikan ruang mereka bekerja dengan efisien dan fokus.

Begitu juga dengan anda yang menjadi ketua kepada organisasi atau syarikat anda. Lakarkan apa visi dan misi syarikat sebelum anda melangkah lebih jauh dalam bidang yang anda ceburi. Kemahiran konseptual akan memacu syarikat anda berada di atas landasan visi yang tepat dan tersusun.

Sunday, June 27, 2010

TERJAH MOUNT ERSKINE

Sabtu, 26 Jun 2010 : Akhir2 ni banyak betoi dugaan yang aku hadapi..Banyak plan xmenjadi last menet..walaupon dah plan awai2..termasuklah jugak plan2 nak berkayuh ngan geng Gerek Kulim..tapi xpa aku reda..mungkin ada hikmahnya..Allah saja yg tau..

Crita pasai kayuh gerek..pada asai nya nak kayuh di Mini Jamboree Batu Kawan yg tak menjadi tu..langsung xmematahkan semangat aku sebagai pengayuh..mana2 pon leh kayuh asalkan ada gerek...ehehe..

So mcm besa la aku..kayuh solo & laluan yg kebiasaan jugak, tak len tak bukan ..'Menuju Puncak..Gemilang Cahaya'... Puncak Mutiara jerlah laluan pemanas badan aku..tak banyak keta.. udara pon nyaman..tayar xkotoq, coz layan road saja..

Tengah aku layan ayaq sejuk kat ataih puncak lepaih letih 'krabat' bukit tuh tiba2 macam ada orang berbisik kat tlinga aku....sora bunian ka..(ehehe xdak aih mlawak ja..)
Haa...betoi ka..hang ada bukti..okey2..jom kita pi, kita TERJAH.. kita terjah untuk satu kepastian..Yaaarghhhhzzz tuih..!!!

Tengok jam pon awai lagi..baru 8.15..tanpa buang masa aku teruih pederaih layan downhill nak ke tempat yg di katakan tu..bukan apa lambat2 kang xda geng MTB yg kayuh.. takut jugak kayuh sorank2 dalam utan...

Katna tu..Mount Erskine laa..mana lagik..dipahamkan trek ni di buat khas untuk kaki2 DownHill....lama dah aku dok dengaq orang cakap..dekat ja ngan rumah aku..tapi baru hari ni aku sampai..so apa lagik..
Moh kite terjah ..kita menerjah..iyeah iyeah iyeah..!!..mcm besa aku sentiasa solo..jgn ada benda pelik yg terjah aku sudah...ehe

Nyaman betoi udara kat sini...sejuk segar..belum dicemari..
sunyi ja..mana laa makluk bernama manusia nih..

Gambaq mesti mau amik..ehe

Akhirnya pucuk dicita ulam mendatang..jumpa jugak riders len..so apa lagik sua kenai laa dulu..
aku bersama riders from Western Digital..Abg Ariffin(tengah) & Bro Nazli...rupanya Abg Pin ni dok kat Lunas...xpa Abg len kali kita terjah trek Sg Sluang plak


gambaq lagik
tolak jangan tak tolak bang...eheNo. 23..dah puncak dah laa...Bergambar dulu sebelum layan DownHill

layan....kecut proot jugak..

Bro Fadli..amik mood nak lompat

Laaa..ingat mau lompat ......makan tepi la pulak..ahaha

Lastly...SEMPOI

Sunday, June 6, 2010

Road to Sedim Recreation Park

Sunday, June 7, 2010,
(title ja in English..but citenye tetap in Bahasa Melayu...ehe)
Seperti yg dirancang pagi ni geng Gerek Kulim mau layan road ke Sedim..awat layan road plak dah..? dh beli road bike ka.? tak aih...ni semua pasai baloq liat nak basuh gerek la..besa laa , musim ujan..kalu layan offroad mau belemoih satu badan...

5 orang ja kayu hari ni...aku-chaon-zizan-syarul & cikgu din(gerek bukit)..


Minggu depan Insyaallah nak terjah trek2 yang ada di Penang plak..set bagi jadi...kayuh tetap kayuh..walaupon sekadar kayuh pi beli belacan...