Friday, June 21, 2013

Jenguk.........

Tanjung Tokong, Penang..Jumaat, 21 Jun 2013..Pergh ..lama betoi aku tak menjenguk laman ini.. bukan tahap bersawang.. Seperti mana gerekku yang tergantung dalam bilik tidur.. Mengkala gerek tunggangan ku itu buatannya dari logam besi mau saja berkarat berkupil jadinya tahap besi buruk.. Nak kata cbuk tak cbuk mana.. cuma sejak beralih tempat dan posisi kerja ni tak nyempat nak berblog.. Anyway.. walaupon nyelam lama sampai kedasar.. Diharapkan ianya tak mati lemas bgitu saja.. Insyallah

Thursday, July 19, 2012

SALAM rAMADHAN AL MUBARAK

Pejam celik esok dah 1 ramadhan.. so, dikesempatan hanya seminit dua ni.. aku ucapkan 
SELAMAT BERPUASA kepada semua rakan taulan.

Tuesday, April 3, 2012

Mula dah.....

Kayuh.. dah mula dah kayuh... semangat dah mai... lepas ni ujung minggu jgn carik aku klu tak da dalam hutan... kekeekke..

Friday, March 16, 2012

Hilang Sibuk Bila Rindu Kembali...??

xtools wallmount storage mountain bike hanger   X Tools Wallmount Storage Mountain Bike Hanger

Pheewwww... bersawang sudah blog ni malah angkut2 jugak dah buat sarang.. Lama sudah, bukan setakat tak update, lebih teruk aku sendiri tak menjenguh laman milik ku ini.. hampeh betoi.. Hang hilang pi mana woi...!!
 
Hilang..?
Menyorok kat mana.. bawak diri ka kena kidnap.. jgn buat pasai.. la nie byk bebudak kena kidnap, bunuh, bakar, simpang.... hehehe.. lama betoi menyepi.. sepurnama sudah.. beskal pon gantung lama dah dalam bilik belakang..  xda masa nak belek2..sibuk lah sangat...

Sibuk..?
Kesibukan melampau yang kononnya tak dapat di atasi, dalam sibuk berat badan naik mendadak, perut pon dah sampai ke dada.. sibuk penama.. org lain sibuk pipi cengkung..perot kempis.. aku... sibuk bela perut gamaknya.. ngalahkan ibu ngandung 6 bulan.. punggah....!!! bila masanya aku tak sibuk..

Bila..?
Kawan2 ada tanya bila nak kayuh sesama.. macam dulu.. lama sangat gantung beskal.. sampai depa pon dah bosan nak ajak kayuh.. apa taknya.. bila ajak ada saja alasan menolak.. bila di ajak ditolak..bila tolak tu nak mengelak lah.. sibuk.. ada kerja.. itu saja alasan aku bila ditanya.. bila masanya aku tak bekerja.. bila oh bila.. dalam bergurau juga bertanya 'beskal hang nak jual tak.. jual2 murah2 dah la..' hahaha... Rindu kat hempa..

Rindu..?
Tak dinafikan, aku memang rindu giler nak kayuh.. rindu kat kengkawan semua.. rindu kutuk cerca, gurau senda, gilai tawa.. rindu udara segar alam rimba, rindu angin gunung bukit di teroka.. juga rindu bau asap kereta.. pergh.... nyaman.. !!!

Kembali..?
Insyallah , lepas suku tahun pertama ni aku akan kembali.. kembali mengayuh.. kembali menerjah kebun ladang, gunung ganang.. so.... get ready my pren.. nanti jgn ada yg menolak bila aku ajak kayuh ya.. bleh percaya ka...?

Friday, February 3, 2012

Maulidur Rasul 1433H

Salam sejahtera buat semua...


Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1433 H
Credit to Rose Islam

Marilah kita sama-sama berselawat ke atas baginda..

Tuesday, January 3, 2012

ROAD TO TEPENG 2011

Salam sejahtera & Salam Tahun Baru
Sabtu, 31 Disember 2011 lepas, satu lagi pencapaian peribadi aku dalam arena sukan berbasikal tercoret. Seramai 6 orang riders yg join kayuhan kali ni iaitu aku sendiri, Chaon, Paksu, Din & 2 muka baru Firdaus dan Jamal. Juga turut serta sebagai Support Car saudara Lan & Fendi. 

Kayuhan sejauh 91km yang bermula dari Sungai Seluang - Kulim Hitech - Batu 10 - Sungai tengas - Selama - Kubu gajah - Pondok Tanjung & tamat di Taman Tasik Taiping dengan melalui jalan raya keseluruhannya. Bermula agak lewat iaitu sekitar jam 9.00 pagi dan tamat kayuhan sekitar jam 2.30 petang. Permulaan kayuhan yang agak santai bagi melayan 2 orang muka baru. Menghampiri kilometer 50 amatlah memeritkan kerana keadaan cuaca panas terik. Hampir-hampir berpatah semangat.. namun semangat yang berbekal dihati, kayuhan tetap diteruskan hingga ke penamat.Syabas untuk aku dan semua yang turut serta..

punggah.... jam 9 tak gerak lagi.
meluncur ke Kuli Hitech
Regroup di Sungai Tengas.. Chaon still steady
time ni aku ok lagi.. road camna pon tak kesah.. haha
support car.. mengintai kalau2 ada yg surender
Lan cuba menggoda dengan buahnya.. tak kuat 'iman' gerenti terbabas.. Masyallah
Masih dalam group.. still leh senyum
Sesekali Chaon cuba menjarakkan diri..

Rest & baham mee rebus di Pekan Kubu Gajah.. lapar2..
mak aih.. topup cabai lagi.. bleh cirit wo...
Hiway Kubu gajah -Pondok tanjung.. matahari dah atas kpala.. perit2...
apsai pulak ni... ada yang menyerah..
sampai dah taman Tasek taiping
pusing 1 round dulu.. cari port lepak

baham apa tu...
tudia....  ni yang sempoi
nidia..jejaka-jejaka SAT


oih..... mana mai pulak pic ni...

Friday, December 23, 2011

FIRE X- RIDE JAMBOREE

Fire X-Ride Jamboree 2011 yang telah berlangsung pada hari Sabtu, 17 Disember 2011 lepas bertempat di Alor Gajah Melaka adalah merupakan penutup jamboree untuk aku pada tahun ini. Event anjuran Cycle X MTB ini berjaya dilaksanakan dengan sempurna sekali. ( secara keseluruhannya aku rasakan ianya sempurna..walaupon ada sedikit kekurangan yg boleh diperbaiki). Ianya telah menarik penyertaan seramai 1,200 orang dari seluruh pelusuk tanahair.

Seperti kebiasaannya pernyertaan aku dalam event-event sebegini akan ditemani oleh rakan-rakan dari Seluang Adventure team (SAT). Aku, Paksu, Chaon, Din, Amin, Ariff & Amir yang kesemuanya berjumlah 7 org mewakili SAT kali ni. (semua pi bujang saja.. bajet ujung tahun tak brapa lepas..ahaha). 

Seawal jam 6.30 pagi Sabtu, 17.12.2011 semua sudah siap sedia untuk ke Dataran Keris (tak sabaq nak kayuh).. kalau mengikut event-event yang lepas, tak pernah kami bangun dan siap seawal ni.. selalunya last minit. Tapi kali ni semua boleh bangun dan siap awal.. ntah kenapa aku sendiri tak pasti.. semua begitu bersemangat sekali.. ahaha. Pertama kalinya aku sendiri berada dibarisan depan bersama rakan-rakan.(sebelum ni kebelakang saja tempatnya). 

Tepat jam 8.00 pagi: Semua riders dilepaskan, dan kayuhan dimulakan dengan begitu bersemangat sekali. Permulaan kayuhan dihidangkan dengan laluan road sepanjang 2km dimana masing-masing melakukan pecutan bagi menjarakkan diri dari platon. Berbeza dengan event-event yang aku sertai sebelum ni. laluan yang disajikan di Fire X-Ride keseluruhannya tidak menyeksakan kerana pendakian kurang tinggi dan tak terlalu panjang. laluan menurun juga tidak membahayakan. Mungkin disebabkan faktor Geografi dimana laluannya hanyalah ladang kelapa sawit & getah serta kawasan kampung dan juga jalanraya yang agak landai. Faktor ini sememangnya baik bagi semua riders. Memang sesuai dengan konsep Jamboree..  Tahniah kepada penganjur dengan penganjuran program ini. Anda semua berjaya.
 
Jumaat 16 Disember 2011 - 1.30 pagi : Berangkat ke Alor Gajah
Sebelum bertolak ..amik gambar dulu
Berhenti sekejap. ketatkan apa yg patut untuk keselamatan.
7.00 pagi : Rest kejap kat R&R Seremban.. pekena kopi dulu..
Masjid Daerah Alor gajah, Memang cantik & menarik

Pang Enam.. di Dataran Keris lepas ami goodies..
Bergambar di Kota A Famosa.
Sabtu, 17 Disember 2011 - 6.15 pagi : Hari Jamboree

Get ready di depan homestay.. tak sabar nak kayuh dah..
Aku bersama 2 anggota baru.. Din & amin anak didik Chaon..keke
CP1 : muskil apasai CP ni kat atas bukit.. sesak2..
antara laluan yg tak berapa aku suka.. beskal baru servis wo.. adusss
mau tak mau kena redah jugak.. tiada pilihan
Berjaya complete kayuhan bersama Amin
Tamat kayuhan sekitar jam 11.00 pagi, kayuh balik ke homestay, Ariff, Paksu, Chaon & Din sudah sampai lebih awal.. Siap basuh beskal lagi.. Berehat sekejap dan mandi, sebelum ke tapak event untuk cabutan bertuah.. Tapi takda sorang pon yang bertuah untuk hadiah istimewa..Takda rezeki... 

Petangnya sekitar jam 6.00, Chaon, Amin & Din bertolak pulang ke Penang. (depa balik dulu pasai Ahad dah keja). Aku, Paksu, Amir & Ariff balik keesokkannya. Alhamdulillah jam 7.00 malam kami sampai di Sg. Seluang dengan selamat. 

Nota Kaki : Apapon aku enjoy event & trip kali bni.. ditambah pulak dengan adanya rakan-rakan yang best-best tu... Next year boleh pi lagi... kikikikiki