Thursday, September 29, 2011

Oh Mak Kau

Setel iron baju melayu beda nak Sembahyang Jumaat besok, terus try dulu...

OMK.. OAK.. Oh Chait...!!!

Argghhhh!! Pe ke hey ni..!! Canggih.

Takda maknanya!!
Apa kejadahnya ini semua!!
Canggih pasal perut gua pun makin canggih dan maju kehadapan..!!
Sendat semacam jer.. siap terconget lagi.. xleh jadi....
Makin kecik ker baju neh.. Dah macam sarung nangka ja aku tengok.

Halamaaaak.. OOOh..
Len worang lepas raya slim & steady jer..
aku pulak dah macam sarat 6 bulan..
tak bleh jadi ni.. aku kena buat sesuatu .. sebelum sesuatu kena buat aku.. heh~~~~~~~

Sekadar Gambar Hiasan..
Ni bkn perut gua okey.. perut gua lagi cute..haha

Wednesday, September 28, 2011

Percutian Famili

Hello Geng,
Sejahteralah ke atas kamu semua.

2 minggu dah berlalu.. hari ni baru ada masa cket nak update blog..
Dah kebetulan aku join event kayuh kat sana, coz nak 'Menjejak Pakcik Thompson' dengan menyertai satu event. So dah alang kepalang nak pi aku pantun-pantun ngan Mak Ayah, Adik Ipar dan adik2 aku, nak bercuti-cuti Malaysia sekali loh.. Lagi pon lama dah kami tak makan angin ramai2 camni.. Kami sewa sebuah apartment di Puncak Arabella kat area Tanah Rata.. Memang puaih hati lah aparment ni, mana ngan 3bilik tidur, 2 bilik air, hall pulak luas.. harga pulak berpatutan.. berbaloi2..Kali ni cuaca memang sejuk,besa laa tanah tinggi kan.. kena pulak cuaca lembab.. asal petang jer ujan, asal ujan jer petang lah tu.. tapi mujuq laa hujan kejap2 jer.. Macam besa lah..dah mai Cameron ni mesti ronda2 Pasar Malam Brinchang, pekena Teh kat Ladang Teh sambil layan view yg indah.. memang sempoi.. Makan aiskrim strawberi, petik strawberi.. semua tuh mesti tak sah punyelah klu tak buat.. malas nk ckp byk.. cket2 dah la.. apapon Percutian 3 hari 2 malam memang syok weh... lepas ni plan nak Jelajah Malaysia pulak..hahaha





Wednesday, September 21, 2011

Thompson Aborigin Ride 2011

Tarikh : Sabtu, 17 September 2011
Lokasi : Habu, Cameron Highland
Penganjur : Danish Adventure Event Management

Ni lah 1st time aku ride kat Cameron Highland. Thompson Aborigin Ride 2011, itulah nama eventnya. Pesertanya bukanlah terdiri daripada orang2 asli, tetapi laluanya yg melalui beberapa perkampungan Orang Asli. Dilepaskan jam 8 pagi di Habu dan aku sampai di puncak BOH sekitar jam 2 petang serta habiskan kayuhan dengan melayan 'donhill' ke garisan penamat dengan selamatnya.. di ulangi.. aku habiskan kayuhan kegarisan penamat dengan selamatnya yer.. takde nak naik pikup ker kapal terbang ker hapa ker.. hahaha.. Syukur Alhamdulillah.....

Geng aku yang mai kayuh kali ni hanyalah Aku, Chaon dan Syahrul saja.. Yang lain tak mai coz ada hal problem mereka tersendiri.. xde masalah, terpulang kat depa la.. bukan senang nk ajak member2 mai jejauh camni. Anyway, kayuh kat sini memang terbaek, mabeles... Sangat berbeda dengan event2 yg pernah aku sertai sebelum ni, ianya memang mencabar mental dan fizikal aku. Time ni semangat kerjasama berpasukan dari geng memang sangat diperlukan. kalu tak memang 'taklah'.. hahaha.

Bermula di Habu, dihidangkan dengan santapan road ke Hulu Bertam dan menyusuri Hiway Cameron - Raub sepanjang 12km sudah membuatkan aku sesak napaih dek kerna cuaca yang sejuk.. Masuk jer jalan bertar di sekitar kebun sayur aku dah mula tak bleh tahan.. hap...haaap..haaap.. eikkk.. hik.. napaih dah macam kerbau.. so aku terpaksa perlahankan rentak kayuhan bagi mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku.. menten kayuh slow2 sambil menikmati keindahan alam dan sesekali terhidu taik ayam yg amat syahdu sambil ditemani Chaon yang kadang2 hilang tah kemana, tetapi tetap menunggu aku dihadapan.. rest 2-3 menet tu benda besa lah kan.. Aku memang akan cepat penat kalu buat xtvt lasak dalam keadaan cuaca sejuk, maybe coz dulu kecik2 aku ada lelah.. so  bila dah sampai time nak layan donhill, aku menambahkan kelajuan dgn buat catatan masa yang agak baek (cheeeewahhh..haha) hinggalah sampai ke 1st-Feeding Point kat Perkampungan Orang Asli di Pos Manson kira-kira jam 10.30 pagi.. 

Lepas take 5 and pekena mineral water sebotoi, lintas ja Hiway Cameron - Raub cabaran pendakian yang kedua disajikan.. terpandang tulisan yang tertera di atas tar ' welcome to Bukit Meluat'.. perghh.... dok mai dah.. dok mai dah.. trek ni yg depa dok kata tu.. hihihi.. Tapi coz hanya laluan bersimen disajikan, keadaan agak terkawal dengan tiada sebarang masalah yang timbul ketika ini, hinggalah sampai di Perkampungan Orang Asli Kuala Boh. Lepas kampung ni, maka bermula lah kemuncak cabaran Bukit Meluat ditambah menyampah.. Jalan hutan single trek, sungguh menguji tahap mental dan fizikal aku.. area ni memang kena kayuh secara berkumpulan.. sunyi... lepas ragaih.. ragaih lagi.. lagi-lagi ragaih.. mental-mental.. uwaaaaaaa ponat Kak Jah Oiii.. Kuar ja dari kawasan hutan tu.. jumpa pulak Kg Orang Asli.. ntah nama apa ntah.. aku tak ingat, coz letih punya pasai.. masing2 mengorak langkah sampai ke 2nd Feeding Point kat Ladang Boh lebih kurang jam 12.30 tengahari.. Syukur.. takda sebarang masalah yang timbul..

Kat Ladang Boh, aku tengok ramai  rider lepak2 sambil pekena 100plus ngan pisang.. ada lagi yang baru sampai.. Lepas 15 menet kayuhan diteruskan dengan cabaran meragaih kebun teh.. slow2 kayuh dengan matahari atas kepala.. tapi takla panas sangat.. Jenuh berhempas pulas meragaih, sampai la jugak di Puncak Boh Tea Garden, layan pulak donhill sampai ke finishing sekitar jam 2.00 petang.. Alhamdulillah aku selamat sampai tanpa sebarang kecelakaan.. Apapon, trek ni memang betoi2 ho-liau punya enjoy.. hahahaha

Okay, Jom Layan Gambaq.. ceketdauud.......
 
Dari Tanah Rata kayuh ke Habu.. layan donhill kat 8km.. sejuk..
Starting Point.. ramai yang sampai lebih awai
suasana di starting point
apapon group photo mesti ada..
Bergambaq dulu ngan geng Conti..

Mr Syahrul.. kuat betoi dia lanie
Apong, member Syahrul dari 1st Solar
Stop sat sblum donhill coz ada kenderaan berat lalu
Take 5 lepas layan donhill pacak. Jenuh asah tayar la jugak
Lagi aksi donhill
Pakat Sronok Donhill. Memang best
Tunggu turn nak donhill lagi.. Awas Perlahankan kenderaan Anda..!! haha
Keadaan kat 1st Feeding Point di Pos manson



Sekitar Bukit Meluat.. meluat semeluat meluatnya.. bermula di Kuala Boh hinggalah Ke Kg Langgen
Teman kayuh kali ni.. ntah apa nama aku lupa.. Geng 1st Solar jugak laa ni..

Akak ni dari Kota Bharu..
Abang ni dari Penang.. haha.. Saudara Chaon teman setia kayuhan kali ni.. TQ bro coz bagi semangat
Menyusuri lauan single trek.. oit Chaon jangan tinggai daku dalam hutan ni oit..
Cikgu Din, dok kumpoi power..
Tabuan ni masih menyengat..haha
Sayuuup.. tgok nu ujung sana kawan2 dok kayuh..adeh
Tak bleh tahan rest sat.. pantang ada pokok tobat berenti rest
Sampai saja kat finishing.. ni dia hadiahnya .. memang lazat
 Okay geng hingga berjumpa lagi dilain masa dan ketika.. adios

Wednesday, September 14, 2011

To'kun

Lenggang, lenggang aii lenggang kangkong.. lenggang lagik..!!! haaaaaaa.. tahniah, tahniah, tahniah..!!! dapat lagi satu 'Sijil Penghargaan' hari ni..keh keh keh.. pagi tadi aku kayuh melenggang lenggang 'ragaih' Bukit To'kun.. lenggang sungguh laa, sejam suku baru sampai pencawang.. tapi kira okey la jugak catatan masa tu.. walaupon tak baik tapi memuaskan.. 1st time ragaih trek ni bro.. semua pasai 'dituba' oleh  Bro Chaon, disahut Bro Jinggo aka Syahrul.. Coz tak besa kayuh kat cini, so telan jugak laa tuba tu.. Trek yang pendek agak curam.. kayuh slow2 tapi sampai jugak.. syabas bettey.. 

 Sekali lagi pacuan 4 roda Pak Ngah Rahim jadi mangsa..haha

kayuhan melenggang kangkong.. 
 bravo.. tahniah untuk aku..
 
katna plak destinasi seterusnya... ??? tunggu

Monday, September 12, 2011

Bukit 300

Alamak,, Fulamak,, Full Lemak..
Memang betoi2 full lah lemak tepu kat abdomen aku ni.. bukan kata six pack, ni dah mcm combo pack dah.. boleh mengancam nyawa 'sick pack' neh.. tu baru hasil sebulan berpuasa.. kalu hasil sebulan beraya camna pulak laa.. Oleh itu untuk mengubah semula 'pack combo' ni menjadi 'six pack' maka tanggal 11 September 2011 lepas, Bukit 300 menjadi medannya.. Untuk rekod ni la 1st time aku kayuh kat kawasan Nibong Tebal.. 

Pagi ni cuaca sekitar Kulim hujan lebat, ikut rasa, memang nak tarik selimut ja.. tapi  bila ikut hati melompat 'mangkit' dari katil.. Dari Sungai Seluang bertandang ke Nibong Tebal bersama Paksu & Syahrul bersama Pacuan 4 Roda Encik Rahim (keta bapak aku la) dalam keadaan hujan lebat membuktikan semangat membuak2 seperti air longkang yang melimpah akibat dek hujan yang mencurah.. Terus ke destinasi berkumpul di Restoran Mamak, Taman Pekaka.. disambut oleh rakan2 dari Tebuan & Ilmu Bike Club (IBC).. Dalam rintik hujan kayuh ke Taman Ilmu.. sekali tunggu geng IBC bersiap sorang2 ngalahkan anak dara.. (jangan marah eek..hehe).. Mula kayuh agak lewat sekitar 9.40 pagi.. Alhamdulillah hujan 'koi' dok reda.. layan road sampai pintu masuk ke pencawang (buleh gagah 'tera' nk sampai sini).. then 'non-stop' krabat pulak jalan simen sampai pencawang (depa laa non-stop, aku stop jugak.. nak amik gambaq buat kenangan..haha).. penat giler Kak Limah oii.. 'hap hap' mintak nyawa.. macam kena ligan ngan Zomba.. Rest sat, kamdian, juru pandu arah bawak layan donhill pulak.. agak mencabar, coz laluan basah & becak.. ada jugak laa yang 'terkangkang' dan 'tertomoih'.. mujuq tadak papa, mama pon tadak, ehehe.. Buah penamat layan road lagi ke Taman Pekaka.. ' haik.. haik.. haik' leh kena asma camni punya penat.. melecaq punggung dah.. Pasti keseluruhannya, kayuhan kali ni memang best.. nest time nak mai kayuh lebih kilometer lagi..

photo ehsan dari Ilmu Bike Club
Hujan2 pon pulun kayuh.. semangat punya pasai..
 View yang menarik dari puncak Bukit300
 
Bila tengok pic ni.. aku sorang jer yg terlebih muatan.. 
memang Full Lemak Combo Pack lah.. hadoi... tak leh jadik ni..

Sunday, September 4, 2011

Kembali Bertugas

Alhamdulillah.. hari ni ai dah start keje balik dah.. setelah seminggu cuti raya.. rasa cam nak tambah lagi 2-3 hari jer...muahahaha..
Apakan daya.. cuti dah habih.. tak keja mana nak 'masyuk' yer..? terpaksa keje..
Macam biasa hari ni bertolak dari umah jam 6.05pagi.. dalam ngantuk drive keta.. alhamdulillah.. sampai jugak ketempat keja ngan selamat..
ok.. stop sini dulu.. ade keje nak kena buat.. kerja rajin2 korang..
apa yang penting kita mesti SERONOK BEKERJA

sekian.. lalalala

Friday, September 2, 2011

Puisi Sadis Lepas Raya

KR..
jangan kau berkecil hati hari ini..
maaf jika aku langsung tak peduli akan diri mu..
kala kau didepanku aku tak hiraukan mu..
apalagi memerhatikan mu
tapi.. bersabarlah KR..
suatu hari nanti pasti aku kembali..
menjamah mu...
wahai Kuih Raya..... 

muhahaha.........
Gambar Hiasan.. kuih ni awai2 dah habih..

Nota Kaki : aku kalu raya mmg tak pandang langsung kuih / biskut raya... tapi sebulan lepas raya mesti cari punya..kiki

Flash Back : Apa Anda Buat Raya Lepas

Assalamualaikum wbt semua geng.. amacam ngan Raya anda..? semua ok..? sihat..? sedara semua ok..? sedara semua balik kampung..? ada yg tak balik.. tak balik coz keje or tak balik2 dah..? ada yang dah balik ke kota dah.. ada yg mula bertugas dah.. ada yang baru nak balik raya.. baru dapat cuti.. ada yg bertugas tak cuti pon.. xpa banyak2 bersabor.. apa pon hope semua selamat di hari raya..

Mungkin dah terlewat untuk saya kongsikan info ni bersama geng semua.. tapi xpa.. benda baik patut kita kongsi bersama.. tak baik kita tangguh2 kan kan..

Jadi.. kali ni saya nak Flash Back balik beberapa perkara yg saya lihat mengenai kesalahan yg kita buat dalam sambutan Hari Raya Aidilfitri yg lepas dari paginya hinggalah ke petangnya.. mungkin geng pon melaluinya juga.. Antaranya....

Beria-ria nak Solat Sunat Aidilfitri tapi Solat Subuh xbangun pon.. kalu solat pon Subuh Gajah ja.. Solat Sunat Aidilfitri tapi time Khutbah Raya hilang cabut lari entah kemana..yang ni aku marah... budus

Bermegah-megah dengan pakaian, perhiasan rumah, juadah yang mewah lagi mahal & berlebih2.. eksen betoi.. 

 
Melampau-lampau dalam berpakaian ataupon berhias (terutama kaum perempuan).. pakai baju ntah apa2.. berlubang sana sini.. macam jaring ikan pon ade, mengalahkan nak sambut Krismas.. make-up & lipstik tebal dah mcm ungka.. nak tunjuk cun sangat laa tu..

Yang ni slalu sangat aku tengok.. Bersalam salaman antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.. konon nak bermaaf maafan.. orang tua harus dihormati.. torak ... yang best tu.. mak bapak siap suruh salam lagi... isk3.

Makan tak ingat dunia... melantak sampai macam nak pecah perut.. pantang tengok semua benda dia tibai..
Ziarah  @ Bertandang kerumah sedara, rakan taulan pada masa2 yang dilarang.. pagi2 buta dah bertandang.. xdan tuan rumah nak bangun tido.. dah tu kul 12malam tak reti2 nak balik.. org nak tido la wei...isk3
Berhibur dengan benda yang sia-sia... dari pagi sampai petang dok tengok movie ja.. macam dah takda hari lain nak tengok.. pasang DVD lak bukannya cerita yang baik-baik pon.. cite Hollywood..paham2 jelah..
dan......... banyak lagi la... geng tau la sendiri.. banyak kat Pakcik GOOGLE pon ada.. Hari ni mungkin dah ramai yang setel bab ziarah menziarah ni.. dan ada yg bekerja dah pon.. kira bab Raya dah setel abih la... tapi harus diingta.. ada satu lagi perkara yang belum kita setel di Bulan Syawal ni.. Puasa Syawal @ Puasa 6.. ramai amik mudah puasa ni.. So.. sebelum habih bulan syawal apa kata kita sambung Puasa 6 ni.. okey...

Salam mesra dari saya... maaf zahir batin

Thursday, September 1, 2011

PENGUMUMAN : KAYUHAN SEJAHTERA KEDAH 2011


KAYUHAN SEJAHTERA KEDAH 2011

TARIKH : 01 OKTOBER 2011
TEMPAT : BALAI POS SUNGAI KOROK, MUKIM JERLUN, KEDAH D.A
FLAG OFF : 8.00 PAGI
YURAN : RM10-00 SAHAJA

Format Kayuhan : Fun Ride on road melalui kawasan Jerlun
Terbuka kepada semua jenis basikal samaada MTB, Fixie, Mini, Foldable,road dan sebagainya.

OBJEKTIF KAYUHAN
-Memperkenalkan aktiviti berbasikal sebagai aktiviti yang sihat
-Memperkenalkan Jerlun sebagai salah satu kawasan yang penting di Kedah

BORANG KAYUHAN
Klik imej untuk tumbesaran