Monday, November 28, 2011

SALAM MAAL HIJRAH 1433H

Alhamdulillah, segala puji-pujian bg Allah diatas segala pemberianNya kepada kita, untuk meneruskan kerja & tugas kita diatas muka bumi ini.. syukur kehadrat Ilahi dengan izinNya kita masih diberi peluang dan kesempatan untuk bernafas dan menikmati keindahan alam ini.

Di kesempatan ini, masih belum terlewat untuk saya mengucapkan Salam Maal Hijrah pada semua sahabat-sahabat muslimin dan muslimat. Semoga dengan kedatangan tahun baru ini, kita semua dapat mengambil pelbagai iktibar serta contoh tauladan dari peristiwa hijrah Rasulullah SAW sebagai panduan kehidupan kita bagi keperluan hari-hari yang mendatang. Wasssalam.

Satu Muharam Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi Dan Umat Islam
Dari Kota Mekah Ke Kota Madinah

Atas Keyakinan Dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin Dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta Dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman
Untuk Sepanjang Zaman

Monday, November 21, 2011

Mengapa Malaysia Boleh Menang Bola Semalam




malaysia-juara-bola-sepak-sukan-sea-2011


Alhamdulillah Syukur .. Tahniah !! Tahniah !! Tahniah !!... Kejuaraan dipertahankan... Syabas Malaysia..!!!

Itulah ucapan yang boleh di ucapkan kepada skuad bola sepak Malaysia yg berjaya menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea 2011 semalam, sekaligus merangkul emas bagi acara tersebut. Rata2 rakyat Malaysia sungguh berbangga dengan semangat juang yang dipersembahkan oleh anak didik Ong Kim Swee itu.. Namun kita juga janagan lupa dengan atlit-atlit lain yang turut menyumbangkan pingat kepada Malaysia dari acara-acara lain. 

Tapi hari ni aku bukan nak mengulas hal sukan, kerana semenangnya aku bukanlah begitu arif dalam bidang tersebut.. cuma aku ingin kongsikan sedikit maklumat  mengenai kemenangan Skuad Bola Sepak Malaysia semalam.

Hasil dari research singkat yang aku buat, ada beberapa faktor penyebab mengapa Malaysia menang semalam.. Antaranya adalah :
  1. MALAYSIA ade seorang MUSLIM, ade seorang TAMIL, dan ade seorang mahaGURU,
  2. MALAYSIA ade khairul fahmi CHE MAT yg sentiasa CERMAT menangkap bola,
  3. MALAYSIA juga ade baddrol BAHTIAR yg sentiasa BERIKHTIAR untuk menghasilkan gol.
  4. Bertuahnya MALAYSIA kerana ade ONG ( Ong Kim swee ) klu talak ong..  talak menang loo !!! haha.

Muhahahahahahahahahha... TEAM MALAYSIA Hebat .. tahniah.
Yang pasti tiada kemenangan jika tanpa izin ALLAH.. Thanks God
Nota: Kecut perot jugak la semalam time Fakry tendang tak masuk tuh.. hihihi

Monday, November 14, 2011

Ride Gostan Trek Poli..!!!

Ride 'Gostan' trek Poli ..?? mak aih.. dah habih torah ka hapa ni.. ride gostan pulak dah.!! isk isk ketam bola.
Memang tebiat nak mampos laa kalu buat camtu... hahaha..

Ahad, 13 Nov 201, kali ni aku n geng, we all ride reverse Trek Poli Jambore.. peergh, lama betoi aku tak storykan xtvt masuk hutan. Setelah sekian lama aku tak layan offroad.. Akhirnya hari ni dapat jugak aku menerjah ke ladang lawit kat area Kulim neh.. Ride hari ni agak meriah dengan kehadiran 16 riders kesemuanya.. Lebih meriah dengan kehadiran 'Tukang Karut' yang tak penah diam berceloteh & berseloroh.. tak kering gusi jenuh gelak.. tapi tekak pulak jadi kering coz banyak gelak sangat.. 

Bermula agak lewat.. coz we all set time pon jam 8.00 pagi.. kot mana pon kebiasaannya mesti lewat setengah jam punyalah.. dah 'be-at' org kata.. hihi.. Takda banyak benda menarik sangat yg nak di storykan.. ride offroad masuk ladang sawit.. ragaih bukit turun bukit.. lompat sikit2.. rehat 5 menet ambik nyawa.. camtu lah kesahnya ..tetap dengan isi yang serupa.. hari ni ada sorang rider menungging.. kotak rokok dia ja kemik, rokok tak patah.. cisss.. rokok jugak dia sayang.. mujuq tangan kaki dia tak patah.. tadak yang serius.. pandai dia landing..hehe.. so takyah crita byk.. geng tgok gambaq dah la.. wokey...

lagi gambaq menarik sila klik kat sini Shahrul AzniSulaiman & Roshidi Mahmood

Tunggu punya tunggu mana dia tak mai lagi ni..
Menghala ke perumah Hi-Tech.. depa buat mcm jalan depa noh..isk3
Mula masuk offroad..
mula off road ngan donhill.. pakat amik turn laa
time ni okey lagi... layan jaa
uphill ni pon aku steady lagi.
insiden ni yg semua org xmau.. mujuq kotak rokok ja kemik..klu kepala kemik camna.. cer cite..??
nyeberang anak sungai.. ada jugak yg tak lepaih.. heheh
take 5 kat puncak 3M setelah layan uphill panjang yg landai.. sebelum patah balik & layan donhill panjang.. sempoi
regroup .. sebelum keluar ke starting point
kasi cuci dulu sebelum bawak balik..
Nota : lepas ni nak masuk trek mana pulak..??? tunggu................

Friday, November 11, 2011

Aidiladha 2011

Assalamualaikum wbt.. salam sejahtera kepada semua pelawat serta rakan2 .. Alhamdulillah.. hari ni peroleh jugak masa sedikit nak update blog yg agak berhabuk ni.. byk hal yang lebih penting perlu dilaksanakan.. ada pon masa yg terluang itu hadir, tetapi ianya tidak untuk tujuan ini.. 

Tahun ni aku beraya di Tanjong Tokong.. Lepaas Solat Sunat Aidiladha acara Ibadah Korban dilaksanakan di perkarangan Masjid Tuan Guru, Tanjong Tokong, Penang. Alhamdulillah tahun ni banyak jugak yg buat korban kat sini.. Lembu 17 ekor.. Kambing 4 ekor.. Juga tak terkecuali... niat aku nak buat korban untuk anak terlaksana sudah. Syukur kehadrat Ilahi yang memberi rezeki ini.. 

 Mengenakan pakaian sedondon di pagi Raya.. Bukan main riang anak aku pagi ni..

 Pak Mertua & Anak aku disamping Lembu yang dah dikorbankan

xtvt melapah.. bab ni aku tak berapan pro sangat.. kali ni aku takmau layan pekerjaan ni coz pisau yg aku bawak tak sesuai..
Bahagian ni ramai org tak berapa minat nak proses.. tapi klu dah cuci bersih ramai pulak minat..hehe

Kambing.. perlu kepakaran.. silap cara abeh berbau dagingnya..
 
Kali ni tugas aku area sini.. potong daging.. 

Pak Mertua aku pon layan bahagian ni jugak.. 

 
 yang ni sapa nak proses..? .. mereka yg pakar saja bleh buat ni..
  ...................................................
Kat kampung di kulim.. bahagian ni memang tak sah kalu takda.. Tapak Kaki... dapat laa 16 ketoi ..bermakna 4 ekor lembu punya kaki da..
Tapak Kaki dibakar dulu

Pastu buang dia punya kuku..

Tudia.. dapat sebesen.. get ready nak buat sup..

**sayang sekali sup yang enak tu tak sempat aku nak snap gambarnya.. hihihi