Salam sejahtera & Salam Tahun Baru
Sabtu, 31 Disember 2011 lepas, satu lagi pencapaian peribadi aku dalam arena sukan berbasikal tercoret. Seramai 6 orang riders yg join kayuhan kali ni iaitu aku sendiri, Chaon, Paksu, Din & 2 muka baru Firdaus dan Jamal. Juga turut serta sebagai Support Car saudara Lan & Fendi.
Kayuhan sejauh 91km yang bermula dari Sungai Seluang - Kulim Hitech - Batu 10 - Sungai tengas - Selama - Kubu gajah - Pondok Tanjung & tamat di Taman Tasik Taiping dengan melalui jalan raya keseluruhannya. Bermula agak lewat iaitu sekitar jam 9.00 pagi dan tamat kayuhan sekitar jam 2.30 petang. Permulaan kayuhan yang agak santai bagi melayan 2 orang muka baru. Menghampiri kilometer 50 amatlah memeritkan kerana keadaan cuaca panas terik. Hampir-hampir berpatah semangat.. namun semangat yang berbekal dihati, kayuhan tetap diteruskan hingga ke penamat.Syabas untuk aku dan semua yang turut serta..
punggah.... jam 9 tak gerak lagi. |
meluncur ke Kuli Hitech |
Regroup di Sungai Tengas.. Chaon still steady |
time ni aku ok lagi.. road camna pon tak kesah.. haha |
support car.. mengintai kalau2 ada yg surender |
Lan cuba menggoda dengan buahnya.. tak kuat 'iman' gerenti terbabas.. Masyallah |
Masih dalam group.. still leh senyum |
Sesekali Chaon cuba menjarakkan diri.. |
Rest & baham mee rebus di Pekan Kubu Gajah.. lapar2.. |
mak aih.. topup cabai lagi.. bleh cirit wo... |
Hiway Kubu gajah -Pondok tanjung.. matahari dah atas kpala.. perit2... |
apsai pulak ni... ada yang menyerah.. |
sampai dah taman Tasek taiping |
pusing 1 round dulu.. cari port lepak |
baham apa tu... |
tudia.... ni yang sempoi |
nidia..jejaka-jejaka SAT |
oih..... mana mai pulak pic ni... |