Sunday, August 14, 2011

Baju Raya 10 Menet

Last Saturday pi beli Baju Raya, of coz lah Baju Melayu.. Asalnya aku nak sarung ja Jubah or Kurta yang Mertua aku belikan time depa pi Haji last year.. tak pon recycle ja Baju Melayu mana yg ada.. So, aku buat dono jer hal baju raya ni.. My wife lah ntah tetiba kalut suruh beli baju baru, nak kasi kaler sedondon ngan Jubah dia and Baju Melayu anak (baju depa awai2 dah beli..isk isk isk).

Kalau bab baju melayu aku memang dah terbiasa cari kat The Summit Bukit Mertajam Plaza.. So aku pon try lah nasib.. Memang dah jodoh, kurang 10 menet.. Jumpa dah yang berkenan dihati..  kualiti boleh tahan, kaler pon sama, harga pon berpatutan.. Maleh pikir banyak, geram nengok awek Sales Girl gebu-gebu.. karang kurus pahala posa aku.. Kasi ayat power cket, dapatlah discount about 20%. Kira ok lah kan..

So Alhamdulillah dapatlah aku berdondon - dondon raya tahun ni. Walaupun yang murah-murah saja.. even aku didn’t spend berjam-jam nak cari baju..Dah dapat terus balik.. Shopping xsampai sejam.. cepat giler..hahaha

The point is always rancang pembelian anda.. dah bekenan sambar..!! buat apa ronda2 buang masa berjam-jam sampai kaki lenguh badan pon nak pitam, last2 apa pon tak beli.. Kan..??. :D

Thursday, August 11, 2011

TAPAU

Kawan2 ada tanya, tak penah nampak aku kat kantin. Time berbuka xda.. Sahur lagi lah tak nampak batang idung.. Tak Sahur ka.. ada jugak yg prihatin.. 
Haa... adalah sebab musabab yang aku xleh storykan tu...hehehe

Aku bukan suka sangat nak bersesak-sesak ke 'Bazar Ramadhan' kat kantin kilang tu, walaupon bukan sesak mana sangat pon kalu pi awai. Tapi aku yang sesak bila asyik dok pandang terpandang kaum hawa yg bersesak dengan pakaian sesak nafas depa nu.. cam sesak sangat duit nak beli pakaian baru yg lebih longgar. heh.. apa ayat Bahasa Melayu engkau ni Encik D-One...

Aku pon bknnya larat nak menapak panjat tangga naik ke kantin tiap hari.. juga malas nak pikir juadah apa yg nak si suap dlm mulut ni... kebanyakannya tak menepati selera tinggi aku ni.

Dari dulu kalu berbuka mesti aku tibai nasik ja terus.. kuih2 xbrapa layan sangat.. Jadi takyah nak seksa biji mata, buat pening pala hotak, aku TAPAU saja makanan dari rumah.. siap juadah berbuka ngan sahur skali..sesemangnya lebih sedap, lebih kualiti, lebih nasik tentu lebih kenyang dan yg pasti lebih jimat duit aku...muhahahahaha
Nendia.. set lengkap berbuka hingga ke sahur

Tom Yam Campur..hmmm
Ayam Masak Merah.. stok sahur
Briani Gam..?? oiiiit2 salah entry neh.. kecoh2
Ramai kata leceh TAPAU manakan ketempat kerja @ sekolah.. Memanglah leceh tapi kalu tak cube mana tau best ke tak.. anda pon cubelah jugak..!!! Cubelah Libresse TAPAU... huhuuuuu.. !!

Apa guna beli bekas 'Tupperware' beratus ringgit kalu simpan dlm almari ja.. JOM TRY.. berbaloi baloi.. 
 
Pesan Mak time skolah dulu : Belajar hidup susah, baru kita tau betapa susahnya nak hidup.. mcm tulah lebih kurang bunyinya.. kekeke

Sunday, August 7, 2011

My Pets Suggies & Budgies

Dulu time muda2 remaja.. ada jugak aku bela kucing, arnab, burung murai, mala kebau, merbah, tupai pon bela, tapi dulu.. lama dah.. berbelas tahun dah berlalu.. skrg ni mula teringin nak bela pulak & dah bela pon..
SUGAR GLIDER

Korang tau ka hapa menatang ni.. inilah Sugar Glider.. takda kena mengena langsung dgn Sugar Daddy apatah lagi Sugar Mummy.. Menatang ni sepupu belah bapak tiri tupai.. ada bau2 bacang dengan kangaroo, kalu tak silap adik beradik tok belah mak depa.. sebab ade kantung kat perut mcm kangaroo.. Sugar glider merupakan haiwan marsupial kecil yang berasal dari Australia, Papua New Guinea dan Indonesia. Menatang ni adalah haiwan yang hidup secara berkoloni. Di dalam hutan, depa tinggal dalam koloni lebih kurang 10-15 ekor. Depa juga merupakan haiwan yang akan menghabiskan masa siangnya untuk tidur dan berjaga diwaktu malam untuk mencari makanan dan aktif sehingga awal pagi. Kalu kat pekan2 besar kira kutu rayau la depa ni..haha.. Tapi kalau korang train dia bangun siang dan tidur malam, lama2 dia boleh adapt dengan environment tu.. 
Skarang ni kat Malaysia depa memang popular giler.. menjadi rebutan peminat2 hewan cute ni..lagi2 awek-aweks.. ngalahkan Artis.. 

Mika.. hilang tanpa berita.. bangkai pon takda..huh
Aku mula bekenan kat natang ni tahun lepas.. kebetulan aku terbaca kat paper.. tgok cam cute ja.. so aku google lah.. oleh kerna natang ni mmg cute, aku beli sekor anak jantan.. baru umuor 2bulan.. Boh nama Mika.. Lepas 4 bulan aku tgok mika cam gersang sndirian so aku beli betina pulak.. umor 6 bulan dah.. taruk nama Mimi, kasi kawen ngan Mika ni.. 2 bulan ja kawen.. tetiba Mika cabut lari rumah.. tak bagitau apa2.. kes rumah tangga ka hapa pon tatau..huhu.. cari satu rumah xda.. ntah di'ngap' ngan kucing kot.. melepas sekor.. Mimi menjanda laa pulak.. kena carikan Teruna pulak kat Mimi neh.. Duda pon okey asal kena ngan reganya..hehe

BUDGIE BIRD

Aku baru saja beli 2 pasang Budgie yang pertama bulan lepas dari sorang kawan. Sememangnya Budgie dari Local Breeder.. difahamkan Budgie Local Breeder lebih baik berbanding dibeli di Pet Shop, yang kebanyakkannya datang dari Thailand.. Antaranya adalah Saiz budgie yang lebih besar, lebih sihat dan cergas. Boleh dilihat dengan jelas pada bulunya yang cantik dan tersusun rapi. Matanya lebih bersinar jernih. Bermacam kaler ada. Tahan lebih lasak. Yang lebih penting, budgie dari Local Breeder 100% boleh dibiakkan. Ini kerana, dikatakan budgie dari Thailand ni susah nak biak sebab sudah kasi mandul disamping menggunakan teknik penetasan telur menggunakan incubator. Itu beberapa maklumat yang di sampaikan oleh 'orang lama'.. Aku pon kurang arif dalam soal ni.. masih dalam pembelajaran.. haha

Kalu tak silap 2 pair 1st Budgies ni umor 2-3 bulan.. taktau la bila boleh start breeding.. tunggu dan lihat jelah.. Apapon makan minum mau jaga elok.

Buat masa skarang Budgies ni dok dlm rumah tumpangan dulu, cage yg lebih besar masih 'inprogress'.

Tuesday, August 2, 2011

Selamat Hari Lahir buat Ku

02082011
Ya Allah, panjangkanlah usiaku.. agar lebih lama dapat ku mentaati Mu..

Dalam usia begini...aku ingin menjadi lebih dekat pada Mu Ya Rahman. Dalam usia ini...aku ingin lebih merindui Mu Ya Rahim. Dalam usia yang makin jauh ini...ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih.

Ya Muhaimin...pimpinlah tangan hamba Mu ini...pimpinlah hati hamba Mu ini agar sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. 

Ya Al Quddus... sebagai hamba Mu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku... bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakim Mu dengan tenang.

Ya Al Hakim..Berilah aku kesabaran dalam menangani karenah kehidupan yang sangat mencabar keimanan dan kesabaranku… hulurkanlah aku kebijaksanaan agar aku mampu memacu kalam keinsanan hingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar... peliharalah aku agar terus berpegang teguh pada tali Mu.


Terimalah permohonan hamba ini Ya Al Mudzill.

Amin Ya Rabbul Alamin.



Thursday, July 28, 2011

Himpunan 4x4, Motorcross, MTB

untuk melihat lagi gambar menarik

Alhamdulillah Ahad lepas satu event yang dianjurkan oleh SAT telah terlaksana dengan jayanya. Satu-satunya event yang aku tunggu.. Dah lama dah kami plan nak buat event camni..tapi tegendalan & tertunda dek kerna keadaan semasa.. Sedia tahu penglibatan aku kali ni tak lain tak bukan..kayuh MTB la.. walaupon dah selulan aku tak kayuh.. belasah jelah.. mana nak cari motorcross.. tabung tak penuh lagi.. nak layan 4x4 kena hasut bapak aku dulu laa.. apapon hidup mesti teruskan.. bak kata member aku..hati mesti keras..hehe 

Dengan penyertaan 55 penunggang MTB cukup menceriakan suasana.. 6 buah kenderaan pacuan 4 roda sebagai pengangkut makanan turut mengiringi riders2 dalam perjalanan menuju ke destinasi yang di tuju (12km dari jalan besar) menambahkan lagi kemeriahan.. ditambah pula dengan deruan 25 buah enjin Motorcross yang menggamatkan lagi suasana rimba yg damai tu.. memang best.. sukar digambarkan.. seronok mengatasi keletihan..
 
 
Di Tapak Pemunggahan awan kelihatan mendung..ini betul2 membuatkan aku gusar, klu hujan habis la.. bukan apa terkenang kenangan sebelum ni.. selut bersepat la.. sampai tak boleh nak kayuh.. Kami mula enter trail yang mencabar, trek balak..trail yang memang sesuai untuk Motorcross & 4x4. Aku seperti biasa, dikelompok kebelakang.. menyusuri laluan balak yang kasar, mendaki cerun2 bukit yg agak memenatkan. Slalunya & sudah semestinya aku menggunakan gear paling ringan..kalu ada 11 gear aku bedal juga..punggung pun x berapa selesa kali ni.. saddle kecik ka punggung aku dah membesar.. apa jua yg tak kena aku harung jua segala halangannya.. biar slow tapi sampai.. itulah kata2 hikmah nostalgia Gerek Kulim dulu.

Apa yang pasti kepuasan dan keseronokan hadir selepas melepasi setiap halangan. Ditambah pula dengan kemuncak menikmati sendiri kelazatan downhill yang menggoncang dada.. kelajuan tanpa had. sesekali melompat. hampir2 terjatuh jugak laaa. Cuma sgt bernasib baik sebab sempat landing dengan baik. Selamat.

Kesimpulannya event ni memang sempoi... next time boleh buat lagi.. lagi ramai lagi best..

Friday, July 22, 2011

Beskal Baru

Lama jugak aku tak masuk Pasar malam, baik kat kediaman aku mahupon kat kg.. ntah camna aku teringin nk ronda2 jumpa beskal 'baik punye'. teruih aku bekenan.. so sabaq laa apa lagi.. harga tak lah mahal sangat. berpatutan la.. beli beskal dapat ngan orangnya skali.. free pulak bateri AAA 4 biji.. pasang ja terus kayuh..siap ada lampu liplip lagi..hahaha.. baru nak try kayuh dlm bilik... tetiba anak aku bekenan pulak.. so aku bagi la kat dia.. bagi tengok ja.. kalu bagi main / naik mau hancusss.. haha..

 Siap ngan helmet penuh muka tu..

Dia dok perati dah.. 

 Asal perati ja mesti nak pegang.. bekenan dah..hahaha

Friday, July 8, 2011

BERSIH HATI

entry ini tiada kena mengena langsung dengan Himpunan BERSIH

Segala kemaksiatan dan jenayah yang berlaku rata-ratanya berpunca dari permasalahan hati. Hati yang rosak dan hitam, mana mungkin dapat merasai lagi segala dosa yang dilakukan. Sensitiviti yang ada pada hati sedikit demi sedikit hilang dek kebiasaan dosa. 

Apabila hati kotor... dosa menjadi biasa, maksiat berleluasa.

Semuanya gara-gara sekeping hati yang sudah bertukar wajahnya. Hitam, kelam, sekelam masa depan yang semakin tenggelam.

Masyarakat yang kucar-kacir, Pemimpin yang pecah amanah, Pelajar yang memberontak sini-sana, Kes bunuh, Bunuh diri. Dan bermacam lagi...

Semua itu berpunca daripada satu perkara :  HATI

Kerana itu terdapat satu hadis: 

Dalam setiap badan manusia itu ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah keseluruhannya, jika buruk daging itu maka buruklah keseluruhannya. Itu adalah HATI 

Maka itu, Ubatlah hati yang penuh dosa dengan bertaubat kepada Ilahi!

Bersihkan hati, bersihkan diri. Ayuhlah menjadi manusia yang berharga & berkualiti untuk ISLAM YANG SUCI

Wallahu'alam.