Wednesday, September 14, 2011

To'kun

Lenggang, lenggang aii lenggang kangkong.. lenggang lagik..!!! haaaaaaa.. tahniah, tahniah, tahniah..!!! dapat lagi satu 'Sijil Penghargaan' hari ni..keh keh keh.. pagi tadi aku kayuh melenggang lenggang 'ragaih' Bukit To'kun.. lenggang sungguh laa, sejam suku baru sampai pencawang.. tapi kira okey la jugak catatan masa tu.. walaupon tak baik tapi memuaskan.. 1st time ragaih trek ni bro.. semua pasai 'dituba' oleh  Bro Chaon, disahut Bro Jinggo aka Syahrul.. Coz tak besa kayuh kat cini, so telan jugak laa tuba tu.. Trek yang pendek agak curam.. kayuh slow2 tapi sampai jugak.. syabas bettey.. 

 Sekali lagi pacuan 4 roda Pak Ngah Rahim jadi mangsa..haha

kayuhan melenggang kangkong.. 
 bravo.. tahniah untuk aku..
 
katna plak destinasi seterusnya... ??? tunggu

Monday, September 12, 2011

Bukit 300

Alamak,, Fulamak,, Full Lemak..
Memang betoi2 full lah lemak tepu kat abdomen aku ni.. bukan kata six pack, ni dah mcm combo pack dah.. boleh mengancam nyawa 'sick pack' neh.. tu baru hasil sebulan berpuasa.. kalu hasil sebulan beraya camna pulak laa.. Oleh itu untuk mengubah semula 'pack combo' ni menjadi 'six pack' maka tanggal 11 September 2011 lepas, Bukit 300 menjadi medannya.. Untuk rekod ni la 1st time aku kayuh kat kawasan Nibong Tebal.. 

Pagi ni cuaca sekitar Kulim hujan lebat, ikut rasa, memang nak tarik selimut ja.. tapi  bila ikut hati melompat 'mangkit' dari katil.. Dari Sungai Seluang bertandang ke Nibong Tebal bersama Paksu & Syahrul bersama Pacuan 4 Roda Encik Rahim (keta bapak aku la) dalam keadaan hujan lebat membuktikan semangat membuak2 seperti air longkang yang melimpah akibat dek hujan yang mencurah.. Terus ke destinasi berkumpul di Restoran Mamak, Taman Pekaka.. disambut oleh rakan2 dari Tebuan & Ilmu Bike Club (IBC).. Dalam rintik hujan kayuh ke Taman Ilmu.. sekali tunggu geng IBC bersiap sorang2 ngalahkan anak dara.. (jangan marah eek..hehe).. Mula kayuh agak lewat sekitar 9.40 pagi.. Alhamdulillah hujan 'koi' dok reda.. layan road sampai pintu masuk ke pencawang (buleh gagah 'tera' nk sampai sini).. then 'non-stop' krabat pulak jalan simen sampai pencawang (depa laa non-stop, aku stop jugak.. nak amik gambaq buat kenangan..haha).. penat giler Kak Limah oii.. 'hap hap' mintak nyawa.. macam kena ligan ngan Zomba.. Rest sat, kamdian, juru pandu arah bawak layan donhill pulak.. agak mencabar, coz laluan basah & becak.. ada jugak laa yang 'terkangkang' dan 'tertomoih'.. mujuq tadak papa, mama pon tadak, ehehe.. Buah penamat layan road lagi ke Taman Pekaka.. ' haik.. haik.. haik' leh kena asma camni punya penat.. melecaq punggung dah.. Pasti keseluruhannya, kayuhan kali ni memang best.. nest time nak mai kayuh lebih kilometer lagi..

photo ehsan dari Ilmu Bike Club
Hujan2 pon pulun kayuh.. semangat punya pasai..
 View yang menarik dari puncak Bukit300
 
Bila tengok pic ni.. aku sorang jer yg terlebih muatan.. 
memang Full Lemak Combo Pack lah.. hadoi... tak leh jadik ni..

Sunday, September 4, 2011

Kembali Bertugas

Alhamdulillah.. hari ni ai dah start keje balik dah.. setelah seminggu cuti raya.. rasa cam nak tambah lagi 2-3 hari jer...muahahaha..
Apakan daya.. cuti dah habih.. tak keja mana nak 'masyuk' yer..? terpaksa keje..
Macam biasa hari ni bertolak dari umah jam 6.05pagi.. dalam ngantuk drive keta.. alhamdulillah.. sampai jugak ketempat keja ngan selamat..
ok.. stop sini dulu.. ade keje nak kena buat.. kerja rajin2 korang..
apa yang penting kita mesti SERONOK BEKERJA

sekian.. lalalala

Friday, September 2, 2011

Puisi Sadis Lepas Raya

KR..
jangan kau berkecil hati hari ini..
maaf jika aku langsung tak peduli akan diri mu..
kala kau didepanku aku tak hiraukan mu..
apalagi memerhatikan mu
tapi.. bersabarlah KR..
suatu hari nanti pasti aku kembali..
menjamah mu...
wahai Kuih Raya..... 

muhahaha.........
Gambar Hiasan.. kuih ni awai2 dah habih..

Nota Kaki : aku kalu raya mmg tak pandang langsung kuih / biskut raya... tapi sebulan lepas raya mesti cari punya..kiki

Flash Back : Apa Anda Buat Raya Lepas

Assalamualaikum wbt semua geng.. amacam ngan Raya anda..? semua ok..? sihat..? sedara semua ok..? sedara semua balik kampung..? ada yg tak balik.. tak balik coz keje or tak balik2 dah..? ada yang dah balik ke kota dah.. ada yg mula bertugas dah.. ada yang baru nak balik raya.. baru dapat cuti.. ada yg bertugas tak cuti pon.. xpa banyak2 bersabor.. apa pon hope semua selamat di hari raya..

Mungkin dah terlewat untuk saya kongsikan info ni bersama geng semua.. tapi xpa.. benda baik patut kita kongsi bersama.. tak baik kita tangguh2 kan kan..

Jadi.. kali ni saya nak Flash Back balik beberapa perkara yg saya lihat mengenai kesalahan yg kita buat dalam sambutan Hari Raya Aidilfitri yg lepas dari paginya hinggalah ke petangnya.. mungkin geng pon melaluinya juga.. Antaranya....

Beria-ria nak Solat Sunat Aidilfitri tapi Solat Subuh xbangun pon.. kalu solat pon Subuh Gajah ja.. Solat Sunat Aidilfitri tapi time Khutbah Raya hilang cabut lari entah kemana..yang ni aku marah... budus

Bermegah-megah dengan pakaian, perhiasan rumah, juadah yang mewah lagi mahal & berlebih2.. eksen betoi.. 

 
Melampau-lampau dalam berpakaian ataupon berhias (terutama kaum perempuan).. pakai baju ntah apa2.. berlubang sana sini.. macam jaring ikan pon ade, mengalahkan nak sambut Krismas.. make-up & lipstik tebal dah mcm ungka.. nak tunjuk cun sangat laa tu..

Yang ni slalu sangat aku tengok.. Bersalam salaman antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.. konon nak bermaaf maafan.. orang tua harus dihormati.. torak ... yang best tu.. mak bapak siap suruh salam lagi... isk3.

Makan tak ingat dunia... melantak sampai macam nak pecah perut.. pantang tengok semua benda dia tibai..
Ziarah  @ Bertandang kerumah sedara, rakan taulan pada masa2 yang dilarang.. pagi2 buta dah bertandang.. xdan tuan rumah nak bangun tido.. dah tu kul 12malam tak reti2 nak balik.. org nak tido la wei...isk3
Berhibur dengan benda yang sia-sia... dari pagi sampai petang dok tengok movie ja.. macam dah takda hari lain nak tengok.. pasang DVD lak bukannya cerita yang baik-baik pon.. cite Hollywood..paham2 jelah..
dan......... banyak lagi la... geng tau la sendiri.. banyak kat Pakcik GOOGLE pon ada.. Hari ni mungkin dah ramai yang setel bab ziarah menziarah ni.. dan ada yg bekerja dah pon.. kira bab Raya dah setel abih la... tapi harus diingta.. ada satu lagi perkara yang belum kita setel di Bulan Syawal ni.. Puasa Syawal @ Puasa 6.. ramai amik mudah puasa ni.. So.. sebelum habih bulan syawal apa kata kita sambung Puasa 6 ni.. okey...

Salam mesra dari saya... maaf zahir batin

Thursday, September 1, 2011

PENGUMUMAN : KAYUHAN SEJAHTERA KEDAH 2011


KAYUHAN SEJAHTERA KEDAH 2011

TARIKH : 01 OKTOBER 2011
TEMPAT : BALAI POS SUNGAI KOROK, MUKIM JERLUN, KEDAH D.A
FLAG OFF : 8.00 PAGI
YURAN : RM10-00 SAHAJA

Format Kayuhan : Fun Ride on road melalui kawasan Jerlun
Terbuka kepada semua jenis basikal samaada MTB, Fixie, Mini, Foldable,road dan sebagainya.

OBJEKTIF KAYUHAN
-Memperkenalkan aktiviti berbasikal sebagai aktiviti yang sihat
-Memperkenalkan Jerlun sebagai salah satu kawasan yang penting di Kedah

BORANG KAYUHAN
Klik imej untuk tumbesaran


Friday, August 26, 2011

UCAPAN RAYA

Assalamualaikum 
Semua kawan-kawan, rakan blogger, cycling, 
dan semua yang mengenali serta mengikuti blog ini.. 
dikesempatan ini D-One sekeluarga ingin mengambil kesempatan yang ada untuk mengucapkan 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

sekiranya ada kesilapan sepanjang perkenalan kita di dalam alam siber ini.

 MAAF ZAHIR & BATIN .