Monday, May 31, 2010

Serangan Israel Laknatullah


Tersentap saya dengan berita serangan Israel Laknatullah keatas konvoi bantuan ke Gaza kemarin..semakin biadap dan angkuh regim Yahudi kerana adanya Amerika dan negara Barat yang sentiasa melindunginya..seperti tulisan 'Anak Sengat' dalam Harakah Daily berikutan kejadian tersebut..Bukan lagi kecaman, jauh sekali kekesalan. Semuanya itu langsung tidak menganggu nyenyak tidur Israel. Apa yang dimahukan kini ialah tindakan ! Tindakan!. mengikut laporan 20 nyawa sukarelawan telah terkorban...Kematian mungkin telah bertambah jika dikira bilangan yang cedera.

Marilah sama-sama kita berdoa agar diselamatkan sukarelawan2 yang berada terlibat dan Allah SWT sentiasa memberikan keselamatan dan kebaikannya kepada mereka. Walau apapun yang berlaku diharapkan mereka sentiasa ikhlas dan tidak berpaling tadah serta mendapat keredhaan dari Allah SWT...

Marilah kita sama2lah mengadakan solat hajat agar Allah menghancurkan Yahudi laknatullah dan memelihara semua anggota konvoi.

Saya juga ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa kekejaman Yahudi, semoga gugurnya pejuang ini menyemarakkan lagi usaha membebaskan saudara kita di Gaza.

Sunday, May 30, 2010

IPOH JAMBOREE HTR 2010

Sekali lagi aku bersama Geng Gerek Kulim menyertai Jamboree..kali ni di Ipoh..bagi aku yg baru setahun jagung dalam arena MTB..trek kayuhan kali ni mmg sangat mencabar..di atas sebab kurangnya ketahan fizikal & mental aku..kali ni aku hanya dapat meng'complete'kan kayuhan hingga CP2 saja juga disertai oleh Aked, Mat B & Farid..apapon Tahniah kepada geng Gerek Kulim yg dapat meng'complete'kan kayuhan..

7.00 pagi -Tapak pemunggahan

Starting Point


1st climb..jem giler...Bergambar bersama Chaon..sementara tunggu nak climb..jom MTB-mai tolak beskal







Naset tunggu cabutan bertuah...tapi kali ni semua geng GK tarak Ong..


Ipoh Jamboree HTR : 1 Perjalanan 1 Penginapan

Tarikh : Sabtu, 29 Mei 2010
Destinasi : Homestay, Kg Melayu, Ulu Kinta, Perak
Masa bertolak : 5.00petang (flight delay-8.00malam baru bertolak)

Plan asal kami 6 orang (aku, naset, aked, amir, mat b, farid) akan bertolak ke Homestay di Kg Melayu Ulu Kinta pada jam 5.00petang..tp oleh kerana ada sedikit masalah yg tak dapat dielakkan 'flight delay' ..lepas magrib, 8.00malam baru kami berlepas..Alhamdulillah selepas 2jam 30menet kami selamat sampai ke destinasi yg di tuju tanpa sebarang masalah..walaupon terpaksa meredah hujan lebat ..
Gerek siap 'disumbat' dalam Van

Mat B selaku Pilot

Aked, Manet, Amir

Makan Malam kat Sunway City, Tambun setelah 2.5jam perjalan ..sambil tunggu plate number dari Zizan..lepas makan terus balik homestay...mau rehat..tidoq

di 'Homestay'...sila la sila...

Amir & Naset hepi di 'Jendela Adabi'

Naset & Mat B dok bersesi mengurut 'tenaga batin'..sebelum tidoq
tiada gambar selepas ini..kerana ada unsur2 18sx..ehehe

HTR 10 Warm-Up : Kayuh Gerek Cari Dorian

Tarikh : Sabtu, 29 May 2010, 7.30pagi
Destinasi : Telok Bahang Dam

Awal pagi aku ambik keputusan nak warm up sikit utk kayuhan Jamboree Ipoh HTR..mcm kebiasaan aku kayuh solo ja kat Tjg Tokong ..walaupon belambak lambak rider kat area ni..tp aku belum jumpa riders yg 'serasi n seangkatan'..yg dok ada semua 'power2', xdapat nak ligan ..so mau xmau kayuh tetap kena kayuh...

Bermula dari rumah Tjg Tokong aku terus menggolekkan tayar sendirian menuju ke Telok Bahang..bleh pekena roti jala..lama dah aku xmkn kat sana..sampai ja kat 'Ronbot' aku trus berenti kedai nak pekena Roti Jala..xdan waiter nak amik tiba2 seseorang menegur aku...rupanya Shidee 'Conti' ngan geng2 Conti dia..so mmg dah 'jodoh' kami berjumpa kat sini...kecik sungguh dunia..
So apa lagik jom kayuh dulu satgi baru mai makan...ehehe..

Berlatar belakangkan Dam Teluk Bahang bersama Shidee & Geng2 Continental

Aku hanya memerhatikan Shidee & geng tengah melayan nafsu..coz aku xlayan dorian..Berbaju merah, Zul Tjg Bungah..abg berhelmet ntah apa nama..sori lupa da..

Musang Tidoq

Bulan Julai ni mai len..ada pesta makan Dorian..

Time balik..dan lagik berposing kat Hardrock

Lepas ja bergambar kat hardrock semua pakat speed kayuh balik ke Tjg Bungah (lokasi pemunggahan Shidee & geng)...pasai hari dah panaih..dan aku sekali lagik bersendirian kayuh balik Tjg Tokong...Adios kawan2...ada time kita kayuh lagik..sekian

Friday, May 28, 2010

1st anniversary

Alhamdulillah...esok..29 mei 2010 genap lah setahun usia perkahwinan aku bersama isteri ku tercinta..Puan farah...sedar tak sedar dh setahun noh...cepat benar masa berlalu..bak kata orang orang usia perkahwinan kami baru setahun jagung.. begitu muda untuk dinilai...

Rasa mcm baru ja semalam kami menjadi suami isteri...alhamdulillah...kami bahagia dalam meniti alam berumahtangga...walaupun pada bulan-bulan pertama kami cuba untuk menyesuaikan diri dgn alam rumahtangga..dengan izin Allah..semuanya berjalan dengan indah...

Alhamdulillah..kebahgiaan yg kami kecapi bertambah2 pabila tuhan murahkan rezeki kami...syukur..benih kusemai membuahkan hasil..kami bakal menimang cahaya mata..syukur yang tak terhingga dengan segala yang tuhan kurniakan cukup indah untuk kami...8 bulan berlalu...pada 7.26pagi, tanggal 3 mac 2010 lahirlah putera sulung kami..yg kuberi nama Muhammad Faris Danish...alhamdulillah....

Semoga hari2 mendatang akan membuatkan kami bertambah bahagia, serasi, gembira hendaknya dlm megharungi detik2 hidup disamping membesarkan putera kami yg sgt disayangi..

untuk isteriku yg dicintai...aku cinta padamu
sekian..

note: entry ni aku tulis sehari lebih awai coz 29 Mei 2010 aku kena pi ipoh..utk menyertai Jamboree HTR..ehehe

Wednesday, May 26, 2010

Lepak kat Pantai

Petang kemarin aku ambil keputusan lepak2 kat tepi laut kat2 rumah aku ja..untung2 bleh cuci mata..ahaha..mulanya plan nak kayuh santai2..tp nak wat camna..gerek aku ada problem cket..kena plak lama dh aku tak dating ngan bini jadik aku ajak laa dia join skali..so anak yg tgh tidoq tu tinggai kat 'Dadi' dia.(nenek laa..org penang panggie dadi..menurut sumber pak mertua aku laa)

Sekali sekala lepak kat pantai nyaman ja rasa..damai ja..

Pantai Tanjong Tokong

Mcm best ja aktiviti ni

budak2 tanjong dok layan 'surfing'

Marka mana plak ni...ehehe

Thursday, May 13, 2010

Awas...!! Peminat Pokok Hiasan

Dieffenbachia

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya, Rwanda dan Uganda. Senang tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam.

Sila maklumkan kerana terdapat kes kematian yang jarang dilapurkan diakibatkan oleh pokok ini. Selalu kes ini diklafikasikan sebagai "food poisoning".

Keprihatinan anda menyebarkan berita ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang.

Wasallam

http://adrydaud.blogspot.com/ ( Blog DEDAUN ALAM)