Monday, February 21, 2011

aku mulia kerana Islam...


kami mulia kerana Islam...
bukan kerana usaha kami...
bukan kerana kedudukan kami...
bukan kerana kejayaan kami...
sesungguhnya kami MULIA kerana ISLAM yang ada dalam diri kami...

MuHaSaBaH...

~Islam bererti kepatuhan kepada Allah sedangkan Kufur bererti keingkaran kepada Allah~sejauhmana saya telah melaksanakan tuntutan sebagai seorang Muslim...subhanallah, makna yang begitu mendalam, pengertian yang perlu sentiasa direnungi...andai saya tidak melaksanakan tuntutan-tuntutannya, nescaya saya tidak layak untuk digelar sebagai Muslim yang hakiki...saya malu untuk mengakui keislaman di hadapanNya kelak...ayuh diriku, berusahalah untuk menjadi Muslim yang mendapat pengiktarafanNya, Muslim yang diredhaiNya, Muslim yang dipandang olehNya...berusahalah...

Tuesday, February 1, 2011

Rasa2nya laa..

Update..?? Update tu apa..?? 
Aku da tatau apa benda lah menatang update neh. 
Nak2 plak kalau berkaitan blog. Lagi laa aku tak reti.
Aku tak paham. Maaf. 
 
Haishh..betoi2 hanya nak bagitau ni jer.. mungkin....
blog D-One, all about me & mtb ni akan muziumkan selamanya.. 
Bukan sebab xmau berblogging lagi... 
Tapi, aku dah rasa mcm pelik ada blog, tapi bersawang, berkarat bertapuk, ber..ber..ber.. lah. Sangat hampeh rasanya...
 
Urrrghh..andai aku hilang, nothing else about me & mtb, 
selamat tinggal kawan2.... 
Yang ada FB halu2 kat FB jelah..yang xda halu2 guna henpon jer..
Yang pasti tentang aku..tentang MTB tak akan dimuziumkan... 
Komfem...! 
 
Wokeyh...Pamit dulu..! 
Nak pi setup mail sat..user dah panggie nuh...

Monday, December 6, 2010

Apa Yang Nak Di Hijrahkan..?

Ada beberapa contoh yang bleh kita hijrahkan dalam hidup diri kita:-

1. Kalau dulu kita tak pernah kurang menghadiri kuliah-kuliah agama, sekarang kita perbanyakkan lagi kehadiran kita di majlis-majlis ilmu.

2. Kalau dulu kita kurang berikan perhatian terhadap kualiti kerja yang kita hasilkan, maka sekarang kita pastikan setiap kerja yang kita lakukan itu adalah yang terbaik yang boleh kita lakukan pada masa tersebut.

3. Kalau dulu kita amalkan sikap bermusuhan,  sekarang kita  berubah kepada sifat kasih-sayang.

4. Kalau dulu kita hanya solat fardhu lima waktu, maka sekarang kita tambahkan dengan solat-solat sunat.

5. Kalau dulu kita ada  sifat dengki (hasad), sekarang kita pupuk sifat mencintai (mahabbah).

6. Kalau dulu kita hanya puasa ramadhan, sekarang kita tambah dengan puasa-puasa sunat.

7. Kalau dulu kita kufur dengan nikmat Allah swt, sekarang kita bersyukur kepadaNya terhadap segala nikmatNya yang tidak terhingga.

8. Kalau dulu kita terlibat dengan pelbagai jenis kemaksiatan, sekarang kita berubah kepada amalan ketaatan kepada ajaran Allah swt.

9. Kalau dulu kita terlibat dengan amalan-amalan kekufuran, maka sekarang kita lakukan perkara-perkara yang memiliki dasar keimanan kepada Allah swt.

10. Kalau dulu kita tidak berapa memberi perhatian terhadap soal tutup aurat,  sekarang kita pakai pakaian yang dibenarkan oleh agama kita.

11. Kalau dulu kita sering berkunjung ke tempat-tempat maksiat,  sekarang kita tidak lagi pergi ke tempat-tempat tersebut. Rumah-rumah ibadat adalah tempat pilihan kita.

12. Kalau dulu kita mengamalkan sifat-sifat kemunafikan (seperti khianat, dusta dan tidak amanah), maka sekarang kita meninggalkan sifat-sifat tercela tersebut dan mengamalkan sifat-sifat mulia.

13. Kalau dulu kita makan makanan yang tidak jelas kehalalannya,  sekarang  kita hanya makan makanan yang jelas halalnya (Halalan Toyyiba)

Dan banyak lagi, dan banyak lagi …….... yang boleh kita hijrahkan! Fikirkan !

Thursday, November 18, 2010

Niat Hati

Niat hati nak kawen lagi satu update blog cerita pasai raya korban yang baru lepas ni. Tapi sangat busy ayat marka ni kat umah. Line tenet pon tumpang sekaki..busy sebusy busy nya. Nak update entri baru mesti nak letak gambar baru best, betoi dak..? Nak letak gambar kena transfer dari kamera. Nak transfer dari kamera kena cari cable, nak cari cable kena amik masa, nak transfer pun amik masa.. Al-Maklumlah line berokben xbrapa nak clear..

Oleh yang demikian, nanti-nanti la, tak pun tak payah malam nanti je la entri bergambarnye ya.. Sekian harap maklum, terima kasih.

Tuesday, November 16, 2010

Raya Haji

Salam, Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha untuk semua muslim!!! Alhamdulillah, dapat lagi merasa raya haji tahun ni kan..? Tapi, rasanya ramai tahu, yang kalau dekat Malaysia ni. Bukan semua negeri yang “beriya” sambut hari raya Aidiladha ni. Kalau hari raya Aidilfitri, tak payah nak cerita lah kan. hahahaha! Meriah woo. Entahlah, tak tau kat mana silapnya ?

Malam raya posa hari tuh memang meriah sungguh. Meriah dengan bunyi mercun dan meriam yang budak-budak & bapak-bapak budak kampung dok main. Pakat dok lawan siapa punya yang lagi kuat. Setakat mercun tu memang tak ada apa la sangat. Tak dak feel depa kata. Layan meriam lagi syok. Sekali cucuh mau bergegar satu kampung...tu yg depa mau la..tapi actualnya..gegar tang meriam tuh jer..peh peh ja bunyinya..keh keh keh.

Selalunya bila hari raya, memang letrik punya power tak berapa nak cukup. Lampu-lampu di rumah aku kalau lambat sikit aku pasang memang sampai ke siang lah dok berkelip-kelip tak menyala. Maklumlah, time ni la penggunaan kadar letrik lebih pada kadar biasa..time ni la nak bakaq kek, nak sterika baju, nak cas enset, macam2 lagi lah...tapi tuh malam raya posa...

Ni malam raya korban..macam biasalah.,Tak ada kelam kabut sangat pun. Semua pakat dok rilek sembang-sembang sambil mak aku dok adjust apa-apa yang patut. Tak plak kalut nak sterika baju..mak aku pon tak kalut nak buat kuih raya. Esok nak jamu krepek ubi ngan makanan ringan jer..simple city gitu..ehe..dek kerna itu, malam ni tak plak terasa macam malam raya. Cuaca pon tak brapa okey, dari ptg tadi samapi skrg nih ujan jer..lebat lak tuh..siap ribut2 lagi..nak layan astro kompom line tak clear..mujuq line berokben kat umah aku nih okey..leh gak aku layan on9..

Tu malam raya..kalu pasai hari raya korban ni..aku sambut cam besa jer..bersederhana..Pagi2 lepas Solat Sunat Raya, aku balik umah teruih...Ops.....silap..aku dengar khutbah raya la dulu..yeppa da..lepas tuh baru aku balik umah..kadang2 aku singgah sat mana yg sempat..bantai sarapan pagi dulu kat umah jiran tetangga...penuh perot diisi apa lagik salin baju pi masjid or tempat korban la..tolong2 apa patut..tu laa xtvt aku time raya korban ni..

Oklah. dah kot membebel. Hempa plak sambut raya korban camna..? Sama tak macam aku? Ke tak sambut.? Kena keja di hari raya ? hehehe. Oh ya, tumbang korban berapa ekor kali ni?..apapon last word from me...Labbaik Allahumma Labbaik........



Friday, November 5, 2010

Aku di Kayuhan Kuale

Halluu...this evening I want to story kat u all about my last Sunday xtvt..Ni ha..nak cerita laa..tanggal 31 Okt 2010 yg lepas aku menjoinkan diri bersama team aku yakni Seluang Adventure Team (SAT) tok menyertai Jamboree Kuala Kangsar-Kayuhan Kuale Bandar Di Raja 2010..Total geng SAT yg pi seramai 10 orang.. dengan 2 kenderaan 4wd..sebiji Pajero Takumie..sebiji lagik Hilux bapak aku...TQ la bapak coz bagi line guna Hilux tuh..so ianya menjadi kemudahan pengangkutan kepada aku & geng tok ke sana..
Secara peribadi Jamboree ni aku boleh katakan satu event yang menarik..dengan 10 bungkus power Bar sebagai markah aku dapat bagi 7 bungkus...trek yang sempoi..bleh kayuh..tak teruk sangat..tapi sikit tak best dengan road yg panjang sangat..walaubagaimanapon ianya tak menjadi hal..sekali lagi tahniah kepada penganjur..
 Sebelum bertolak @ takumie
 @Hentian Semanggol..stop sat isi perot

 @ Pekan Kuala Kangsar..lepas amik goodies

 12pm @ Kuala Kangsar The Royal Town..
 Nah amik...ahaha

 6.30am @ homestay..sebelum ke tapak permulaan

starting point yang begitu kelam kabut
tolak jangan tak tolak
 Kayuh punya kayuh, ternampak satu rumah..byk gerek antik kat umah paklong nih..."anak pakcik kayuh keliling dunia"...masih ku ingat ayat2 tuh..tok makluman ni la bapak pengayuh malaysia yg nak keliling dunia tuh..apa nama ntah..lupa dah..hempa google laa sendiri..

12pm..finishing..tunggu cabutan bertuah
Bersama Abg Pudin...bersua jua akhirnya..

Sebelum bertolak balik ke Kulim...singgah sebentar beli buah tangan..