Thursday, April 21, 2011

Menawan Puncak Jerai

Salam semua...
Suatu ketika dulu pada tahun 2000, semasa aku masih di kolej pernah aku mendaki (trekking) kepuncak Jerai bersama rakan. Pendakian yang sungguh memenatkan. Jika tak silap kami mengambil masa hingga 4jam pendakian untuk sampai ke Puncak..Mana taknya, rata2 10-15 rakan yang turut serta bukanlah dari kumpulan yang aktif bersukan mahupon beriadah. Aku masih ingat lagi, beberapa rakan yang mengalami kekejangan yang amat teruk. Tidak terkecuali aku yang mengalami kekejangan sehari selepas pendakian tersebut (MC jugak lah 2 hari). Kenangan oh kenangan.....
Untuk rekod ketinggian puncak Gunung Jerai adalah 1200meter dari paras laut.

Hari ini..Ahad, 10 April 2011, setelah 10 tahun berlalu, aku sekali lagi telah menjejakkan kaki di puncak Jerai. Kali ini dengan kaedah yang berbeza. Bersama rakan dari Seluang Adventure Team aku berjaya menawan Jerai dengan berbasikal. Memang meletihkan hingga ketahap maksima.. tetapi seronok dan puas...

Bergambar di kaki gunung

rehat sebentar di km 4

take fire

Bergambar di Muzium Hutan



Puncak Jerai

Jerai nantikan kehadiran ku di lain masa..

No comments:

Post a Comment