Friday, December 23, 2011

FIRE X- RIDE JAMBOREE

Fire X-Ride Jamboree 2011 yang telah berlangsung pada hari Sabtu, 17 Disember 2011 lepas bertempat di Alor Gajah Melaka adalah merupakan penutup jamboree untuk aku pada tahun ini. Event anjuran Cycle X MTB ini berjaya dilaksanakan dengan sempurna sekali. ( secara keseluruhannya aku rasakan ianya sempurna..walaupon ada sedikit kekurangan yg boleh diperbaiki). Ianya telah menarik penyertaan seramai 1,200 orang dari seluruh pelusuk tanahair.

Seperti kebiasaannya pernyertaan aku dalam event-event sebegini akan ditemani oleh rakan-rakan dari Seluang Adventure team (SAT). Aku, Paksu, Chaon, Din, Amin, Ariff & Amir yang kesemuanya berjumlah 7 org mewakili SAT kali ni. (semua pi bujang saja.. bajet ujung tahun tak brapa lepas..ahaha). 

Seawal jam 6.30 pagi Sabtu, 17.12.2011 semua sudah siap sedia untuk ke Dataran Keris (tak sabaq nak kayuh).. kalau mengikut event-event yang lepas, tak pernah kami bangun dan siap seawal ni.. selalunya last minit. Tapi kali ni semua boleh bangun dan siap awal.. ntah kenapa aku sendiri tak pasti.. semua begitu bersemangat sekali.. ahaha. Pertama kalinya aku sendiri berada dibarisan depan bersama rakan-rakan.(sebelum ni kebelakang saja tempatnya). 

Tepat jam 8.00 pagi: Semua riders dilepaskan, dan kayuhan dimulakan dengan begitu bersemangat sekali. Permulaan kayuhan dihidangkan dengan laluan road sepanjang 2km dimana masing-masing melakukan pecutan bagi menjarakkan diri dari platon. Berbeza dengan event-event yang aku sertai sebelum ni. laluan yang disajikan di Fire X-Ride keseluruhannya tidak menyeksakan kerana pendakian kurang tinggi dan tak terlalu panjang. laluan menurun juga tidak membahayakan. Mungkin disebabkan faktor Geografi dimana laluannya hanyalah ladang kelapa sawit & getah serta kawasan kampung dan juga jalanraya yang agak landai. Faktor ini sememangnya baik bagi semua riders. Memang sesuai dengan konsep Jamboree..  Tahniah kepada penganjur dengan penganjuran program ini. Anda semua berjaya.
 
Jumaat 16 Disember 2011 - 1.30 pagi : Berangkat ke Alor Gajah
Sebelum bertolak ..amik gambar dulu
Berhenti sekejap. ketatkan apa yg patut untuk keselamatan.
7.00 pagi : Rest kejap kat R&R Seremban.. pekena kopi dulu..
Masjid Daerah Alor gajah, Memang cantik & menarik

Pang Enam.. di Dataran Keris lepas ami goodies..
Bergambar di Kota A Famosa.
Sabtu, 17 Disember 2011 - 6.15 pagi : Hari Jamboree

Get ready di depan homestay.. tak sabar nak kayuh dah..
Aku bersama 2 anggota baru.. Din & amin anak didik Chaon..keke
CP1 : muskil apasai CP ni kat atas bukit.. sesak2..
antara laluan yg tak berapa aku suka.. beskal baru servis wo.. adusss
mau tak mau kena redah jugak.. tiada pilihan
Berjaya complete kayuhan bersama Amin
Tamat kayuhan sekitar jam 11.00 pagi, kayuh balik ke homestay, Ariff, Paksu, Chaon & Din sudah sampai lebih awal.. Siap basuh beskal lagi.. Berehat sekejap dan mandi, sebelum ke tapak event untuk cabutan bertuah.. Tapi takda sorang pon yang bertuah untuk hadiah istimewa..Takda rezeki... 

Petangnya sekitar jam 6.00, Chaon, Amin & Din bertolak pulang ke Penang. (depa balik dulu pasai Ahad dah keja). Aku, Paksu, Amir & Ariff balik keesokkannya. Alhamdulillah jam 7.00 malam kami sampai di Sg. Seluang dengan selamat. 

Nota Kaki : Apapon aku enjoy event & trip kali bni.. ditambah pulak dengan adanya rakan-rakan yang best-best tu... Next year boleh pi lagi... kikikikiki

1 comment: