Monday, May 31, 2010

Serangan Israel Laknatullah


Tersentap saya dengan berita serangan Israel Laknatullah keatas konvoi bantuan ke Gaza kemarin..semakin biadap dan angkuh regim Yahudi kerana adanya Amerika dan negara Barat yang sentiasa melindunginya..seperti tulisan 'Anak Sengat' dalam Harakah Daily berikutan kejadian tersebut..Bukan lagi kecaman, jauh sekali kekesalan. Semuanya itu langsung tidak menganggu nyenyak tidur Israel. Apa yang dimahukan kini ialah tindakan ! Tindakan!. mengikut laporan 20 nyawa sukarelawan telah terkorban...Kematian mungkin telah bertambah jika dikira bilangan yang cedera.

Marilah sama-sama kita berdoa agar diselamatkan sukarelawan2 yang berada terlibat dan Allah SWT sentiasa memberikan keselamatan dan kebaikannya kepada mereka. Walau apapun yang berlaku diharapkan mereka sentiasa ikhlas dan tidak berpaling tadah serta mendapat keredhaan dari Allah SWT...

Marilah kita sama2lah mengadakan solat hajat agar Allah menghancurkan Yahudi laknatullah dan memelihara semua anggota konvoi.

Saya juga ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa kekejaman Yahudi, semoga gugurnya pejuang ini menyemarakkan lagi usaha membebaskan saudara kita di Gaza.

Sunday, May 30, 2010

IPOH JAMBOREE HTR 2010

Sekali lagi aku bersama Geng Gerek Kulim menyertai Jamboree..kali ni di Ipoh..bagi aku yg baru setahun jagung dalam arena MTB..trek kayuhan kali ni mmg sangat mencabar..di atas sebab kurangnya ketahan fizikal & mental aku..kali ni aku hanya dapat meng'complete'kan kayuhan hingga CP2 saja juga disertai oleh Aked, Mat B & Farid..apapon Tahniah kepada geng Gerek Kulim yg dapat meng'complete'kan kayuhan..

7.00 pagi -Tapak pemunggahan

Starting Point


1st climb..jem giler...Bergambar bersama Chaon..sementara tunggu nak climb..jom MTB-mai tolak beskal







Naset tunggu cabutan bertuah...tapi kali ni semua geng GK tarak Ong..


Ipoh Jamboree HTR : 1 Perjalanan 1 Penginapan

Tarikh : Sabtu, 29 Mei 2010
Destinasi : Homestay, Kg Melayu, Ulu Kinta, Perak
Masa bertolak : 5.00petang (flight delay-8.00malam baru bertolak)

Plan asal kami 6 orang (aku, naset, aked, amir, mat b, farid) akan bertolak ke Homestay di Kg Melayu Ulu Kinta pada jam 5.00petang..tp oleh kerana ada sedikit masalah yg tak dapat dielakkan 'flight delay' ..lepas magrib, 8.00malam baru kami berlepas..Alhamdulillah selepas 2jam 30menet kami selamat sampai ke destinasi yg di tuju tanpa sebarang masalah..walaupon terpaksa meredah hujan lebat ..
Gerek siap 'disumbat' dalam Van

Mat B selaku Pilot

Aked, Manet, Amir

Makan Malam kat Sunway City, Tambun setelah 2.5jam perjalan ..sambil tunggu plate number dari Zizan..lepas makan terus balik homestay...mau rehat..tidoq

di 'Homestay'...sila la sila...

Amir & Naset hepi di 'Jendela Adabi'

Naset & Mat B dok bersesi mengurut 'tenaga batin'..sebelum tidoq
tiada gambar selepas ini..kerana ada unsur2 18sx..ehehe

HTR 10 Warm-Up : Kayuh Gerek Cari Dorian

Tarikh : Sabtu, 29 May 2010, 7.30pagi
Destinasi : Telok Bahang Dam

Awal pagi aku ambik keputusan nak warm up sikit utk kayuhan Jamboree Ipoh HTR..mcm kebiasaan aku kayuh solo ja kat Tjg Tokong ..walaupon belambak lambak rider kat area ni..tp aku belum jumpa riders yg 'serasi n seangkatan'..yg dok ada semua 'power2', xdapat nak ligan ..so mau xmau kayuh tetap kena kayuh...

Bermula dari rumah Tjg Tokong aku terus menggolekkan tayar sendirian menuju ke Telok Bahang..bleh pekena roti jala..lama dah aku xmkn kat sana..sampai ja kat 'Ronbot' aku trus berenti kedai nak pekena Roti Jala..xdan waiter nak amik tiba2 seseorang menegur aku...rupanya Shidee 'Conti' ngan geng2 Conti dia..so mmg dah 'jodoh' kami berjumpa kat sini...kecik sungguh dunia..
So apa lagik jom kayuh dulu satgi baru mai makan...ehehe..

Berlatar belakangkan Dam Teluk Bahang bersama Shidee & Geng2 Continental

Aku hanya memerhatikan Shidee & geng tengah melayan nafsu..coz aku xlayan dorian..Berbaju merah, Zul Tjg Bungah..abg berhelmet ntah apa nama..sori lupa da..

Musang Tidoq

Bulan Julai ni mai len..ada pesta makan Dorian..

Time balik..dan lagik berposing kat Hardrock

Lepas ja bergambar kat hardrock semua pakat speed kayuh balik ke Tjg Bungah (lokasi pemunggahan Shidee & geng)...pasai hari dah panaih..dan aku sekali lagik bersendirian kayuh balik Tjg Tokong...Adios kawan2...ada time kita kayuh lagik..sekian

Friday, May 28, 2010

1st anniversary

Alhamdulillah...esok..29 mei 2010 genap lah setahun usia perkahwinan aku bersama isteri ku tercinta..Puan farah...sedar tak sedar dh setahun noh...cepat benar masa berlalu..bak kata orang orang usia perkahwinan kami baru setahun jagung.. begitu muda untuk dinilai...

Rasa mcm baru ja semalam kami menjadi suami isteri...alhamdulillah...kami bahagia dalam meniti alam berumahtangga...walaupun pada bulan-bulan pertama kami cuba untuk menyesuaikan diri dgn alam rumahtangga..dengan izin Allah..semuanya berjalan dengan indah...

Alhamdulillah..kebahgiaan yg kami kecapi bertambah2 pabila tuhan murahkan rezeki kami...syukur..benih kusemai membuahkan hasil..kami bakal menimang cahaya mata..syukur yang tak terhingga dengan segala yang tuhan kurniakan cukup indah untuk kami...8 bulan berlalu...pada 7.26pagi, tanggal 3 mac 2010 lahirlah putera sulung kami..yg kuberi nama Muhammad Faris Danish...alhamdulillah....

Semoga hari2 mendatang akan membuatkan kami bertambah bahagia, serasi, gembira hendaknya dlm megharungi detik2 hidup disamping membesarkan putera kami yg sgt disayangi..

untuk isteriku yg dicintai...aku cinta padamu
sekian..

note: entry ni aku tulis sehari lebih awai coz 29 Mei 2010 aku kena pi ipoh..utk menyertai Jamboree HTR..ehehe

Wednesday, May 26, 2010

Lepak kat Pantai

Petang kemarin aku ambil keputusan lepak2 kat tepi laut kat2 rumah aku ja..untung2 bleh cuci mata..ahaha..mulanya plan nak kayuh santai2..tp nak wat camna..gerek aku ada problem cket..kena plak lama dh aku tak dating ngan bini jadik aku ajak laa dia join skali..so anak yg tgh tidoq tu tinggai kat 'Dadi' dia.(nenek laa..org penang panggie dadi..menurut sumber pak mertua aku laa)

Sekali sekala lepak kat pantai nyaman ja rasa..damai ja..

Pantai Tanjong Tokong

Mcm best ja aktiviti ni

budak2 tanjong dok layan 'surfing'

Marka mana plak ni...ehehe

Thursday, May 13, 2010

Awas...!! Peminat Pokok Hiasan

Dieffenbachia

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya, Rwanda dan Uganda. Senang tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam.

Sila maklumkan kerana terdapat kes kematian yang jarang dilapurkan diakibatkan oleh pokok ini. Selalu kes ini diklafikasikan sebagai "food poisoning".

Keprihatinan anda menyebarkan berita ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang.

Wasallam

http://adrydaud.blogspot.com/ ( Blog DEDAUN ALAM)

Sunday, May 9, 2010

DON'T BREAK MY HEART (xda kena mngena dgn iklan rokok)


Teringat aku time kecik2 dulu..kenakalan aku bukan kepalang.."Buaih" xtau nak habaq..mana tak nya..bleh kata tiap2 hari ada saja benda yg bleh buat mak aku bising..bab mengusik adi2 aku laa johan..sampai ada suatu ketika, mak aku dh xtahan..mcm 'nek hantu'..., Mak 'ligan' aku dengan parang keliling rumah...pergh..peww!!., 'mujoq' laa xjadik apa2..kesian mak aku..sampai pitam dia time tu..semua angkara aku..tapi tu dulu..time budak2..

Menitis air mata bila terkenang susah payah & kasih sayang mak ayah nak 'bela' aku sampai besaq ni....byk betoi dosa yg aku dh buat..byk betoi pengorbanan depa kat aku..tak terbalas..

Justeru, sempena Hari Ibu ni aku nak ucapkan SELAMAT HARI IBU kpd semua ibu-ibu..terutama utk IBU ku yg tersayang (walaupon mak tak da masa nak tgk bloq nih..xpa apa yg cek ckp dlm phone kemarin sama ja..ehe) I love u mak..hanya tuhan dpt membalas semua jasa dan pengorbanan mu.. dan tak lupa utk ISTERI ku yg tercinta...terima kasih coz menjadi ibu kepada anak aku.. I love u jugak...

So.. Kepada
  • anak yg ada mak ..sayangilah mak anda..don't break her heart..
  • anak yg dah xda mak..berdoalah utk mak anda..
  • mak yg ada anak.. sayangilah anak anda..
  • mak yg xda anak.. berusahalah lagi & berdoa byk2..
sehingga berjumpa lagik...wassalam

Wednesday, May 5, 2010

SAPA MEROKOK TAK ENSEM


Kempen anti-merokok, "Tak Nak", melalui media telah berjaya meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai bahaya merokok.(petikan dari media tempatan)

Saya setuju dengan 'statement' diatas..TETAPI jika kita lihat dengan lebih mendalam...kempen ini sebenarnya langsung TIDAK BERJAYA...kenapa..? kerana kempen "Tak Nak" hanya meningkatkan kesedaran orang ramai yg bukan perokok atau yang baru nak merokok...Perokok2 Tegar tak sedar pon..malahan perokok2 baru lebih meningkat..

Jumlah Klinik Berhenti Merokok kerajaan pula telah ditambah manakala kakitangan kesihatan telah dilatih bagi membuat penilaian, memberi kaunseling dan merawat perokok yang ingin meninggalkan tabiat ini. (klinik dok tambah..pesakit xda yg mai pon...semua membazir jaa)

Persoalannya berapa 'kerat' perokok tegar yang dirawat dan mendapat kaunseling...apa yg saya lihat klinik2 ini tidak berfungsi disebabkan tiada 'pesakit'. Adakah perokok boleh dirawat dengan memberi kaunseling..? apakah kaedah kaunseling yg diberikan oleh klinik2 ni...?

Pendapat saya mungkin kaedah kaunseling tersebut berkesan untuk perokok baru & yg baru nak merokok...tetapi bagi perokok tegar sukar sekali.

Bagi saya...soal nak merokok atau nak berenti merokok adalah soal diri kita sendiri...berbalik kepada ajaran agama kita...ISLAM yang satu..

Kepada perokok sekelian marilah sama2 kita kurangkan merokok dan akhirnya berenti terus dari merokok, untuk kesejahteraan hidup kita yang sihat.

Kepada sahabat2 se ISLAM sekalian berhentilah merokok kerana.......

Merokok Adalah Haram

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malayasia kali ke-?? yang bersidang pada 23 Mac 1995 bersetuju membuat keputusan bahawa :

“Merokok adalah HARAM dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudhadaratan”

Nas Al-Quran dan hadis seperti berikut menjadi asa kepada penetapan hukum :

1. Terjemahanan Al-Quran
“Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan”
(Surah Al-Baqarah :195)

2. Terjemahan Hadith :

“Tidak memudharatkan (orang lain) dan tidak saling memudharatkan (antara satu sama lain)”
(Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

Infoline berhenti merokok 03-8883 4400

Tak Nak ! (merokok)

"Perokok umpama besi yang akan berkarat dan terus berkarat". (nirwan rahim)


Monday, May 3, 2010

NAK MENIAGA PULAK DAH...

Balik kampung minggu lepas teruih singgah kat warong mak aku...baru ja beroperasi..kedai makan yg di usahakan sebelum ni (tepi era tomyam) dia bagi adik dia sambung meniaga...kononnya nak berehat xmau meniaga dah...
Tu Tup....nak meniaga pulak dah...boring dok saja katanya...xbleh dok diam...maklumlaaa aktiviti meniaga ni dah sebati dgn darah daging dia...dari muda sampai sekarang dah bercucu still nak meniaga..meniaga cucuq pisang..cucuq udang..nasik lemak..bihun sup..nasik campur..laksa..pengusaha kantin kilang pon dia buat..tp xlama..semua dia meniaga...kesian tengok mak aku...kalu ikutkan aku ngan ayah, mmg xbagi dia meniaga..dah tua2 dok rumah rehat jaa laa...lagipon stakat ni Alhamdulillah makan minum pakaian semua cukup...blanja adik2 kesekolah pon cukup....tp nak bt camna dah minat dia nak meniaga...meniaga jelah...meniagakan kan satu ibadah...
SELAMAT DATANG
ni dia WARONG MEDANG S. SELUANG..lokasi Jalan Sungai Seluang
nasi lemak..nasi campur..roti arab..bihun sup..

tema hijau kuning...idea ayah aku

warong dalam kebun getah..syurrrrrrrr

Fasility ni semua Hand Made by mak aku..Tabik betoi laa kat Mak



mcm besa aku support mana yg patut


Paksu Buger & Ijoi, adik ipar aku
aktiviti membesarkan warong...semua sendiri bikin


Ni dia Tokey Warong..Mak, cek bangga jadik anak mak...huhu

Berniaga adalah salah satu bentuk muamalat yang disyariatkan oleh Islam....Islam menggalakkan umatnya berniaga kerana sembilan persepuluh hasil pendapatan adalah datangnya daripada aktiviti perniagaan....
jadik berniagalah walau apapon nak diniagakan...jangan meniaga dadah or benda yg haram sudah


itu saja...so kalu jalan2 kot area sg seluang singgah2 laa pekena roti arab ka...wokey adios amigos

Sunday, May 2, 2010

KTM10 : Episot Akhir - Berselut Sakan Tahap Gaban

1 Mei 2010, Hari Sabtu, Hari Buruh....awat ramai betoi manusia petang nie..yang mai solo, single, berduo, berduet, bercouple, yang bawak anak bini pon ada...tak terlepas yang dok membawa perot...sesekali guruh kat lagit berbunyi...tringat dialog dr filem Pendekar Bujang Lapok, arahan Allahyarham Tan Sri P Ramlee, "ani....!!!!! angkat kaen ujan...jemuran dah turun...!!!

Alhamdulillah kat HiTech ni xujan...cuma dikabarkan ujan kat kawasan trek kayuhan..tapi ujan x laa lama sangat...sekadar "membasah tekak" cenggitu....namun disebalik ujan yg sekejap tu...trek kayuhan hanya tuhan dan riders yang melaluinya ja yang tau...awalnya peserta dilayan dgn road yg panjang dan kemudian disajikan laluan 'offroad' dgn pendakian yg agak 'belaian jiwa' dihias pulok lampu2 LED di kiri kanan laluan...dgn hidangan 'makan malam' berupa selut "sekelepet"dan belemoih tahap Gaban...sungguh menyentuh jiwa...huhu

Di km10 : CP-2 yg begitu strategik utk para peserta nak 'amik nyawa' dan 'water refill', kemudian menikmati laluan umpama "rollercoster" kat 'Pesta Penang' & downhill yg panjang hingga melintasi sungai sebelum ke CP-3 yg jugak begitu strategik.....sapa yg belemoih bleh basuh @ mandi trus....Lepaih CP-3 laluan landai sampai finishing..

Bagi aku trek KTM10 nie 'sempoi'..lagi sempoi kalu xberselut..

aku & amir besiap sedia nak ke check point/ feeding point

Chaon & Mat bertolak ke CP-2

Orang Ke-2 sampai ke CP-2 dengan berbasikal..Alkisahnya...Aku ngan Amir selaku sweeper secara tak sengaja telah mencoba trek dari mula offroad ke CP-2....awai2 dah kena..keta xleh masuk dalam..nyesal xnek ngan 'Pickup'..PERIT
Berat nak mampos gerek aku...nak wat camna, nie laa cara terbaik..tanggong

Berlepat & belemoih abih

Di CP-2.. 8.00 malam
.
kesibukan di CP-2...tolong pam ayaq..mai2 sapa mau refill..!!
kat sini kalu meniaga sirap bandung gerenti laku...ehehe


Peserta tunggal dari Gerek Kulim - Mat Chop

Bersama Mizi Venzo ..makin power dia..

Bersama Azhar Kayuh Baimbai..balik keja jam 7.00 trus mai kayuh...power2

Berlepat Tahap Gaban..betoi2 ho-liau


Bergambar bersama Arash Mohd di Finishing

Walaupon belemoih sakan..tapi aku puas..Alhamdulillah xda apa yg 'tragis' berlaku kat aku mahupon beskal aku...balik rumah sure kena
"gunakan Daia...tiada yg lain..!!"

SYABAS & TAHNIAH KEPADA PIHAK PENGANJUR