Wednesday, May 5, 2010

SAPA MEROKOK TAK ENSEM


Kempen anti-merokok, "Tak Nak", melalui media telah berjaya meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai bahaya merokok.(petikan dari media tempatan)

Saya setuju dengan 'statement' diatas..TETAPI jika kita lihat dengan lebih mendalam...kempen ini sebenarnya langsung TIDAK BERJAYA...kenapa..? kerana kempen "Tak Nak" hanya meningkatkan kesedaran orang ramai yg bukan perokok atau yang baru nak merokok...Perokok2 Tegar tak sedar pon..malahan perokok2 baru lebih meningkat..

Jumlah Klinik Berhenti Merokok kerajaan pula telah ditambah manakala kakitangan kesihatan telah dilatih bagi membuat penilaian, memberi kaunseling dan merawat perokok yang ingin meninggalkan tabiat ini. (klinik dok tambah..pesakit xda yg mai pon...semua membazir jaa)

Persoalannya berapa 'kerat' perokok tegar yang dirawat dan mendapat kaunseling...apa yg saya lihat klinik2 ini tidak berfungsi disebabkan tiada 'pesakit'. Adakah perokok boleh dirawat dengan memberi kaunseling..? apakah kaedah kaunseling yg diberikan oleh klinik2 ni...?

Pendapat saya mungkin kaedah kaunseling tersebut berkesan untuk perokok baru & yg baru nak merokok...tetapi bagi perokok tegar sukar sekali.

Bagi saya...soal nak merokok atau nak berenti merokok adalah soal diri kita sendiri...berbalik kepada ajaran agama kita...ISLAM yang satu..

Kepada perokok sekelian marilah sama2 kita kurangkan merokok dan akhirnya berenti terus dari merokok, untuk kesejahteraan hidup kita yang sihat.

Kepada sahabat2 se ISLAM sekalian berhentilah merokok kerana.......

Merokok Adalah Haram

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malayasia kali ke-?? yang bersidang pada 23 Mac 1995 bersetuju membuat keputusan bahawa :

“Merokok adalah HARAM dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudhadaratan”

Nas Al-Quran dan hadis seperti berikut menjadi asa kepada penetapan hukum :

1. Terjemahanan Al-Quran
“Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan”
(Surah Al-Baqarah :195)

2. Terjemahan Hadith :

“Tidak memudharatkan (orang lain) dan tidak saling memudharatkan (antara satu sama lain)”
(Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

Infoline berhenti merokok 03-8883 4400

Tak Nak ! (merokok)

"Perokok umpama besi yang akan berkarat dan terus berkarat". (nirwan rahim)


No comments:

Post a Comment