Monday, March 14, 2011

Jamboree Teluk Batik

Assalamualaikum geng... Syukur kehadrat Ilahi aku dan kau bernafas lagi di pagi ini.. Setel sudah satu Jamboree yang aku sertai bagi bulan ni.. JAMBOREE TELUK BATIK (JTB) tidak meninggalkan kesan luka luaran kepada diriku.. Alhamdulillah, aku berjaya tamatkan kayuhan dengan selamat.. 

Namum JTB meninggalkan kesan hitam yang terpalit dalam hati ku & satu lagi  kesan sejarah kepada peminat2 MTB semalaya, sekaligus mencemarkan sendiri prestasi & kreabiliti pihak penganjur amnya serta negeri Perak khususnya.. selepas apa yang telah terkesan pencemarannya di Jamboree Taiping suatu tika dulu..


Permulaan kayuhan disajikan dengan pemandangan menarik, indah lautan tiada tercemar, laluan yang mendatar mengelilingi Pulau Buatan kemudiannya di water feeding / CP2,  pencemaran pendakian bermula.. Tiada kata seindah bahasa yang kedengaran diucapkan kerna hanya kata-kata kesat saja yang kedengaran, trek pendakian yang disajikan sememangnya langsung tidak sesuai untuk dikayuh..kalaulah ada yang kayuh sememangnya akan ku arak ia keliling kampung Tika ini aku terfikirkan dimanakah kebijaksanaan pihak penganjur dalam memilih laluan..sejauh manakah pengetahuan mereka dengan dunia MTB.. sudahkan trek ini diuji kayuh.. apakah mereka bisa kayuh dengan laluan tersebut..ataupon pihak penganjur seperti katak dibawah tempurung hanya memikirkan keuntungan tanpa menghiraukan kepuasan para peserta.. Sudahlah climbing tahap gaban, downhil pula tahap cipan.. tidak dinafikan sememangnya laluan downhill sungguh melazatkan bagi kaki donhill (riders gila-gila saja yang sanggup)..namun bagaimana pula dengan yang lain.. apakah menempah maut namanya. 

Kesimpulannya, dari sepuluh crankset sebagai mata hanya 2 mata aku bagi kerna sajian Lunch yang sedap.. yang lennya semua brengset...sekian

Jamboree Teluk Batik, Jenuh Tolak Beskal, Jenuh Tanggung Beskal
SABOOOORR JE LAH






No comments:

Post a Comment