Hari ni macam besa keja..keja..keja..dan keja..tapi xda keja pon nak dibuat..nak ber FB tak larat dah...bosan..borink dah...xda sapa nk aku 'ngoratkan'..tu yg bertambah bosan ber FB hari ni..kekeke..so tangan aku yg tak reti dok diam ni pon selongkar lah apa yang patut..mengingatkan kata2 geng Gerek Kulim yang masih xda 'Team Jersy'..aku coba2 laa meng ' google' apa yang patut..dan dengan sikit sentuhan dari aku maka terciptalah design logo Gerek Kulim ni...amacam...ok tak..kalu OK kota bt Jersy....Alamak...nak kena google & men'design' jersy la pulak...Wednesday, August 25, 2010
GEREK KULIM KE SATU TAHAP : cipta logo la pulak
Hari ni macam besa keja..keja..keja..dan keja..tapi xda keja pon nak dibuat..nak ber FB tak larat dah...bosan..borink dah...xda sapa nk aku 'ngoratkan'..tu yg bertambah bosan ber FB hari ni..kekeke..so tangan aku yg tak reti dok diam ni pon selongkar lah apa yang patut..mengingatkan kata2 geng Gerek Kulim yang masih xda 'Team Jersy'..aku coba2 laa meng ' google' apa yang patut..dan dengan sikit sentuhan dari aku maka terciptalah design logo Gerek Kulim ni...amacam...ok tak..kalu OK kota bt Jersy....Alamak...nak kena google & men'design' jersy la pulak...Sunday, August 22, 2010
Demam Kayuh Ramadhan 2010 : 2nd Edison
Sendri pikir la...ok adios..jumpa lagi next edison..
Thursday, August 19, 2010
SAHUR
HIKMAH SAHUR
Allah mewajibkan puasa kepada kita sebagaimana telah mewajibkan kepada orang-orang sebelum kita dari kalangan Ahlul Kitab. Allah berfirman (yang artinya): "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa" [Al-Baqarah : 183].
Rasulullah SAW menyuruh makan sahur sebagai pembeda antara puasa kita dengan puasanya Ahlul Kitab.
Dari Amr bin 'Ash radhiyallahu 'anhu, Rasulullah SWT bersabda (yang artinya): "Beza antara puasa kita dengan puasanya ahli kitab adalah makan sahur" [Hadits Riwayat Muslim 1096]
KEUTAMAANYA
a. Makan Sahur Adalah Barokah.
Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, Rasulullah SAW bersabda (yang artinya): "Sesungguhnya Allah menjadikan barokah pada makan sahur dan takaran" [Hadits Riwayat As-Syirazy (Al-Alqzb).
b. Allah dan Malaikat Berselawat Kepada Orang-Orang yang Sahur.
MELAMBATKAN SAHUR
Disunnahkan melambatkan sahur sesaat sebelum fajar, karena Nabi SAW dan Zaid bin Tsabit radhiyallahu 'anhu makan sahur, ketika selesai makan sahur Nabi SAW bangkit untuk solat subuh, dan jarak (selang waktu) antara sahur dan masuknya waktu subuht kira-kira seseorang membaca 50 ayat Quran.
HUKUM BERSAHUR
Oleh karena itu Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam memerintahkannya -dengan perintah yang sangat ditekankan-. Beliau bersabda (yang artinya): "Barangsiapa yang mau berpuasa hendaklah sahur dengan sesuatu".
Wallahualam.......
Monday, August 16, 2010
Sunday Night Fever - Demam Kayuh Ramadhan 2010
Kalu nak kayuh siang mau lingkup posa tahun ni..so amik keputusan ride malam laa..lepaih Terawih..gedebuk gedebak 11.00malam kami 'setat' kayuh di Takumie Workshop aka Markas Gerek Kulim...masuk Hitech..pusing kot AIC pi Silterra - UniKL - Giant -Sg Limau - BKE - Takumi Workshop..abih dah..tambah tolak cukup 30km....jadi la tu....next ride kalu xpuaih kita pusing kot len plak..apapon usyarlah gambaq2 ehsan dari Chaon GK..layannnnn...
KM 1 : Pertonas Kg Siam, BKE...singgah beli ayaq dulu..isi mana yg patut..satgi xdan nk minum dh..pederaih ja..keke
Lepaih ja kat sini ujan mula rintik dah..elok2 area Firtsolar dia bagi sedaih..lobat punya...lencun abih da...dan time tu jugak lah tetiba.."ada sekoq, anak mengkarung 'kokak' tengah belakang" (baca dengan melodi dikir barat..keke)...aduyai...sakit bukan kepalang...padan muka aku..tu laa tau balun kayuh ja time buka posa tadik..dh tu balun kayuh teruih xda nk bt 'regangan2' dah..isk3..Basah sudah...kayuh xsudah lagik..so kami amik keputusan kayuh jgk dlm ujan...sampai kt kawasan silterra ujan dh stop..Alhamdulillah ok la tu..
Take 5 @ JPN Kulim..kat sini x ujan la pulakdari kiri : Paksu, Mat B, Mat Cop, Aku, Syahrul, Chaon..dan Naset(juru gambaq)
5 menet dah wei...dah kata take 5...apa lagi jom2 blah..
Last Kopek @ BKELast but not Least..next Sunday Night Fever...the 'Demam Kayuh Ramadhan 2010' akan menyusul lagik.....sapa2 yg berhajat nak join ride ngan kami di persilakan..jumpa di Takumie Workshop
Wednesday, August 11, 2010
Kebaikan DUDUK IFTIRASH
Kebaikan DUDUK IFTIRASH ..
Dari Abu Hamid al-Sa`idi ra., katanya:Aku melihat Nabi Muhammad saw..Apabila Baginda saw duduk pada rakaat yang kedua (Untuk membaca tahiyyat awal), ia duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanan (Duduk iftirash)..Hadith shohih riwayat Bukhri.
Pengajaran hadith:
- Disunatkan duduk iftirash pada tahiyyat pertama.
- Duduk iftirash juga disunatkan semasa duduk antara dua sujud dan ketika duduk istirahah iaitu duduk sesudah bangkit dari sujud yang kedua (Mustika Hadith)
- Amalan duduk iftirash adalah sunnah Rasul saw dan apabila kita mengamal dan menyampaikannya kepada orang lain untuk mengamalkannya adalah mendapat pahala dan keberkatan dari Allah SWT
- Amalan-amalan Rasul saw adalah bercahaya dan boleh mendekatkan diri seseorang kepada Allah S! WT.
Didoakan agar kita semua dirahmati Allah SWT.
Selamat beramal dan menyampaikannya.
Monday, August 9, 2010
PUASA RAMADHAN
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum
kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”. (Surah Al-Baqarah Ayat
183)
Pengertian Puasa
Ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.
Rukun Puasa
a) Niat
b) Menahan diri dari makan & minum serta perkara-perkara yang membatalkannya
Masa Puasa
Puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari
Faedah Puasa
a) Melahirkan perasaan belas kasihan terhadap golongan miskin
b) Mendidik nafsu & jiwa kearah kebaikan
c) Dapat merasai apa yang ditanggung oleh golongan miskin
d) Puasa merupakan perbuatan taat kepada Allah
e) Mendidik budi pekerti untuk memiliki sifat-sifat terpuji
f) Puasa mengajar seseorang supaya beramanah terhadap diri sendiri
g) Puasa mengajar kesabaran dan berperaturan
f) Puasa menyebarkan perasaan kasih sayang & persaudaraan dalam jiwa manusia
Sunat-sunat puasa
a) Makan Sahur serta melambatkannya
b) Menyegerakan berbuka puasa & sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis
c) Menjamu orang-orang yang berbuka puasa
d) Mandi junub,haid dan nifas sebelum fajar
e) Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan
f) Membaca Al-Quran
g) Beriktikaf terutama 10 hari terakhir bulan Ramadhan
Perkara makruh ketika berpuasa
a) Berbekam
b) Mengeluarkan darah
c) Berkucup
d) Merasa makanan
e) Bersugi selepas gelincir matahari
f) Mencium wangian
Perkara yang membatalkan puasa
a) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja kecuali terlupa
b) Makan dan minum sepanjang hari
c) Muntah dengan sengaja
d) Bersetubuh atau keluar mani dengan sengaja
e) Keluar darah haid & nifas
f) Gila
g) Pitam atau mabuk sepanjang hari
h) Murtad
Keuzuran yang mengharuskan berbuka puasa
a) Musafir
b) Sakit
c) Mengandung & Ibu yang menyusukan anak
d) Tua
Keistimewaan Bulan Ramadhan
a) Bulan yang mulia,berkat dan setiap doa akan dimakbulkan
b) Allah merahmati orang yang mengimaninya
c) Al-Quran diturunkan dalam bulan ini
d) Iblis dipenjarakan
e) Terdapat malam yang mulia iaitu malam Lailatul qadar.
f) Solat tarawikh dan zakat fitrah dilaksanakan.
Menghormati Bulan Ramadhan
a) Kita hendaklah mengelakkan diri daripada kebiasaan yang boleh merugikan diri kita seperti berbelanja dengan boros,suka berhibur,membuang masa dan bersembang tentang perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah
sebaliknya hendaklah kita menyambut Ramadhan dengan azam yang tinggi untuk
memperbanyakkan ibadat bagi menyucikan jiwa.
b) Kita hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita tanam di bulan Ramadhan kerana seseorang yang menanam benih jika tidak membaja,menyiram serta memelihara pasti tidak akan mengeluarkan
hasil yang baik di masa hadapan.
Monday, August 2, 2010
Bahasa Jiwa Bangsa
Seperti yang aku catatkan sebelum ni, kebanyakannya semua berkenaan xtvt gerek aku yg tak seberapa...aku percaya readers2 blog ni (hempa laa tu) bukan rajin sgt baca crita aku yg karut nih..hempa lagi hebat pada aku... Betul kan? Oleh kerana xtvt kayuhan aku untuk minggu ni pon tadak..So, meh kita tgk gambar-gambar bertemakan Bahasa Jiwa Bangsa nih yg aku petik dari www.zonbebas.com....Layan..






