Sunday, August 29, 2010

Demam Kayuh Ramadhan 2010 : 3rd Edison

28 Ogos 2010 : 11.00 malam........Demam kayuh Ramadhan 2010 geng Gerek Kulim menjelma lagi buat kali ke-3..Laluan kayuhan kali ni lain dari edisi sebelum ni...Gerek Kulim yang bersikap terbuka 'menerima' segala cadangan & pandangan para2 ahli..oleh kerna ada ahli2 yang 'mengidam' nak kayuh & bersantai2 di R&R BORR, Butterworth..maka satu musyuawarah telah dilaksanakan & majlis bersepakat kayuh ke BORR..dimana kayuhan bermula di Takumie Workshop-BKE Hillway-Bandar Sunway-BORR(pusing Giant)-R&R BORR-BORR(sg dua)-PLUS(pmtg pauh)-BKE Hillway-Takumie workshop..pada awalnya target kayuhan adalah 80km tapi malam ni dapat 64KM saja...xpa next ride kita tambah lencong lagik jauh noh...layan la gambaq yg sempat aku amik dari Shidi.....

Shidi & Naset sebelum mula kayuhan

Kat Takumie...time ni pakat senyum sakan lagik

Stop Sat :Regroup tgu geng yg tertinggai kat Fly Over Tuanku Bainun

Kat Tol Kubang Semang..Regroup & tunggu geng pi melepas hajat..dan dalam masa tunggu tu...hampeh

Pada asainya..nak mencekangkan tayar..tatapi 'pesss' pecah sudah...dah la tiub spare lupa bawak..mcm2 la hal malam ni..

Sempoi dari Geng 'Rock Cangkoi'..mcm sekitar tahun 90an lak

2.00pagi..lepak2 sat R&R..amik nyawa..sambil tu
belasah sotong kangkong + Kerang Rebus = balik satgi hempa tau la

Lepas mkn ja time balik semua pakat 'pecut' sampai xdan nk amik gambaq dah..semua sampai Takumie jam 3.30 pagi..lepak sat kt era..minum..5.00pagi balik rumah makan sahur.

Pendek kata kayuhan malam ni sempoi..ada yang nak repeat lagik minggu depan..ada jugak yg 'tobat lahom' xmau dah kayuh road...apa pasait...ask your self..ok cau dulu..

Wednesday, August 25, 2010

PERHATIAN..PERHATIAN..PERHATIAN..!!!



Related Posts with ThumbnailsKAYUH PECAH LEMAK RAYA (KPLR)

GEREK KULIM KE SATU TAHAP : cipta logo la pulak

Hari ni macam besa keja..keja..keja..dan keja..tapi xda keja pon nak dibuat..nak ber FB tak larat dah...bosan..borink dah...xda sapa nk aku 'ngoratkan'..tu yg bertambah bosan ber FB hari ni..kekeke..so tangan aku yg tak reti dok diam ni pon selongkar lah apa yang patut..mengingatkan kata2 geng Gerek Kulim yang masih xda 'Team Jersy'..aku coba2 laa meng ' google' apa yang patut..dan dengan sikit sentuhan dari aku maka terciptalah design logo Gerek Kulim ni...amacam...ok tak..kalu OK kota bt Jersy....Alamak...nak kena google & men'design' jersy la pulak...
Kata 'hikmat' GK : SLOW TAPI SAMPAI yang menjadi perangsang ahli2 GK tetap di 'selitkan'....

Sunday, August 22, 2010

Demam Kayuh Ramadhan 2010 : 2nd Edison

Kulim, 21 Ogos 2010, jam 11.00mlm sampin berita kedua..Assalamualaikum wbt & Salam Ramadhan..selepas tarawih..seramai 7 anak muda yg ketagih kayuh tahap Gaban menghidupkan xtvt kayuh malam di sekitar kulim..Bertemakan Demam Kayuh Ramadhan 2010: 2nd Edison depa ni memilih laluan sekitar Kulim..kebanyakannya melalui laluan yg sama seperti 'last week'..cuma laluan dilencongkan sedikit ke IPD Kulim menghala ke Air merah dan bertemu di Giant....jarak kayuhan kali ni hanya 37km...kali ni dikatakan kayuhan yg baik dr 'edison pertama' kerna cuaca 'baek punya'...tiada lagi basahan & kebocoran seperti kayuhan lepas..Alhamdulillah..syukur kepada Allah..10km terakhir diberitakan ada sikit insiden..namun tiada sebarang kecelakaan & kecederaan berlaku...Alhamdulillah syukur lagi...kayuhan tamat sekitar jam 1.00pagi...kita saksikan rakaman yg disediakan.......

Petronas BKE : Isi tank dulu...sebelum bertolak ...

Aksi tonggek Aku & Chaon..

Kat PTSB : tunggu siswi kuar...tak kuar2 pon...keke

sebelum gerak dr PTSB..layan 1 pic lagik

Kat Pekan Kulim...bersinar 'tayar lampu' kepunya Naset ni...

sesi regruop kt Caltex Sg Limau..dikabarkan paksu 'terwikang' terkangkang kt simpang 4 keladi..naseb bek tara papa..next time hati2 noh..

Yeayyyy Sampai dah...chaon berteriak dlm hati...

Lastly....Istimewa utk kawan2...Kad diterima yah di sini...Kad Kawen terima jugak ka...???
Sendri pikir la...ok adios..jumpa lagi next edison..

Lagi gambar kt FB

Thursday, August 19, 2010

SAHUR

10 Ramadhan 1431H, Jumaat
Assalamualaikum wbt...Syukur Alhamdulillah dah 9 hari kita berpuasa..Dalam entry yg lalu saya kongsikan bersama anda mengenai PUASA RAMADHAN & Fadhilatnya...kali ini saya ingin kongsikan elemen-elemen berkaitan Puasa iaitu SAHUR

HIKMAH SAHUR

Allah mewajibkan puasa kepada kita sebagaimana telah mewajibkan kepada orang-orang sebelum kita dari kalangan Ahlul Kitab. Allah berfirman (yang artinya): "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa" [Al-Baqarah : 183].

Rasulullah SAW menyuruh makan sahur sebagai pembeda antara puasa kita dengan puasanya Ahlul Kitab.

Dari Amr bin 'Ash radhiyallahu 'anhu, Rasulullah SWT bersabda (yang artinya): "Beza antara puasa kita dengan puasanya ahli kitab adalah makan sahur" [Hadits Riwayat Muslim 1096]

KEUTAMAANYA

a. Makan Sahur Adalah Barokah.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, Rasulullah SAW bersabda (yang artinya): "Sesungguhnya Allah menjadikan barokah pada makan sahur dan takaran" [Hadits Riwayat As-Syirazy (Al-Alqzb).

Peletakkan Sahur sebagai barakah sangatlah jelas, kerana dengan makan sahur bererti mengikuti sunnah, memberi semangat untuk berpuasa kerana bertenaga setelah bersahur.

b. Allah dan Malaikat Berselawat Kepada Orang-Orang yang Sahur.

Dari Abu Sa'id Al-Khudri radhiyallahu 'anhu, Rasulullah SAW bersabda : "Sahur itu makanan yang barakah, janganlah kamu meninggalkannya walaupun hanya meneguk setengah air, kerana Allah dan malaikat berselawat kepada orang-orang yang sahur"

MELAMBATKAN SAHUR

Disunnahkan melambatkan sahur sesaat sebelum fajar, karena Nabi SAW dan Zaid bin Tsabit radhiyallahu 'anhu makan sahur, ketika selesai makan sahur Nabi SAW bangkit untuk solat subuh, dan jarak (selang waktu) antara sahur dan masuknya waktu subuht kira-kira seseorang membaca 50 ayat Quran.

HUKUM BERSAHUR

Oleh karena itu Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam memerintahkannya -dengan perintah yang sangat ditekankan-. Beliau bersabda (yang artinya): "Barangsiapa yang mau berpuasa hendaklah sahur dengan sesuatu".

Saya berpendapat Bersahur adalah satu perintah Nabi & satu ibadah yang sangat dituntut.

Wallahualam.......

NOTA : Info di petik & di edit dari http://www.freewebs.com/ramadhaan/hukum.htm.



Monday, August 16, 2010

Sunday Night Fever - Demam Kayuh Ramadhan 2010

Sabtu, 14 Ogos 2010(11.00malam)..Assalamualaikum wbt & salam sejahtera kepada semua..slamat berpuasa & slamat mengerjakan ibadah tarawih..moga2 bulan Ramadhan yg mulia ni sama2 lah kita perbanyakkan amal ibadah..entry aku kali ni tbkn pasai tarawih....tapi pasai gerek la jugak...mulanya dengan kedatangan Ramadhan ni aku & geng Gerek Kulim xda plan lansung nak ride bulan2 posa nih..pendek kata nak cuti rehat la bulan ni....tapi bila dah ada yg 'berbalas pantun' so kami pon sepakat satu hati nak kayuh jugak...

Kalu nak kayuh siang mau lingkup posa tahun ni..so amik keputusan ride malam laa..lepaih Terawih..gedebuk gedebak 11.00malam kami 'setat' kayuh di Takumie Workshop aka Markas Gerek Kulim...masuk Hitech..pusing kot AIC pi Silterra - UniKL - Giant -Sg Limau - BKE - Takumi Workshop..abih dah..tambah tolak cukup 30km....jadi la tu....next ride kalu xpuaih kita pusing kot len plak..apapon usyarlah gambaq2 ehsan dari Chaon GK..layannnnn...

KM 1 : Pertonas Kg Siam, BKE...
singgah beli ayaq dulu..isi mana yg patut..satgi xdan nk minum dh..pederaih ja..keke

Lepaih ja kat sini ujan mula rintik dah..elok2 area Firtsolar dia bagi sedaih..lobat punya...lencun abih da...dan time tu jugak lah tetiba.."ada sekoq, anak mengkarung 'kokak' tengah belakang" (baca dengan melodi dikir barat..keke)...aduyai...sakit bukan kepalang...padan muka aku..tu laa tau balun kayuh ja time buka posa tadik..dh tu balun kayuh teruih xda nk bt 'regangan2' dah..isk3..Basah sudah...kayuh xsudah lagik..so kami amik keputusan kayuh jgk dlm ujan...sampai kt kawasan silterra ujan dh stop..Alhamdulillah ok la tu..

Take 5 @ JPN Kulim..kat sini x ujan la pulak
dari kiri : Paksu, Mat B, Mat Cop, Aku, Syahrul, Chaon..dan Naset(juru gambaq)

Sambil2 tu dok crita la pasai 'anak mengkarung' tadik

5 menet dah wei...dah kata take 5...apa lagi jom2 blah..

Last Kopek @ BKE

Last but not Least..next Sunday Night Fever...the 'Demam Kayuh Ramadhan 2010' akan menyusul lagik.....sapa2 yg berhajat nak join ride ngan kami di persilakan..jumpa di Takumie Workshop

Wednesday, August 11, 2010

Kebaikan DUDUK IFTIRASH

Assalamualaikum wbt...Salam Ramadhan Al Mubarak...slamat berposa kepada semua umat Islam..Alhamdulillah dah masuk hari kedua kita berposa..dan dah 2 malam kita bertarawih..amacam ok ka..ada lenguh2 ka..xkan lenguh kot..kayuh merata cerok bleh..mesti tarawih pon boleh..yertak..apa pon hari ni saja aku nk kongsi2 info kesihatan untuk kita semua..

Kebaikan DUDUK IFTIRASH ..

Dari Abu Hamid al-Sa`idi ra., katanya:

Aku melihat Nabi Muhammad saw..Apabila Baginda saw duduk pada rakaat yang kedua (Untuk membaca tahiyyat awal), ia duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanan (Duduk iftirash)..Hadith shohih riwayat Bukhri.


Pengajaran hadith:
  1. Disunatkan duduk iftirash pada tahiyyat pertama.
  2. Duduk iftirash juga disunatkan semasa duduk antara dua sujud dan ketika duduk istirahah iaitu duduk sesudah bangkit dari sujud yang kedua (Mustika Hadith)
  3. Amalan duduk iftirash adalah sunnah Rasul saw dan apabila kita mengamal dan menyampaikannya kepada orang lain untuk mengamalkannya adalah mendapat pahala dan keberkatan dari Allah SWT
  4. Amalan-amalan Rasul saw adalah bercahaya dan boleh mendekatkan diri seseorang kepada Allah S! WT.
Kebanyakan kita tidak mengetahui kebaikannya dari segi kesihatan. Kalau kita lihat gambar reflexology dibawah, bila dalam iftirash ini, kaki kanan kita dapat tekanan di bahagian atas kaki dan kaki kiri kita dapat tekanan bawah & tengah kaki. Duduk iftirash ni memberi 'tekanan reflexology' yang menyeluruh. Tapi bagi orang yg tidak menegakkan kaki kanan, mereka hanya mendapat 'tekanan reflexology' utk sebahagian tubuh sahaja (tidak meliputi bahagian - Brain, Neck, throat, heart, voice sinus, pituitary glands, etc spt dalam gambarajah). Ini merugikan!!


Eloklah kita cuba duduk secara iftirash yang sempurna semoga kita dapat pahala kerana ikut sunnah dan juga kesihatan yg menyeluruh melalui 'indirect reflexology excersize'utk bahagian kritikal - brain, neck, throat, dan sebagainya..

Didoakan agar kita semua dirahmati Allah SWT.
Selamat beramal dan menyampaikannya.