Thursday, June 16, 2011

TAZKIRAH - 8 Pembohongan Ibu kepadaku

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang 

Memang sukar untuk org lain percaya, tapi itulah yang berlaku, ibu saya memang seorang pembohong! Sepanjang ingatan saya, sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk menjadi renungan dan panduan anda semua. Ambillah iktibar daripadanya dan hayatilah sebaiknya kerana itulah ibuku! 

01.PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA - Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga yang miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Ada kalanya selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1 keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi mak cepat memujuk. Ketika makan, mak sering memberikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, mak berkata: "Makanlah nak, mak tak lapar.". 

02.PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA - Ketika saya mulai besar, mak yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Mak berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik. Pulang memancing, mak memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu, mak duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat mak seperti itu. Hati saya tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, saya memberikan ikan itu kepada mak. Tetapi mak dengan cepat menolaknya. Mak berkata: "Makanlah nak, mak tak suka makan ikan." 

03.PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA - Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Mak pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya, abang dan kakak. Suatu dinihari, lebih kurang 1.30 pagi, saya terjaga dari tidur. Saya melihat mak sedang membuat kuih bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya lihat kepala mak terhangguk kerana terlalu mengantuk. Saya berkata: "Mak, tidurlah, esok pagi mak kena pergi kebun pula." Mak tersenyum dan berkata: "Cepatlah tidur nak, mak belum mengantuk lagi." 

04.PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT - Di hujung musim persekolahan, mak meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting.
Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, mak terus sabar menunggu saya di luar dewan. Mak sering kali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Ilahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika lonceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, mak dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang mak yang jauh lebih kental. Melihat tubuh mak yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu untuk mak dan menyuruhnya minum. Tapi mak cepat-cepat menolaknya dan berkata: "Minumlah nak, mak tak haus." 

05.PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA - Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas adik saya baru beberapa bulan dilahirkan, maklah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Mak bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan berjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang membantu mak. Anehnya, mak menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering menasihati mak supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga mak dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi mak yang memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Mak berkata: "Saya tidak perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki." 

06.PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM - Setelah kakak dan abang habis belajar dan mulai bekerja, mak sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh mak supaya berehat saja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit, tetapi mak tidak mahu. Mak rela pergi pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi kekperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan mak, pun begitu mak tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan mak mengirim balik wang itu, dan mak berkata: "Jangan susah-susah, mak ada duit." 

07.PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH - Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang, kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya, juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa mak untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, mak sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini mak habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Mak tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata: "Tak payahlah, mak tak biasa tinggal di negara orang." 

08.PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN - Beberapa tahun berlalu, mak semakin tua. Suatu malam saya menerima berita mak diserang penyakit kanser. Mak mesti dibedah secepat mungkin. Saya menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat mak terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Mak yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Mak menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya. Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga mak menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah mak sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan mak, kemudian saya kucup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat mak dalam keadaan seperti ini. Tetapi mak tetap tersenyum dan berkata-kata: "Jangan menangis nak, mak tak sakit." Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali. 

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata: MAK, SAYA SAYANGKAN MAK!
 
Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun mengasihi mak lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga mak, sampailah saat mak menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Mak, maafkan saya. SAYA SAYANGKAN MAK...!!!

Friday, June 10, 2011

Hatyai MTB Jamboree 2011

Buat Pertama kalinya aku menyertai event ni juga pertama kalinya aku berkayuh di luar negara.. Event yang kali ke-2 seumpamanya telah dilaksanakan dan disertai oleh aku.. Ianya berlangsung pada Sabtu, 4 JUN 2011, bertempat di hatyai Municipal Park, Hatyai, Thailand.. dengan jarak kayuhan sepanjang 43km merangkumi 80% OFFROAD (Kebun Getah) dan selebihnya JALAN RAYA. Laluan berbukit yang bisa dikayuh.. tidak lah terlalu sukar.. tidak banyak yang dapat aku coretkan disini.. Trek ni yang aku sifatkan agak menarik dan mempunyai kenikmatannya tersendiri. Lebih nikmat bila bertemu kenalan baru..
Bersama Syahrul Izam di Starting Point

Macam biasa..kedudukan di tapak permulaan.. tidak dihadapan tidak jua kebelakang
Awas...Jambatan sempit dihadapan..Disini satu2nya kesesakan berlaku..

panjat...

dan turun...

Berehat di CP3 : Mineral + Pisang
Kenalan baru dari Selangor

Bersama Pudin TTG & rakan dari Urat Keting

Tolak...


Kejang.. lumrah berbasikal..mesti ada punya

Walaupon aku mngalami sedikit kekejangan.. tapi sampai jugak kat Finishing
wokey Hatyai..jumpa lagi di lain waktu..

Monday, June 6, 2011

A Day Before Hatyai MTB Jamboree 2011


Sawadikap.. kakumkap.. Sebai de re kab ?.. Sed riabroi laew Hatyai MTB Jamboree 2011.. 
Perghh.. sempat jugak aku belajaq sepatah dua bahasa Siam neh.. Asalnya bila ada kabar member aku, Syahrul & rakanya Pong  nak kayuh di negara Jiran, aku pon teruja sesangat nak join sekaki.. Untuk rekod, aku daftar masuk pon dah last menet.. tu pon melalui Abang Megat.. nasib baik ada lagi kekosongan.. Almaklumlah ni la 1st time aku kayuh kat Overseas.. 
So pagi Jumaat tu kami bertiga bertolak ke Hatyaii dengan sebiji keta (keta Encik Pong).. Lebih kurang jam 4.00 petang waktu tempatan baru kami sampai di Hotel .jenuh pusing pekan jugak la nak cari hotel.. Guna GPS pon GPS muhong..haha.. nasib-nasib..Lepas amik Goodies & kunci bilik kami terus lepak kat bilik laa.. rest2 apa lebih kurang
 
 J.B. Hotel : sini la tempat amik goodies & penginapan kami.. nice hotel

 yang ni pon nice jugak..hehe

 Baik punye..heh

 Gerek masuk lift

bawa gerek sampai ke bilik tidur .. p/s : sila abaikan empunya punggung itu..:P 

Bandar Hatyai dari bilik penginapan

 Jalan2 cari makan


 Menu Dinner : sup kaki lembu + tomyam udang + daging goreng = nyum nyum

 Tuuudia.. cerah hempa sapu.. tinggai kacang panjang ngan timun ja.. 

 Lepas makan kayuh pusing town

ntah apa yang 'best' pon tatau..

 12.00 malam balik tidoq.. 
esok nak kayuh.. lagi pon bahaya melewaq lewat malam..
 
note:  Mata pon dah ngantuk ni.. tunggu next entry pasai kayuhan Hatyaii Jamboree plak.. Ratree Sawad.. huarghhhhh

Friday, May 27, 2011

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan ke-2

Salam semua, Alhamdulillah diketika ini aku masih lagi diberi peluang untuk bernafas, agar dapatlah kita meningkatkan ketaqwaan bagi menuju jalan yang diredhai Nya.. Syukur ke hadrat Ilahi esok 29 Mei 2011 secara rasminya usia perkahwinan Aku dan Farah akan mencapai usia 2 Tahun..

Terima kasih Sayang (ayat jiwang sikit..ehehe) kerana memahami diri yang masih banyak kekurangan ini, terima kasih juga kerana membahagiakan hidup ini. Rasa kasih dan sayang semakin bertambah dengan adanya  insan kecil dalam hidup kita. Malah ianya dapat menyerikan dan melengkapkan lagi kehidupan kita..(Insyallah, nanti kita tambah lagi sorang baru berseri2 hendaknya..aha)

Mudah-mudahan ikatan yang kita bina ini akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat. Semoga Allah memberkati kita dan melindungi rumah tangga kita senantiasa…Amin

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Kita Sayang.... i love u

Apapon kita dengarkan bait2 lagu dari Kopratasa ni dulu...
Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang
Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami
Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku



Wednesday, May 25, 2011

Rempet ke Kapet lagi

Pagi Ahad, 15 Mei 2011 atas permintaan saudara Chaon nak repeat trek Bukit Kapet sekali lagi aku berkayuh di trek Sungai Ara ni ditemani ngan beberapa kerat geng SAT.. Sejak akhir2 ni saudara Chaon suka sangat ride kat Penang ni.. cam ada something neh.. nanti kita siasat .. Chaon... ce cite ce cite.. heh heh heh..

Macam biasa lokasi pemunggahan di Dinas Nasi Kandar, Sg Ara. Kayuhan sebelum ni aku hanya bertemankan Chaon & Shidee tetapi setelah jarum dicucuk kali ni saudara Syahrul & Paksu dari SAT juga turut serta.. Ditapak pemunggahan tetiba dpt msg dari Azhar Baimbai, mengatakan beliau jua nak turut serta bersama Din Discovery dan Abangnya.. so jumlah terkumpul kali ni 7 orang... apa lagi..lepas pekena roti canai sekeping kayuh la...
 
 Laluan Kebun Getah.. bleh tahan jugak climbingnya..

Shidee still menten..

Syahrul.. 1st time kayuh trek ni.. no problem, trek santai saja..

Senyum manis dari Azhar Baimbai.. kupikirkan dah gantung gerek..ropanya kayuh diam2

Ni apa kena pi kait buah derian plak... haish

cam besa.. lepak2 dulu


time ni dok meeting, nak balik ka.. nak sambung kayuh pi Blk Pulau ka.. nak pi Bukit Nyonya ka.. 
mana satu mau.. ce cite ce cite..
kelihatan di belakang sana ada yang sedang 'mengcangkul' sesuatu.. erk... cam bau nasi lemak ja..

apapon group photo mesti mau..

Chaon.. donhell ngan rokok di mulut tuh.. isk isk isk

Asal abih kayuh mesti acara ni.. asal acara ni mesti abih kayuh.. haha

Sunday, May 15, 2011

Malam Pertama

Di waktu hening malam
Di waktu sepi sebarang bunyi
Di waktu manusia di alam mimpi
Embun pagi membasahi bumi............

Halamak.. setelah lebih 7 tahun, malam ni ianya berulang kembali.. aku kena kerja syif la pulak.. dah la mula ngan syif malam.. agak membosankan.. Aduyai tengok jam baru pukul 2 pagi.. so far mata steady lagi.. cuma agak mati kutu jugak lepak sorang2 ni.. mujuq tak banyak isu / problem yang jadi setakat ni.. harap2 sampai ke pagi besok la..

Friday, May 13, 2011

One Day at Carpet Hill La Deyy... (Edisi Benggali Kapet)

সালাম সেজাহ্তেরা.. 
সবটু, ৯ মেই ২০১১.. সেজক আকু বের্তুকার তেম্পাত কের্জা দি কুলিম, লামা সুদাহ আকু তাক বের্কাযুহ দি পুলাউ পিনাং নি. অপাতাহ লাগি মেনের্জাহ ট্রেক সুন্গায় আর নি অটু লেবিহ দিকেনালি দেন্গান পান্গ্গিলান বুকিত কাপেট. দেস্তিনাসী তুজুয়ান বগি ককি২ মতব সেকিতার পুলাউ পিনাং নি.. ম্ম্গ তাক দিনাফিকান মেম্পুন্যায় অর দান কেনিক্মাতান্ন্যা তের্সেন্দিরি. কাযুহান কালী নি তুরুত দিসের্তায় অলেঃ রাকান আকু দাড়ি তেঅম সাত ইঐতু সুদারা চাওন দান সুদারা শিদী..  
আকু & চাওন





 
 লেপক দি পুন্কাক কাপেট

আইর সুন্গায় জের্নিহ & সেজুক..লেন কালী মাই বাবা বাজু মান্দি লা..