Friday, May 27, 2011

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan ke-2

Salam semua, Alhamdulillah diketika ini aku masih lagi diberi peluang untuk bernafas, agar dapatlah kita meningkatkan ketaqwaan bagi menuju jalan yang diredhai Nya.. Syukur ke hadrat Ilahi esok 29 Mei 2011 secara rasminya usia perkahwinan Aku dan Farah akan mencapai usia 2 Tahun..

Terima kasih Sayang (ayat jiwang sikit..ehehe) kerana memahami diri yang masih banyak kekurangan ini, terima kasih juga kerana membahagiakan hidup ini. Rasa kasih dan sayang semakin bertambah dengan adanya  insan kecil dalam hidup kita. Malah ianya dapat menyerikan dan melengkapkan lagi kehidupan kita..(Insyallah, nanti kita tambah lagi sorang baru berseri2 hendaknya..aha)

Mudah-mudahan ikatan yang kita bina ini akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat. Semoga Allah memberkati kita dan melindungi rumah tangga kita senantiasa…Amin

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Kita Sayang.... i love u

Apapon kita dengarkan bait2 lagu dari Kopratasa ni dulu...
Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang
Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami
Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku



No comments:

Post a Comment