Tuesday, June 29, 2010

KEMAHIRAN KONSEPTUAL

SALAM SEJAHTERA & SELAMAT BEKERJA..mana yg xkeja slamat beristirehat @ slamat berehat bersama isteri..ehe

Sebagai pekerja, penyelia, pegawai atau ketua...adakah anda telah melaksanakan tugas yg diamanahkan sebaiknya selaras dengan tanggungjawab anda..?

Adakah anda pernah mendengar tentang
Kemahiran Konseptual? Tidak ramai yang biasa mendengarnya tetapi kemahiran ini sangat penting bagi anda memahami apakah visi dan misi anda.

Kemahiran Konseptual akan memberikan gambaran kepada anda dengan jelas tentang apakah cita-cita yang ingin dicapai oleh organisasi anda. Bekerja bukan hanya pergi ke pejabat untuk melakukan tugasan kerja anda, tetapi anda memahami tugasan yang dilakukan adalah selari hasrat organisasi.

Jika anda sebagai penyelia atau pegawai apa yang perlu anda lakukan kepada orang bawahan anda ialah,.. memberi faham kepada mereka :

Mengapa organisasi tersebut ditubuhkan?

Apakah objektifnya?

Apakah fungsinya terhadap masyarakat dan negara?

Pemahaman tentang perkara asas ini akan memberikan ruang mereka bekerja dengan efisien dan fokus.

Begitu juga dengan anda yang menjadi ketua kepada organisasi atau syarikat anda. Lakarkan apa visi dan misi syarikat sebelum anda melangkah lebih jauh dalam bidang yang anda ceburi. Kemahiran konseptual akan memacu syarikat anda berada di atas landasan visi yang tepat dan tersusun.

No comments:

Post a Comment