Thursday, July 28, 2011

Himpunan 4x4, Motorcross, MTB

untuk melihat lagi gambar menarik

Alhamdulillah Ahad lepas satu event yang dianjurkan oleh SAT telah terlaksana dengan jayanya. Satu-satunya event yang aku tunggu.. Dah lama dah kami plan nak buat event camni..tapi tegendalan & tertunda dek kerna keadaan semasa.. Sedia tahu penglibatan aku kali ni tak lain tak bukan..kayuh MTB la.. walaupon dah selulan aku tak kayuh.. belasah jelah.. mana nak cari motorcross.. tabung tak penuh lagi.. nak layan 4x4 kena hasut bapak aku dulu laa.. apapon hidup mesti teruskan.. bak kata member aku..hati mesti keras..hehe 

Dengan penyertaan 55 penunggang MTB cukup menceriakan suasana.. 6 buah kenderaan pacuan 4 roda sebagai pengangkut makanan turut mengiringi riders2 dalam perjalanan menuju ke destinasi yang di tuju (12km dari jalan besar) menambahkan lagi kemeriahan.. ditambah pula dengan deruan 25 buah enjin Motorcross yang menggamatkan lagi suasana rimba yg damai tu.. memang best.. sukar digambarkan.. seronok mengatasi keletihan..
 
 
Di Tapak Pemunggahan awan kelihatan mendung..ini betul2 membuatkan aku gusar, klu hujan habis la.. bukan apa terkenang kenangan sebelum ni.. selut bersepat la.. sampai tak boleh nak kayuh.. Kami mula enter trail yang mencabar, trek balak..trail yang memang sesuai untuk Motorcross & 4x4. Aku seperti biasa, dikelompok kebelakang.. menyusuri laluan balak yang kasar, mendaki cerun2 bukit yg agak memenatkan. Slalunya & sudah semestinya aku menggunakan gear paling ringan..kalu ada 11 gear aku bedal juga..punggung pun x berapa selesa kali ni.. saddle kecik ka punggung aku dah membesar.. apa jua yg tak kena aku harung jua segala halangannya.. biar slow tapi sampai.. itulah kata2 hikmah nostalgia Gerek Kulim dulu.

Apa yang pasti kepuasan dan keseronokan hadir selepas melepasi setiap halangan. Ditambah pula dengan kemuncak menikmati sendiri kelazatan downhill yang menggoncang dada.. kelajuan tanpa had. sesekali melompat. hampir2 terjatuh jugak laaa. Cuma sgt bernasib baik sebab sempat landing dengan baik. Selamat.

Kesimpulannya event ni memang sempoi... next time boleh buat lagi.. lagi ramai lagi best..

No comments:

Post a Comment