Monday, November 28, 2011

SALAM MAAL HIJRAH 1433H

Alhamdulillah, segala puji-pujian bg Allah diatas segala pemberianNya kepada kita, untuk meneruskan kerja & tugas kita diatas muka bumi ini.. syukur kehadrat Ilahi dengan izinNya kita masih diberi peluang dan kesempatan untuk bernafas dan menikmati keindahan alam ini.

Di kesempatan ini, masih belum terlewat untuk saya mengucapkan Salam Maal Hijrah pada semua sahabat-sahabat muslimin dan muslimat. Semoga dengan kedatangan tahun baru ini, kita semua dapat mengambil pelbagai iktibar serta contoh tauladan dari peristiwa hijrah Rasulullah SAW sebagai panduan kehidupan kita bagi keperluan hari-hari yang mendatang. Wasssalam.

Satu Muharam Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi Dan Umat Islam
Dari Kota Mekah Ke Kota Madinah

Atas Keyakinan Dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin Dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta Dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman
Untuk Sepanjang Zaman

No comments:

Post a Comment