Monday, December 6, 2010

Apa Yang Nak Di Hijrahkan..?

Ada beberapa contoh yang bleh kita hijrahkan dalam hidup diri kita:-

1. Kalau dulu kita tak pernah kurang menghadiri kuliah-kuliah agama, sekarang kita perbanyakkan lagi kehadiran kita di majlis-majlis ilmu.

2. Kalau dulu kita kurang berikan perhatian terhadap kualiti kerja yang kita hasilkan, maka sekarang kita pastikan setiap kerja yang kita lakukan itu adalah yang terbaik yang boleh kita lakukan pada masa tersebut.

3. Kalau dulu kita amalkan sikap bermusuhan,  sekarang kita  berubah kepada sifat kasih-sayang.

4. Kalau dulu kita hanya solat fardhu lima waktu, maka sekarang kita tambahkan dengan solat-solat sunat.

5. Kalau dulu kita ada  sifat dengki (hasad), sekarang kita pupuk sifat mencintai (mahabbah).

6. Kalau dulu kita hanya puasa ramadhan, sekarang kita tambah dengan puasa-puasa sunat.

7. Kalau dulu kita kufur dengan nikmat Allah swt, sekarang kita bersyukur kepadaNya terhadap segala nikmatNya yang tidak terhingga.

8. Kalau dulu kita terlibat dengan pelbagai jenis kemaksiatan, sekarang kita berubah kepada amalan ketaatan kepada ajaran Allah swt.

9. Kalau dulu kita terlibat dengan amalan-amalan kekufuran, maka sekarang kita lakukan perkara-perkara yang memiliki dasar keimanan kepada Allah swt.

10. Kalau dulu kita tidak berapa memberi perhatian terhadap soal tutup aurat,  sekarang kita pakai pakaian yang dibenarkan oleh agama kita.

11. Kalau dulu kita sering berkunjung ke tempat-tempat maksiat,  sekarang kita tidak lagi pergi ke tempat-tempat tersebut. Rumah-rumah ibadat adalah tempat pilihan kita.

12. Kalau dulu kita mengamalkan sifat-sifat kemunafikan (seperti khianat, dusta dan tidak amanah), maka sekarang kita meninggalkan sifat-sifat tercela tersebut dan mengamalkan sifat-sifat mulia.

13. Kalau dulu kita makan makanan yang tidak jelas kehalalannya,  sekarang  kita hanya makan makanan yang jelas halalnya (Halalan Toyyiba)

Dan banyak lagi, dan banyak lagi …….... yang boleh kita hijrahkan! Fikirkan !

Thursday, November 18, 2010

Niat Hati

Niat hati nak kawen lagi satu update blog cerita pasai raya korban yang baru lepas ni. Tapi sangat busy ayat marka ni kat umah. Line tenet pon tumpang sekaki..busy sebusy busy nya. Nak update entri baru mesti nak letak gambar baru best, betoi dak..? Nak letak gambar kena transfer dari kamera. Nak transfer dari kamera kena cari cable, nak cari cable kena amik masa, nak transfer pun amik masa.. Al-Maklumlah line berokben xbrapa nak clear..

Oleh yang demikian, nanti-nanti la, tak pun tak payah malam nanti je la entri bergambarnye ya.. Sekian harap maklum, terima kasih.

Tuesday, November 16, 2010

Raya Haji

Salam, Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha untuk semua muslim!!! Alhamdulillah, dapat lagi merasa raya haji tahun ni kan..? Tapi, rasanya ramai tahu, yang kalau dekat Malaysia ni. Bukan semua negeri yang “beriya” sambut hari raya Aidiladha ni. Kalau hari raya Aidilfitri, tak payah nak cerita lah kan. hahahaha! Meriah woo. Entahlah, tak tau kat mana silapnya ?

Malam raya posa hari tuh memang meriah sungguh. Meriah dengan bunyi mercun dan meriam yang budak-budak & bapak-bapak budak kampung dok main. Pakat dok lawan siapa punya yang lagi kuat. Setakat mercun tu memang tak ada apa la sangat. Tak dak feel depa kata. Layan meriam lagi syok. Sekali cucuh mau bergegar satu kampung...tu yg depa mau la..tapi actualnya..gegar tang meriam tuh jer..peh peh ja bunyinya..keh keh keh.

Selalunya bila hari raya, memang letrik punya power tak berapa nak cukup. Lampu-lampu di rumah aku kalau lambat sikit aku pasang memang sampai ke siang lah dok berkelip-kelip tak menyala. Maklumlah, time ni la penggunaan kadar letrik lebih pada kadar biasa..time ni la nak bakaq kek, nak sterika baju, nak cas enset, macam2 lagi lah...tapi tuh malam raya posa...

Ni malam raya korban..macam biasalah.,Tak ada kelam kabut sangat pun. Semua pakat dok rilek sembang-sembang sambil mak aku dok adjust apa-apa yang patut. Tak plak kalut nak sterika baju..mak aku pon tak kalut nak buat kuih raya. Esok nak jamu krepek ubi ngan makanan ringan jer..simple city gitu..ehe..dek kerna itu, malam ni tak plak terasa macam malam raya. Cuaca pon tak brapa okey, dari ptg tadi samapi skrg nih ujan jer..lebat lak tuh..siap ribut2 lagi..nak layan astro kompom line tak clear..mujuq line berokben kat umah aku nih okey..leh gak aku layan on9..

Tu malam raya..kalu pasai hari raya korban ni..aku sambut cam besa jer..bersederhana..Pagi2 lepas Solat Sunat Raya, aku balik umah teruih...Ops.....silap..aku dengar khutbah raya la dulu..yeppa da..lepas tuh baru aku balik umah..kadang2 aku singgah sat mana yg sempat..bantai sarapan pagi dulu kat umah jiran tetangga...penuh perot diisi apa lagik salin baju pi masjid or tempat korban la..tolong2 apa patut..tu laa xtvt aku time raya korban ni..

Oklah. dah kot membebel. Hempa plak sambut raya korban camna..? Sama tak macam aku? Ke tak sambut.? Kena keja di hari raya ? hehehe. Oh ya, tumbang korban berapa ekor kali ni?..apapon last word from me...Labbaik Allahumma Labbaik........



Friday, November 5, 2010

Aku di Kayuhan Kuale

Halluu...this evening I want to story kat u all about my last Sunday xtvt..Ni ha..nak cerita laa..tanggal 31 Okt 2010 yg lepas aku menjoinkan diri bersama team aku yakni Seluang Adventure Team (SAT) tok menyertai Jamboree Kuala Kangsar-Kayuhan Kuale Bandar Di Raja 2010..Total geng SAT yg pi seramai 10 orang.. dengan 2 kenderaan 4wd..sebiji Pajero Takumie..sebiji lagik Hilux bapak aku...TQ la bapak coz bagi line guna Hilux tuh..so ianya menjadi kemudahan pengangkutan kepada aku & geng tok ke sana..
Secara peribadi Jamboree ni aku boleh katakan satu event yang menarik..dengan 10 bungkus power Bar sebagai markah aku dapat bagi 7 bungkus...trek yang sempoi..bleh kayuh..tak teruk sangat..tapi sikit tak best dengan road yg panjang sangat..walaubagaimanapon ianya tak menjadi hal..sekali lagi tahniah kepada penganjur..
 Sebelum bertolak @ takumie
 @Hentian Semanggol..stop sat isi perot

 @ Pekan Kuala Kangsar..lepas amik goodies

 12pm @ Kuala Kangsar The Royal Town..
 Nah amik...ahaha

 6.30am @ homestay..sebelum ke tapak permulaan

starting point yang begitu kelam kabut
tolak jangan tak tolak
 Kayuh punya kayuh, ternampak satu rumah..byk gerek antik kat umah paklong nih..."anak pakcik kayuh keliling dunia"...masih ku ingat ayat2 tuh..tok makluman ni la bapak pengayuh malaysia yg nak keliling dunia tuh..apa nama ntah..lupa dah..hempa google laa sendiri..

12pm..finishing..tunggu cabutan bertuah
Bersama Abg Pudin...bersua jua akhirnya..

Sebelum bertolak balik ke Kulim...singgah sebentar beli buah tangan..

Tuesday, November 2, 2010

Sayang Anak Bini Tinggal2kan..Rindu Anak Bini Balik la...

Satu peristiwa yang buat aku tersengih dan kemudiannya aku ditegur oleh  member aku ...
Berlaku disebuah pasaraya terkemuka sekitar Kulim (Giant la..mana lagik bang)... Sepasang laki bini macam baru kawen ja lagaknya (aku agakla, coz jari sang bini inai masih merah menyala..tang lain xtau la merah ka dak..ehe).. jalan berpimpin tangan... mesra gitu.. Nak kata macam pasangan kekasih tu tak kot, coz org bercinta nih len macam dari org berkawen.. tapi  pasangan  ni macam sedang hangat bercinta .. Menarik bukan ? Skang ni susah dah nak tengok pasangan laki bini, romantik gitu .. kan kan ?

Aku perati je gerak geri mereka... sang laki ni tak lepas langsung tangan sang bini ni, walaupun untuk seketika.. Aku perasan sewaktu sang bini berpaling ke belakang lalu terlepaih sudah (terlerai ) tangan mereka tetapi dengan pantasnyaaa !!!!! Diulangi yer .. Dengan pantasnyaaaa sang laki menarik kembali tangan sang bini.. Mak aihhhhhh..humang aihhhh ... Dahsyat 13 !!!  Perghh.. Alangkah bertuah betoi la sang bini dpt laki lagu tuh... 

Setiap langkah mereka aku perhatikan... perlahan je ... Tetiba aku teringat sesuatu... hehehe... dah 4 malam aku tak balik penang..dan dengan tak balik penang lah aku tak tengok bini..tak tengok anak..tak tengok anak buah ..tak sembang ngan Tok Ya (jiran aku la)..tak se tak tak nya lah...huhuh..aku hanya berhubung melaui HP saja..Hurmm...Patutkah itu berlaku kepada aku..patutkah aku buat cam tu..???

Ahhhh...aku rindu mereka..aku nak balik laa hari ni...biar hujan lebat melanda..aku tetap akan balik..asal jgn banjir dah ler..banjir nak balik camna wei..tul tak bang..

Friday, October 29, 2010

My Son

to day i'm going to write about my son yang comel dan ciut miut..
my son sorang ni nama nyer Muhammad Faris Danish
comel sgt budak ni..
abah suka tengok muchuk abah ni, lapang dada, gembira, ilang rasa penat

melalui kajian ke atas anak aku ni... aku leh buat kesimpulan yang tersurat dan tersirat...bahawasanya anak aku ni.....
  1. ensem macam aku
  2. manis pon seperti aku
  3. cute jugak macam aku
  4. pemalu sikit2 serupa aku.....
eerrmmm..apa lagik ek..mcm2 laaa lagi...korang tengok dan buat perbandingan sendiri la yer..

Friday, October 22, 2010

Tika & Saat Ini


Salam semua.. salam Sabtu. Apa cerita kita kali ni, aku ada banyak cerita nak disampaikan kat blog cap ayam kapang ni.. tapi entah ler, dek kerna kekangan tugasan dan kehidupan harian aku yg telah berubah aku amatlah sibuk di tika dan saat ini cewah...mcm menteri kerja raya lak..bukan pe..walaupon keje ku skrg mengadap pc tapi tak bermakna ia membolehkan aku mengadap blog nih senantiasa.. Kalau boleh aku nak tulis cerita kali ni siap dengan date, macam diary gitu, sebab banyak sangat perkara-perkara menarik (bagi aku lah) yang berlaku sepanjang sebulan ni..
Apa-apa pun, terima kasih kerana masih lagi duk layan blog aku ni.. inbox mail aku pon penuh ngan komen2 dari FB..xdan laa nak on9 cam slalu..balik umah on9 pakai 'berokben' dah tentu cam berok.. maaflah aku tak berkesempatan nak reply. Berbanyak-banyak maaf. Alhamdulillah, walaupun blog ni nampak bodo dan poyo jer tapi sekurang-kurangnya aku ada ruangan tok mengudarakan apa yg ada dlm pala hotak ni...untuk makluman skrang ni segala xtvt mtb aku akan siarkan di http://seluangadventure.blogspot.com/..semua xtvt tertumpu di blog ni..so kepada semua geng..make sure korang dah link kan blog tersebut okey..
Ok la brader and sisters,..wa chow cincau dlu....
CFAL2010..oleh kerna byk hal nk dbuat..aku xdpt join kayuh..tp sempat gak sambut geng di finishing..

Monday, October 11, 2010

REZEKI TUHAN YANG BAGI, BUKAN KITA BELI

Alhamdulillah, syukur kurnia tak terhingga kepada Allah yang maha Esa. Diberi kenikmatan hidup dengan penuh kesempurnaan dan kesihatan yang tiada cacat celanya. Entry kali ini bukanlah satu port melepas geram ye encik-encik, tuan-tuan dan puan-puan (kot sesapa yang terkena sorry berlori-lori yer). Aku penat, penat giler, semalam aku dah taip 1entry panjang berjela, last-last laptop tetiba terestart sendiri, mlm ni bini plak kalut nakguna, cek email, (nk bt camna dah ada laptop semangga ni jer) ntah papa, aku yang penuh kesabaran seperti Asmara dalam Drama bersiri 'Asmaraa' kat TV3 tu pon wat dek jek la walau dalam hati hanya aku ngan tuhan je tau..

OK lah takleh nak taip panjang2, nanti limit word plak. Hampehsudu jugak bende ni. Apepon aku nk ber potpet claypot pasal sumthing, rezeki. Ape tu rezeki? Meh Pak Ngah nak explain, rezeki tu adalah salah satu perkataan yang terdapat dalam kamus, so nak tau pi belek sendiri..yg takda kamus pi beli kat Popular..belambak hak dok ada..Kahak..kahak..kahak (gelak besar, tah pape! Haha). Ngeh3, back to topic, disebabkan entry pasal rezeki, aku nk cite pasai aku berenti kerja a.k.a cau dari Company lama baru2 ni.. Almaklumlah akukan pelarian. Haha

Aku merehatkan diri di Tjg Tokong & sesekali balik Kulim selama lebih kurang 2 minggu, and selama itu jua kebetulan Bini aku kena pi Kursus BTN..Haha. Plus!..Mertua a.k.a pengasuh anak aku pon kena pi Kursus Haji. (Insyallah 17 Oktober 2010 ni mereka berlepas ke Tanah Suci)..so aku lah pengasuh..xsia2 aku 'bercuti' ..keke

Dan selama 2 minggu ni juge, aku diberikan pekerjaan baru..Terima Kasih dan syukur Alhamdulillah yang tak terhingga kepada tuhan kita, Allah S.W.T Kerana tanpa-NYA ,aku mungkin masih mengukur jalan menungkat langit (menganggur la tu..kiki)..terima kasih juge kepada Bapa Mertua & Uncle Rafiq kerna membantu..Jasa anda berdua amatlah dihargai.. Huhu

Dan juga kepada Wife yang sangat memahami..love u bebeh..Ipar yg understanding giler, kawan2 yang mengerti keadaan situasi aku, Chaon, Syarul and others..Mr Boon dan Uncle Raja yg baik hati, Zam Bihun Sup yg (apa nak buh ni..?)..tq sudi bersembang, merapu ngan aku (jgn lupa Cicak Pokke, ada kalu rojer2..hehe), Faris Danish(anak aku da) yang paling best!, x bt perangai sangat, senang Abah jaga, ape lagi? Sapa2 lah yg berkaitan.. Huhu.

Dan selama 2 minggu ni, aku yg tidak bekerja bertambah berat badan... Hahaha, orang takde keje susah hati,duet tadak berat menurun kan? Tapi aku makin naik! Kerana ape? Kerana REZEKI TUHAN :)



Rahsia murah rezeki? Sentiasa lah menderma :)..kalu malas nk kuar duit, korang senyum dah ler...
Senyumlah-senyumlah ahai cek mek molek..:) Adios

Nota kaki : Insyallah 13 Oktober 2010 aku mola keje..Kulim i'm back....

Friday, October 8, 2010

HORMATI DIRI SENDIRI

Tajuk di atas semangnya lama sanagt aku nak tulis tapi tak berkesempatan. Kita selalu bekerja dengan orang ramai. Kita selalu berhadapan dengan orang ramai. Tetapi sajauh manakah pendirian kita di terima pakai oleh orang lain. Kadang-kadang segala pendapat kita amat sukar di terima oleh orang lain. Mengapa ya?

Tak terfikikah kita jika ini yang selalu berlaku, bermakna kita tak ada sifat respek pada diri kita. Kita kurang mengenali diri sendiri dan lebih mengetahui orang lain. Kita selalu sahaja mengikut kata-kata orang. Apa yang kita lakukan adalah atas sebab suruhan orang lain. Kesian kan. Kita selalu mengagung-agungkan orang lain, orang lain lebih bagus daripada kita, orang lain “the best” dan sebagainya. Asyik sibuk bercakap tentang kejayaan orang, kenapa tidak kita sendiri yang berjaya?

Sebagai contoh senario yang selalu berlaku. Basir (bukan nama sebenar) selalu mengikut telunjuk majikannaya. Apa yang di lakukan adalah kerana majikannya. Basir hanya mengikut sahaja tetapi tidak pernah memberikan cadangan yang bernas untuk majikannya. Mungkin kerana terlalu takut pada majikannya. Mungkin tidak mahu mencuba memberikan idea yang bernas untuk majikannya. Agak-agak apa kesannya kepada Basir?

Basir akan sentiasa bekerja di bawah telunjuk orang. Dia tidak mampu bekerja sendirian. Tidak mampu berdikari. Kerana selama ini, dia perlukan suruhan dan arahan sahaja. Bila orang lain mengeluarkan idea dia akan sentiasa setuju tanpa mengkaji dan berfikir sejenak. Katakan Basir ingin membuat sesuatu. Mungkin daripada idea sendiri. Di pertengahan jalan, Mamat (Bukan juga nama sebenar) memberikan idea yang lagi bagus. Basir terus meninggalakn idea / projek yang sedang di jalankan dan terus ikut idea baru yang di cadangkan oleh Mamat.

Lihatlah betapa rapuhnya pendirian Basir. Sewenang-wenangnya meninggalkan apa yang diusahakan kerana selalu mengikut telunjuk orang lain.Tanpa Basir sedari, pendirian Basir tiada nilai nya. Sebab Basir sendiri tidak menghargai apa yang difikirkan atau apa yang diusahakan selama ini. Sanggup besusah payah untuk orang lain, tapi Basir masih tak ke mana-mana. Lebih teruk lagi majikan Basir akan pendapat bahawa Basir tiada nilai.” Alah Basir ni biasa saja, semua idea tak boleh pakai, lapuk dan sebagainya”. Mungkin ini akan terpancul daripada mulut majikkanya. Pemikiran Basir juga menjadi celaru. Kerana asyik mengikut kehendak orang lain.

Daripada senario yang diceritakan di atas, kita bolah nampak betapa rapuhnya pendirian seseorang. Perkara-perkara sebegini yang sering berlaku dan menjadikan orang-orang kita tidak maju. Jadi bagaimanakah untuk kita mengatasi perkara-perkara sebegini?  Pada aku yang paling penting adalah tolong hargai diri sendiri dahulu. Respek dahulu segala apa yang kita ada. Diri sendiri, Idea dan pemikiran kita haruslah di hargai oleh kita sendiri. Barulah kita sibuk kan dengan orang lain.

Respek atau hormati diri sendiri luar dan dalam. Fahamilah diri anda terlebih dahulu sebelum memahami dan mengikuti orang lain. Kadang-kadang kita tak perasan semua ini. Sebab itu kita sering tewas dalam apa-apa jua perkara yang kita perjuangkan. Kenali apa kelebihan diri sendiri. Barulah kita berkeyakinan untuk mengeluarkan apa yang kita ada bukan hanya untuk diri sendiri malah untuk orang lain. Sama- samalah kita fikir-fikirkan.

Tuesday, October 5, 2010

SELAMAT MENDUDUKI PMR

Hari ni bermulalah peperiksaan PMR 2010..Saya ucapkan selamat berjaya kepada semua pelajar yang menduduki peperiksaan PMR bermula hari ini. Semoga anda semua dikurniakan ketenangan hati dan fikiran semasa menjawab soalan. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan. Semoga Allah memperkenankan segala permohonan agar setiap impian menjadi kenyataan.

Sunday, September 26, 2010

Round Island Ride

Sabtu, 25 September 2010....Salam sejahtera kepada semua rakan dan taulan..entry kali ni tak len tak bukan ..mestilah aktiviti kayuh seperti yg diplan..aku & chaon bersama Geng Conti layan road pusing Pulau Pinang...










Friday, September 24, 2010

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas
pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami
terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap
kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah
sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan
lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya,
Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,
dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia
akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,
Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu,
Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur,
setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan
rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka
Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua
memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT
akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang
yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan
niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,
'Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...'

'Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT
untuk Akhirat-mu'

AMIN…

As Salam Ya Saudara- Saudari....

Entry kali ni aku fowardkan email yg difowardkan oleh Abah (pak mertua aku)..mungkin dari rakannya...tertarik dgn email yg ringkas dan padat ni....so aku panjangkan kepada anda semua ..

As Salam Ya Saudara- Saudari....

Di dunia ini Allah Taa'la memberi banyak jalan untuk mendapatkan ganjaran pahala, cumanya
terpulanglah kepada kita untuk menambahkan saham saham untuk Akhirat.... apabila kita
sentiasa BERSYUKUR, insya'Allah... Allah akan tambahkan lagi... TAPI jika kita KUFUR, Allah
Taa'la akan menarik kembali nikmatNya yang diberikan kepada kita. SEBAB ITU, hati kita tidak
tenang, resah dan rasa kesempitan hidup....

OLEH ITU, bangkitlah hati kita untuk lebih bersyukur.... dan redha dengan qada' dan qadarNya....
Jangan mengeluh setiap kesusahan atau mengucapkan sesuatu yang tak baik kerana kesusahan
yang diduga....

PERINGATAN; YANG UTAMA, JANGAN LUPA SOLAT... SEMBAHYANG.
ITU TIKET KITA YANG PERTAMA DIHISAB DI AKHIRAT.....
Saya menyeru kepada kawan kawan agar sama samalah kita PERBETULKAN SOLAT...
Yang membezakan kita dengan orang bukan Islam adalah SOLAT......

Akhirkata, Selamat menunaikan PUASA 6 HARI di BULAN SYAWAL kerana ganjarannya
sangat besar....... masih ada masa lagi bagi sesiapa yg belum melengkapkan puasa syawal ini.

Wassalam.
Terima kasih.



Monday, September 20, 2010

Titi Kerawang Da Mission

September 19, 2010..Sunday Morning...Salam sejahtera dan selamat kembali bekerja kepada semua warga kerja...today..entry aku hanyalah secebis kesah pasai kayuhan yang lepas..Destinasi yg dirancangkan oleh aku bersama Amran Celcom juga disertai Chaon GK adalah ke Titi Kerawang, Penang...Aku & Chaon mula menggolekkan tayar di perkarangan 'rumah penginapan' ku di Tjg Tokong nuh...samantara Amran mola kat umah beliau lah..sekitar jam 7.30pagi Amran sampai kat kami..dan bermola lah kayuhan secara berkumpulan (3 org kami ja) hingga ke Teluk Bahang..walaupon 3 org ja..tp geng2 lain belambak dok kayuh..ada yg memotong & ada jugak yg dipotong..sampai Telok Bahang stop sat pekena roti canai sekeping + teh O ais limau..tgh dok mkn byk laa pengayuh2 tegar yg turut serta..so beraya sakan laa kat Mamak tuh..perot dah diisi & berisi...so kami teruskan kayuhan sampai ke destinasi idaman yakni Titi Kerawang..lepak2 sat..sembang2..suai kenai lebih kurang..kayuh balik jalan sama..sekitar jam 11.00pagi sampai di Tjg Tokong..total distance tak pasti la pulak..apa yg pasti lebih drp 50km..satu kepuasan bagi aku..Berjaya jugak Mission aku kali nih....sedikit gambar2 utk tatapan anda..

Lepas pekena roti canai..area Tmn Rama2

Mula mendaki ke Dam Tlk bahang

Take 5 sat

Puncak Gunung Zhousing, Shanghai China...keke

Chaon..kuat betoi hang kali ni...

Sampai dah Titi Kerawang...

Nyaman ja udara kat sini..kalu nak mandi pon boleh..

nota kaki : Katakan ya pada kaki kayuh semua..kita terjah Balik Pulau next weekend..

Saturday, September 18, 2010

KAYUH GELI-GELI KEMBALI LAGI

Khamis, 16 September 2010..salam sejahtera kepada semua..amacam ngan raya...sure meriah noh...mana taknya, open house merata2..sampai hari ni pon tak abih makan lagik..perot pon xmuat dah nak nak sumbat makanan..apapon xpa..makanlah sebelum anda dimakankan(kena makan ngan ulat & cacin la..pendek kata..sebelum mati lah)..namun entry kali ni bukan nak kesahkan hal makan atau pon mati..tapi xtvt lepas makan..bila dah makan banyak kenalah bersukan..baru belen..setelah berehat selama sebulan dalam xtvt kayuhan OFFROAD, aku dan beberapa geng molakan kayuhan kami dengan acara yang begitu sinonim dengan kami yakni Kayuhan Geli-geli..kayuhan yang disertai beberapa penagih tegar dalam acara MTB ni..antaranya Mat B, Naset, Syarul, PakSu, aku Sendiri(D-One) dan sorank penagih baru yakni Wak Sagir..total penagih 6 orank ja...Seperti kebiasaan..kayuhan bermola dengan Bismillah di port utama tak len tak bukan Takumie Workshop lah..mana lagik..jugak seperti biasa..janji tinggal janji..dari jam 7.30 pagi ..kayuhan ditunda ke 8.30pagi..tatkala matahari dah meninggi ..panaeh lip lip dah..ketagih punya pasai..kayuh jugak la....so..layanlah gambaq2 yg sempat disnap oleh En Syarul..
Yeah...let ride...buangkan lemak lemang dan rendang sebelum ia menjadi lemak tepu

Area Balik Bukit..layan road 3km sebelum masuk Offroad

Sharul (bergaya dgn jersey 'baru' )

Mat B & Wak Sagir (penagih baru)

Krabat Bukit Gondol TokSu Pa

Pose Istemewa utk majalah Mempelam...aku, Sharul & Wak Sagir..

Berteduh di Puncak Bukit Gondol

Lepak sat kat Bukit Kondom..dah ada pondok la pulak..lagi sempoi laa 'port' nih

nota kaki : setelah seminggu makan..makan..makan.. dan tidoq saja..bukan saja kaki yang mengayuh lenguh...perot pon lengoh jugak..

Sunday, September 5, 2010

Demam Kayuh Ramadhan 2010 : Final Edison

4 September 2010 bersamaan 25 Ramadhan 1431H, jam 11.00malam..dalam rintik2 ujan di sekitar Sungai Seluang..beberapa ahli Gerek Kulim bersiap2 utk menyelesaikan hajat utk kayuhan malam ni..kayuhan Final Edison ni adalah acara penutup bagi edisi kayuhan 'Demam Kayuhan Ramadhan 2010...so kalu nak kayuh Ramadhan jugak tunggu 2011 lah..macam besa lokasi berkumpul di Takumie Workshop

Sekilas mengenai Takumie Workshop...sebuah Bengkel memperbaiki kereta terkenal di kawasan Sg. Seluang amnya dan Lunas Umumnya..juga sekitar Kulim Khasnya..sapa2 yg ada masalah kereta boleh lah kesini..tapi kalu masalah hempa tadak kereta nak pi beli baju raya @ nak balik kampong beraya xdapat den nak nolong yo..pi carik kat kereta sewa laa..

Ni lagi satu hal berkenaan MACAM BESA jugak...amboi BESA depa nih..asal nak kayuh ja baru nak seting gerek..asal seting gerek ja mesti time nak kayuh..apa awai2 xleh nak seting ka..hempedu betoi..(ni nk marah ni..seb bek bulan posa..melawak ja..keh3...)..

Jam dah 12.00 malam, tapi Sg seluang 'still was raining' lagik...tak la lebat..renyai2 ala-ala gerimis mengundang macam lagu Kumpulan Slam nyanyian Zamani..hempa tau kan lagu tu..so hempa nyanyi la sendiri..kalu xtau hempa Google laa..kt Youtube byk ada....errrk..rasa macam merapu lebeh lak aku hari ni..dah la..hempa bukan nak baca 'kemerapuan' aku yertak..so hempa layan laa gambar yg aku sempat snap.....zas

Tukang Karut...ahhh mengarut laa hang ni

Bahan2 karut...lagi mengarut depa ni..kekeke
(melawak ja noh)

nih la contoh2 kurangnya displin...
asal nk kayuh ja angin kurang..asal angin kurang ja nak kayuh..ni aku nak hangin ni....(penulis berpesan pada diri penulis & juga pembaca yer..)

contoh yang baek...REGROUP bila kawan2 tertinggai..together we ride, together we fun, together we end...TEAMWORK la katakan...yaka..kot tala nak pi ja kot..tang tala nak balik..ada ka TOGETHER GEHTER ni...xpa kita tengok lagi gambaq di bawah..

Time nak sampai R&R bukan men suka hati..pasaipa xtau... tudia REWARD nya..ni 'halwa perot' punya...'halwa mata' punya terpaksa di kawal foto2 nya..ehe

" tak mau dah sokong kangkong Paksu..jgn bt pasai.."............tapi....
buger pulak yg jadi mangsa..kita tengok sapa yg kena satgi.

Ni panorama Time nak balik ke Takumie...apasai gambaq bontot ja yg aku amik..buang tebiat ka..dari banyak bontot ke satu bontot saja..apa pasai..haaa ni dia laa yg dikatakan TEAMWORK & TOGETHER GEHTER tadi tu...hempa tinggai aku bersaksikan bontot Naset ja noh...xpatut..xpatut.."tu la hang naset..belasah 'halwa perot' lagi bebanyak..kang dh sakit bontot...( apa kena halwa perot ngan bonto ek...?)...hmmm...argh malaih pikiaq..hempa piaq laa sendiri..

dah 5 kali kita stop Naset..jom la kita ...jam pon dah 3.40pagi...nu hang nampak tak sign board tu..GEREK KULIM kena teruih lagik nu..nampak tak..?? xnampak..xpa aku zoom in cket..

ha....nampak tak..teruih lagi tu...makna kata jauh lagi laaa......huwaaaa

Akhirnya...kita semua slamat sampai jugak..aku & naset sampai lewat setengah jam..kul 4.00pagi baru sampai Takumie..huhu..

nota kaki : hasil tulisan hanyalah idea penulis untuk suka2 hati..so suka hati dia laa nk tulis apa ya..so mana yg terkena ka hapa ka..sori..Just 4 kidding..okey...kekeke