Friday, October 8, 2010

HORMATI DIRI SENDIRI

Tajuk di atas semangnya lama sanagt aku nak tulis tapi tak berkesempatan. Kita selalu bekerja dengan orang ramai. Kita selalu berhadapan dengan orang ramai. Tetapi sajauh manakah pendirian kita di terima pakai oleh orang lain. Kadang-kadang segala pendapat kita amat sukar di terima oleh orang lain. Mengapa ya?

Tak terfikikah kita jika ini yang selalu berlaku, bermakna kita tak ada sifat respek pada diri kita. Kita kurang mengenali diri sendiri dan lebih mengetahui orang lain. Kita selalu sahaja mengikut kata-kata orang. Apa yang kita lakukan adalah atas sebab suruhan orang lain. Kesian kan. Kita selalu mengagung-agungkan orang lain, orang lain lebih bagus daripada kita, orang lain “the best” dan sebagainya. Asyik sibuk bercakap tentang kejayaan orang, kenapa tidak kita sendiri yang berjaya?

Sebagai contoh senario yang selalu berlaku. Basir (bukan nama sebenar) selalu mengikut telunjuk majikannaya. Apa yang di lakukan adalah kerana majikannya. Basir hanya mengikut sahaja tetapi tidak pernah memberikan cadangan yang bernas untuk majikannya. Mungkin kerana terlalu takut pada majikannya. Mungkin tidak mahu mencuba memberikan idea yang bernas untuk majikannya. Agak-agak apa kesannya kepada Basir?

Basir akan sentiasa bekerja di bawah telunjuk orang. Dia tidak mampu bekerja sendirian. Tidak mampu berdikari. Kerana selama ini, dia perlukan suruhan dan arahan sahaja. Bila orang lain mengeluarkan idea dia akan sentiasa setuju tanpa mengkaji dan berfikir sejenak. Katakan Basir ingin membuat sesuatu. Mungkin daripada idea sendiri. Di pertengahan jalan, Mamat (Bukan juga nama sebenar) memberikan idea yang lagi bagus. Basir terus meninggalakn idea / projek yang sedang di jalankan dan terus ikut idea baru yang di cadangkan oleh Mamat.

Lihatlah betapa rapuhnya pendirian Basir. Sewenang-wenangnya meninggalkan apa yang diusahakan kerana selalu mengikut telunjuk orang lain.Tanpa Basir sedari, pendirian Basir tiada nilai nya. Sebab Basir sendiri tidak menghargai apa yang difikirkan atau apa yang diusahakan selama ini. Sanggup besusah payah untuk orang lain, tapi Basir masih tak ke mana-mana. Lebih teruk lagi majikan Basir akan pendapat bahawa Basir tiada nilai.” Alah Basir ni biasa saja, semua idea tak boleh pakai, lapuk dan sebagainya”. Mungkin ini akan terpancul daripada mulut majikkanya. Pemikiran Basir juga menjadi celaru. Kerana asyik mengikut kehendak orang lain.

Daripada senario yang diceritakan di atas, kita bolah nampak betapa rapuhnya pendirian seseorang. Perkara-perkara sebegini yang sering berlaku dan menjadikan orang-orang kita tidak maju. Jadi bagaimanakah untuk kita mengatasi perkara-perkara sebegini?  Pada aku yang paling penting adalah tolong hargai diri sendiri dahulu. Respek dahulu segala apa yang kita ada. Diri sendiri, Idea dan pemikiran kita haruslah di hargai oleh kita sendiri. Barulah kita sibuk kan dengan orang lain.

Respek atau hormati diri sendiri luar dan dalam. Fahamilah diri anda terlebih dahulu sebelum memahami dan mengikuti orang lain. Kadang-kadang kita tak perasan semua ini. Sebab itu kita sering tewas dalam apa-apa jua perkara yang kita perjuangkan. Kenali apa kelebihan diri sendiri. Barulah kita berkeyakinan untuk mengeluarkan apa yang kita ada bukan hanya untuk diri sendiri malah untuk orang lain. Sama- samalah kita fikir-fikirkan.

No comments:

Post a Comment