Monday, October 11, 2010

REZEKI TUHAN YANG BAGI, BUKAN KITA BELI

Alhamdulillah, syukur kurnia tak terhingga kepada Allah yang maha Esa. Diberi kenikmatan hidup dengan penuh kesempurnaan dan kesihatan yang tiada cacat celanya. Entry kali ini bukanlah satu port melepas geram ye encik-encik, tuan-tuan dan puan-puan (kot sesapa yang terkena sorry berlori-lori yer). Aku penat, penat giler, semalam aku dah taip 1entry panjang berjela, last-last laptop tetiba terestart sendiri, mlm ni bini plak kalut nakguna, cek email, (nk bt camna dah ada laptop semangga ni jer) ntah papa, aku yang penuh kesabaran seperti Asmara dalam Drama bersiri 'Asmaraa' kat TV3 tu pon wat dek jek la walau dalam hati hanya aku ngan tuhan je tau..

OK lah takleh nak taip panjang2, nanti limit word plak. Hampehsudu jugak bende ni. Apepon aku nk ber potpet claypot pasal sumthing, rezeki. Ape tu rezeki? Meh Pak Ngah nak explain, rezeki tu adalah salah satu perkataan yang terdapat dalam kamus, so nak tau pi belek sendiri..yg takda kamus pi beli kat Popular..belambak hak dok ada..Kahak..kahak..kahak (gelak besar, tah pape! Haha). Ngeh3, back to topic, disebabkan entry pasal rezeki, aku nk cite pasai aku berenti kerja a.k.a cau dari Company lama baru2 ni.. Almaklumlah akukan pelarian. Haha

Aku merehatkan diri di Tjg Tokong & sesekali balik Kulim selama lebih kurang 2 minggu, and selama itu jua kebetulan Bini aku kena pi Kursus BTN..Haha. Plus!..Mertua a.k.a pengasuh anak aku pon kena pi Kursus Haji. (Insyallah 17 Oktober 2010 ni mereka berlepas ke Tanah Suci)..so aku lah pengasuh..xsia2 aku 'bercuti' ..keke

Dan selama 2 minggu ni juge, aku diberikan pekerjaan baru..Terima Kasih dan syukur Alhamdulillah yang tak terhingga kepada tuhan kita, Allah S.W.T Kerana tanpa-NYA ,aku mungkin masih mengukur jalan menungkat langit (menganggur la tu..kiki)..terima kasih juge kepada Bapa Mertua & Uncle Rafiq kerna membantu..Jasa anda berdua amatlah dihargai.. Huhu

Dan juga kepada Wife yang sangat memahami..love u bebeh..Ipar yg understanding giler, kawan2 yang mengerti keadaan situasi aku, Chaon, Syarul and others..Mr Boon dan Uncle Raja yg baik hati, Zam Bihun Sup yg (apa nak buh ni..?)..tq sudi bersembang, merapu ngan aku (jgn lupa Cicak Pokke, ada kalu rojer2..hehe), Faris Danish(anak aku da) yang paling best!, x bt perangai sangat, senang Abah jaga, ape lagi? Sapa2 lah yg berkaitan.. Huhu.

Dan selama 2 minggu ni, aku yg tidak bekerja bertambah berat badan... Hahaha, orang takde keje susah hati,duet tadak berat menurun kan? Tapi aku makin naik! Kerana ape? Kerana REZEKI TUHAN :)



Rahsia murah rezeki? Sentiasa lah menderma :)..kalu malas nk kuar duit, korang senyum dah ler...
Senyumlah-senyumlah ahai cek mek molek..:) Adios

Nota kaki : Insyallah 13 Oktober 2010 aku mola keje..Kulim i'm back....

No comments:

Post a Comment