Friday, October 29, 2010

My Son

to day i'm going to write about my son yang comel dan ciut miut..
my son sorang ni nama nyer Muhammad Faris Danish
comel sgt budak ni..
abah suka tengok muchuk abah ni, lapang dada, gembira, ilang rasa penat

melalui kajian ke atas anak aku ni... aku leh buat kesimpulan yang tersurat dan tersirat...bahawasanya anak aku ni.....
  1. ensem macam aku
  2. manis pon seperti aku
  3. cute jugak macam aku
  4. pemalu sikit2 serupa aku.....
eerrmmm..apa lagik ek..mcm2 laaa lagi...korang tengok dan buat perbandingan sendiri la yer..

Friday, October 22, 2010

Tika & Saat Ini


Salam semua.. salam Sabtu. Apa cerita kita kali ni, aku ada banyak cerita nak disampaikan kat blog cap ayam kapang ni.. tapi entah ler, dek kerna kekangan tugasan dan kehidupan harian aku yg telah berubah aku amatlah sibuk di tika dan saat ini cewah...mcm menteri kerja raya lak..bukan pe..walaupon keje ku skrg mengadap pc tapi tak bermakna ia membolehkan aku mengadap blog nih senantiasa.. Kalau boleh aku nak tulis cerita kali ni siap dengan date, macam diary gitu, sebab banyak sangat perkara-perkara menarik (bagi aku lah) yang berlaku sepanjang sebulan ni..
Apa-apa pun, terima kasih kerana masih lagi duk layan blog aku ni.. inbox mail aku pon penuh ngan komen2 dari FB..xdan laa nak on9 cam slalu..balik umah on9 pakai 'berokben' dah tentu cam berok.. maaflah aku tak berkesempatan nak reply. Berbanyak-banyak maaf. Alhamdulillah, walaupun blog ni nampak bodo dan poyo jer tapi sekurang-kurangnya aku ada ruangan tok mengudarakan apa yg ada dlm pala hotak ni...untuk makluman skrang ni segala xtvt mtb aku akan siarkan di http://seluangadventure.blogspot.com/..semua xtvt tertumpu di blog ni..so kepada semua geng..make sure korang dah link kan blog tersebut okey..
Ok la brader and sisters,..wa chow cincau dlu....
CFAL2010..oleh kerna byk hal nk dbuat..aku xdpt join kayuh..tp sempat gak sambut geng di finishing..

Monday, October 11, 2010

REZEKI TUHAN YANG BAGI, BUKAN KITA BELI

Alhamdulillah, syukur kurnia tak terhingga kepada Allah yang maha Esa. Diberi kenikmatan hidup dengan penuh kesempurnaan dan kesihatan yang tiada cacat celanya. Entry kali ini bukanlah satu port melepas geram ye encik-encik, tuan-tuan dan puan-puan (kot sesapa yang terkena sorry berlori-lori yer). Aku penat, penat giler, semalam aku dah taip 1entry panjang berjela, last-last laptop tetiba terestart sendiri, mlm ni bini plak kalut nakguna, cek email, (nk bt camna dah ada laptop semangga ni jer) ntah papa, aku yang penuh kesabaran seperti Asmara dalam Drama bersiri 'Asmaraa' kat TV3 tu pon wat dek jek la walau dalam hati hanya aku ngan tuhan je tau..

OK lah takleh nak taip panjang2, nanti limit word plak. Hampehsudu jugak bende ni. Apepon aku nk ber potpet claypot pasal sumthing, rezeki. Ape tu rezeki? Meh Pak Ngah nak explain, rezeki tu adalah salah satu perkataan yang terdapat dalam kamus, so nak tau pi belek sendiri..yg takda kamus pi beli kat Popular..belambak hak dok ada..Kahak..kahak..kahak (gelak besar, tah pape! Haha). Ngeh3, back to topic, disebabkan entry pasal rezeki, aku nk cite pasai aku berenti kerja a.k.a cau dari Company lama baru2 ni.. Almaklumlah akukan pelarian. Haha

Aku merehatkan diri di Tjg Tokong & sesekali balik Kulim selama lebih kurang 2 minggu, and selama itu jua kebetulan Bini aku kena pi Kursus BTN..Haha. Plus!..Mertua a.k.a pengasuh anak aku pon kena pi Kursus Haji. (Insyallah 17 Oktober 2010 ni mereka berlepas ke Tanah Suci)..so aku lah pengasuh..xsia2 aku 'bercuti' ..keke

Dan selama 2 minggu ni juge, aku diberikan pekerjaan baru..Terima Kasih dan syukur Alhamdulillah yang tak terhingga kepada tuhan kita, Allah S.W.T Kerana tanpa-NYA ,aku mungkin masih mengukur jalan menungkat langit (menganggur la tu..kiki)..terima kasih juge kepada Bapa Mertua & Uncle Rafiq kerna membantu..Jasa anda berdua amatlah dihargai.. Huhu

Dan juga kepada Wife yang sangat memahami..love u bebeh..Ipar yg understanding giler, kawan2 yang mengerti keadaan situasi aku, Chaon, Syarul and others..Mr Boon dan Uncle Raja yg baik hati, Zam Bihun Sup yg (apa nak buh ni..?)..tq sudi bersembang, merapu ngan aku (jgn lupa Cicak Pokke, ada kalu rojer2..hehe), Faris Danish(anak aku da) yang paling best!, x bt perangai sangat, senang Abah jaga, ape lagi? Sapa2 lah yg berkaitan.. Huhu.

Dan selama 2 minggu ni, aku yg tidak bekerja bertambah berat badan... Hahaha, orang takde keje susah hati,duet tadak berat menurun kan? Tapi aku makin naik! Kerana ape? Kerana REZEKI TUHAN :)



Rahsia murah rezeki? Sentiasa lah menderma :)..kalu malas nk kuar duit, korang senyum dah ler...
Senyumlah-senyumlah ahai cek mek molek..:) Adios

Nota kaki : Insyallah 13 Oktober 2010 aku mola keje..Kulim i'm back....

Friday, October 8, 2010

HORMATI DIRI SENDIRI

Tajuk di atas semangnya lama sanagt aku nak tulis tapi tak berkesempatan. Kita selalu bekerja dengan orang ramai. Kita selalu berhadapan dengan orang ramai. Tetapi sajauh manakah pendirian kita di terima pakai oleh orang lain. Kadang-kadang segala pendapat kita amat sukar di terima oleh orang lain. Mengapa ya?

Tak terfikikah kita jika ini yang selalu berlaku, bermakna kita tak ada sifat respek pada diri kita. Kita kurang mengenali diri sendiri dan lebih mengetahui orang lain. Kita selalu sahaja mengikut kata-kata orang. Apa yang kita lakukan adalah atas sebab suruhan orang lain. Kesian kan. Kita selalu mengagung-agungkan orang lain, orang lain lebih bagus daripada kita, orang lain “the best” dan sebagainya. Asyik sibuk bercakap tentang kejayaan orang, kenapa tidak kita sendiri yang berjaya?

Sebagai contoh senario yang selalu berlaku. Basir (bukan nama sebenar) selalu mengikut telunjuk majikannaya. Apa yang di lakukan adalah kerana majikannya. Basir hanya mengikut sahaja tetapi tidak pernah memberikan cadangan yang bernas untuk majikannya. Mungkin kerana terlalu takut pada majikannya. Mungkin tidak mahu mencuba memberikan idea yang bernas untuk majikannya. Agak-agak apa kesannya kepada Basir?

Basir akan sentiasa bekerja di bawah telunjuk orang. Dia tidak mampu bekerja sendirian. Tidak mampu berdikari. Kerana selama ini, dia perlukan suruhan dan arahan sahaja. Bila orang lain mengeluarkan idea dia akan sentiasa setuju tanpa mengkaji dan berfikir sejenak. Katakan Basir ingin membuat sesuatu. Mungkin daripada idea sendiri. Di pertengahan jalan, Mamat (Bukan juga nama sebenar) memberikan idea yang lagi bagus. Basir terus meninggalakn idea / projek yang sedang di jalankan dan terus ikut idea baru yang di cadangkan oleh Mamat.

Lihatlah betapa rapuhnya pendirian Basir. Sewenang-wenangnya meninggalkan apa yang diusahakan kerana selalu mengikut telunjuk orang lain.Tanpa Basir sedari, pendirian Basir tiada nilai nya. Sebab Basir sendiri tidak menghargai apa yang difikirkan atau apa yang diusahakan selama ini. Sanggup besusah payah untuk orang lain, tapi Basir masih tak ke mana-mana. Lebih teruk lagi majikan Basir akan pendapat bahawa Basir tiada nilai.” Alah Basir ni biasa saja, semua idea tak boleh pakai, lapuk dan sebagainya”. Mungkin ini akan terpancul daripada mulut majikkanya. Pemikiran Basir juga menjadi celaru. Kerana asyik mengikut kehendak orang lain.

Daripada senario yang diceritakan di atas, kita bolah nampak betapa rapuhnya pendirian seseorang. Perkara-perkara sebegini yang sering berlaku dan menjadikan orang-orang kita tidak maju. Jadi bagaimanakah untuk kita mengatasi perkara-perkara sebegini?  Pada aku yang paling penting adalah tolong hargai diri sendiri dahulu. Respek dahulu segala apa yang kita ada. Diri sendiri, Idea dan pemikiran kita haruslah di hargai oleh kita sendiri. Barulah kita sibuk kan dengan orang lain.

Respek atau hormati diri sendiri luar dan dalam. Fahamilah diri anda terlebih dahulu sebelum memahami dan mengikuti orang lain. Kadang-kadang kita tak perasan semua ini. Sebab itu kita sering tewas dalam apa-apa jua perkara yang kita perjuangkan. Kenali apa kelebihan diri sendiri. Barulah kita berkeyakinan untuk mengeluarkan apa yang kita ada bukan hanya untuk diri sendiri malah untuk orang lain. Sama- samalah kita fikir-fikirkan.

Tuesday, October 5, 2010

SELAMAT MENDUDUKI PMR

Hari ni bermulalah peperiksaan PMR 2010..Saya ucapkan selamat berjaya kepada semua pelajar yang menduduki peperiksaan PMR bermula hari ini. Semoga anda semua dikurniakan ketenangan hati dan fikiran semasa menjawab soalan. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan. Semoga Allah memperkenankan segala permohonan agar setiap impian menjadi kenyataan.