Friday, December 23, 2011

FIRE X- RIDE JAMBOREE

Fire X-Ride Jamboree 2011 yang telah berlangsung pada hari Sabtu, 17 Disember 2011 lepas bertempat di Alor Gajah Melaka adalah merupakan penutup jamboree untuk aku pada tahun ini. Event anjuran Cycle X MTB ini berjaya dilaksanakan dengan sempurna sekali. ( secara keseluruhannya aku rasakan ianya sempurna..walaupon ada sedikit kekurangan yg boleh diperbaiki). Ianya telah menarik penyertaan seramai 1,200 orang dari seluruh pelusuk tanahair.

Seperti kebiasaannya pernyertaan aku dalam event-event sebegini akan ditemani oleh rakan-rakan dari Seluang Adventure team (SAT). Aku, Paksu, Chaon, Din, Amin, Ariff & Amir yang kesemuanya berjumlah 7 org mewakili SAT kali ni. (semua pi bujang saja.. bajet ujung tahun tak brapa lepas..ahaha). 

Seawal jam 6.30 pagi Sabtu, 17.12.2011 semua sudah siap sedia untuk ke Dataran Keris (tak sabaq nak kayuh).. kalau mengikut event-event yang lepas, tak pernah kami bangun dan siap seawal ni.. selalunya last minit. Tapi kali ni semua boleh bangun dan siap awal.. ntah kenapa aku sendiri tak pasti.. semua begitu bersemangat sekali.. ahaha. Pertama kalinya aku sendiri berada dibarisan depan bersama rakan-rakan.(sebelum ni kebelakang saja tempatnya). 

Tepat jam 8.00 pagi: Semua riders dilepaskan, dan kayuhan dimulakan dengan begitu bersemangat sekali. Permulaan kayuhan dihidangkan dengan laluan road sepanjang 2km dimana masing-masing melakukan pecutan bagi menjarakkan diri dari platon. Berbeza dengan event-event yang aku sertai sebelum ni. laluan yang disajikan di Fire X-Ride keseluruhannya tidak menyeksakan kerana pendakian kurang tinggi dan tak terlalu panjang. laluan menurun juga tidak membahayakan. Mungkin disebabkan faktor Geografi dimana laluannya hanyalah ladang kelapa sawit & getah serta kawasan kampung dan juga jalanraya yang agak landai. Faktor ini sememangnya baik bagi semua riders. Memang sesuai dengan konsep Jamboree..  Tahniah kepada penganjur dengan penganjuran program ini. Anda semua berjaya.
 
Jumaat 16 Disember 2011 - 1.30 pagi : Berangkat ke Alor Gajah
Sebelum bertolak ..amik gambar dulu
Berhenti sekejap. ketatkan apa yg patut untuk keselamatan.
7.00 pagi : Rest kejap kat R&R Seremban.. pekena kopi dulu..
Masjid Daerah Alor gajah, Memang cantik & menarik

Pang Enam.. di Dataran Keris lepas ami goodies..
Bergambar di Kota A Famosa.
Sabtu, 17 Disember 2011 - 6.15 pagi : Hari Jamboree

Get ready di depan homestay.. tak sabar nak kayuh dah..
Aku bersama 2 anggota baru.. Din & amin anak didik Chaon..keke
CP1 : muskil apasai CP ni kat atas bukit.. sesak2..
antara laluan yg tak berapa aku suka.. beskal baru servis wo.. adusss
mau tak mau kena redah jugak.. tiada pilihan
Berjaya complete kayuhan bersama Amin
Tamat kayuhan sekitar jam 11.00 pagi, kayuh balik ke homestay, Ariff, Paksu, Chaon & Din sudah sampai lebih awal.. Siap basuh beskal lagi.. Berehat sekejap dan mandi, sebelum ke tapak event untuk cabutan bertuah.. Tapi takda sorang pon yang bertuah untuk hadiah istimewa..Takda rezeki... 

Petangnya sekitar jam 6.00, Chaon, Amin & Din bertolak pulang ke Penang. (depa balik dulu pasai Ahad dah keja). Aku, Paksu, Amir & Ariff balik keesokkannya. Alhamdulillah jam 7.00 malam kami sampai di Sg. Seluang dengan selamat. 

Nota Kaki : Apapon aku enjoy event & trip kali bni.. ditambah pulak dengan adanya rakan-rakan yang best-best tu... Next year boleh pi lagi... kikikikiki

Sunday, December 18, 2011

Fire X-Ride - Alor Gajah Jamboree

Masih keletihan.. bukan pasai kayuh tapi pasai drive & jejalan jauh.. hari ni plak dah masuk keja..so xde mase lagi aku nak storykan kat korank ... sabor yer.... kekeke

Tuesday, December 13, 2011

Santai Ride Tjg Bungah

Selasa, 13 Disember 2011. Kemarin petang hantaq gerek kat Faizal Dreamwerks utk 'full servis' & setting mana yg patut sebelum nak turun Alor Gajah jamboree.. Memang patut servis pon gerek aku tu, coz dah diganyang masa Kayuh Lasak minggu lepas. Ingat nak servis ja.. tapi ada jugak 2-3 barang kena tukaq. aduhai... tengah2 bulan plak tuh..hehe. Petang tadi siap, bawak balik..

Memandangkan perut betis pon dah cekang, lepas Asar tadi layan santai2 secara solo ja krabat bukit Puncak Mutiara, Tjg Bungah. Plan nak buat 5 lap coz road ni pendek jer.. tapi hari ni dapat 3 lap ja.. gear setting tak brapa cun la.. esok kena bawak pi pomen lagi.. haha.. padahal mmg tak bleh pi dah.. rasa ilang dah lutut aku ni.. apa punya koman da... 
Kambing Hitam tunggangan ku...
Anak pencetus semangat..kikiki
Ada beran..??


view menarik dari atas bukit.. antara sebab utama aku suka kayuh kat sini..

Thursday, December 8, 2011

Kayuh Lasak 2011

 

Dengan tema KAW RIDE, Kayuh Lasak 9 yg berlangsung Ahad, 4 Disember 2011 lepas memang cukup KAW. Ini adalah pernyertaan aku yang pertama dalam event ni. Walaupon aku tak dapat completekan kesemua 9 check point disebabkan pihak 'marshall tak membenarkan aku meneruskan kayuhan.. time out dah.. frust giler beb ..kaki kuat lagi nak kayuh ni.. depa tak bagi pulak.. hehehehehe.. namum aku berjaya meng'complete'kan target asal aku untuk menyapu bersih 5 check point.. Syabas untuk aku.. Secara keseluruhannya aku suka event ni.. mungkin aku akan join lagi tahun depan..tu pon kalau ada.. Cuma ada beberapa perkara yang best & tak best sesangat berlaku dalam event ni. 
 
Yang Tak Best.. Marshall tak maklumkan maklumat tepat @ benar kepada riders. best ka buat camtu. Takda minuman isotonik @ tenaga di water station, bagi ayaq kosong ja..tak best laa. Water Station 2 pulak kehabisan ayaq... pergh betoi2 tak best tahap gaban. Baju T-Shirt Murah dengan saiz yang tak melepasi standard ISO.. saiz kecik.. tak muat aku nak pakai wo.. memang tak best lah.

Yang Best nya.. trek yang disediakan, uphill & downhill memang KAW tahap gaban ni.. best wo.. (masa dok kayuh jenuh menyumpah bila laa nk habih kayuh..kiki). Time dinner & lucky draw memang best.. makan yang berlambak dan best2.. juga hadiah lucky draw pon belambak.. patutlaa dlm hutan jamu ayaq kosong ja.. tu pon ciput.. depa tarik bawak mai kat dinner.. ceh...  




Nota Kaki : Belambak-lambak hadiah lucky draw, satu pon tak sangkut nama aku... xda luck langsung... tak best betoi lahhhhhhhhhh

Friday, December 2, 2011

300 Kaki Ride - 2nd Time

edisi pemanas badan untuk KAYUH LASAK 2011
 
Kali pertama aku jejakkan kaki di Bukit 300 adalah September 2011 lepas.. memang syok ride time tu walaupon cuaca hujan diawal paginya.. Kali ni buat kali ke-2nya aku kembali nak merasai trek yang agak mencabar ni (bagi aku yg tak power ni lah). Tak banyak perbezaan sangat, cuaca hari ni pon lembab. semalam hujan lebat.. cuma kali ni lebih ramai riders yang hadir. Trek jugak lebih panjang dengan mengikuti laluan N.Tebal jamboree.. dan lebih mencabar laluan downhillnya.. disebabkan trek yg lembab dan berselut jenuh jugak nak kawal beskal.. ada juga yang terbabas.. mujuq tadak kecederaan serius.. aku sendiri dua tiga kali nak menungging (mungkin kerna fork XCR yg aku pakai ni tak sesuai..lembut sangat).. Yang pastinya, prestasi aku kali ni agak memuaskan.
 
 
 
 
 

 Macamna laa gayanya aku nak Kayuh Lasak ni.. bedal sajalah............