Thursday, December 8, 2011

Kayuh Lasak 2011

 

Dengan tema KAW RIDE, Kayuh Lasak 9 yg berlangsung Ahad, 4 Disember 2011 lepas memang cukup KAW. Ini adalah pernyertaan aku yang pertama dalam event ni. Walaupon aku tak dapat completekan kesemua 9 check point disebabkan pihak 'marshall tak membenarkan aku meneruskan kayuhan.. time out dah.. frust giler beb ..kaki kuat lagi nak kayuh ni.. depa tak bagi pulak.. hehehehehe.. namum aku berjaya meng'complete'kan target asal aku untuk menyapu bersih 5 check point.. Syabas untuk aku.. Secara keseluruhannya aku suka event ni.. mungkin aku akan join lagi tahun depan..tu pon kalau ada.. Cuma ada beberapa perkara yang best & tak best sesangat berlaku dalam event ni. 
 
Yang Tak Best.. Marshall tak maklumkan maklumat tepat @ benar kepada riders. best ka buat camtu. Takda minuman isotonik @ tenaga di water station, bagi ayaq kosong ja..tak best laa. Water Station 2 pulak kehabisan ayaq... pergh betoi2 tak best tahap gaban. Baju T-Shirt Murah dengan saiz yang tak melepasi standard ISO.. saiz kecik.. tak muat aku nak pakai wo.. memang tak best lah.

Yang Best nya.. trek yang disediakan, uphill & downhill memang KAW tahap gaban ni.. best wo.. (masa dok kayuh jenuh menyumpah bila laa nk habih kayuh..kiki). Time dinner & lucky draw memang best.. makan yang berlambak dan best2.. juga hadiah lucky draw pon belambak.. patutlaa dlm hutan jamu ayaq kosong ja.. tu pon ciput.. depa tarik bawak mai kat dinner.. ceh...  




Nota Kaki : Belambak-lambak hadiah lucky draw, satu pon tak sangkut nama aku... xda luck langsung... tak best betoi lahhhhhhhhhh

No comments:

Post a Comment