Friday, June 10, 2011

Hatyai MTB Jamboree 2011

Buat Pertama kalinya aku menyertai event ni juga pertama kalinya aku berkayuh di luar negara.. Event yang kali ke-2 seumpamanya telah dilaksanakan dan disertai oleh aku.. Ianya berlangsung pada Sabtu, 4 JUN 2011, bertempat di hatyai Municipal Park, Hatyai, Thailand.. dengan jarak kayuhan sepanjang 43km merangkumi 80% OFFROAD (Kebun Getah) dan selebihnya JALAN RAYA. Laluan berbukit yang bisa dikayuh.. tidak lah terlalu sukar.. tidak banyak yang dapat aku coretkan disini.. Trek ni yang aku sifatkan agak menarik dan mempunyai kenikmatannya tersendiri. Lebih nikmat bila bertemu kenalan baru..
Bersama Syahrul Izam di Starting Point

Macam biasa..kedudukan di tapak permulaan.. tidak dihadapan tidak jua kebelakang
Awas...Jambatan sempit dihadapan..Disini satu2nya kesesakan berlaku..

panjat...

dan turun...

Berehat di CP3 : Mineral + Pisang
Kenalan baru dari Selangor

Bersama Pudin TTG & rakan dari Urat Keting

Tolak...


Kejang.. lumrah berbasikal..mesti ada punya

Walaupon aku mngalami sedikit kekejangan.. tapi sampai jugak kat Finishing
wokey Hatyai..jumpa lagi di lain waktu..

Monday, June 6, 2011

A Day Before Hatyai MTB Jamboree 2011


Sawadikap.. kakumkap.. Sebai de re kab ?.. Sed riabroi laew Hatyai MTB Jamboree 2011.. 
Perghh.. sempat jugak aku belajaq sepatah dua bahasa Siam neh.. Asalnya bila ada kabar member aku, Syahrul & rakanya Pong  nak kayuh di negara Jiran, aku pon teruja sesangat nak join sekaki.. Untuk rekod, aku daftar masuk pon dah last menet.. tu pon melalui Abang Megat.. nasib baik ada lagi kekosongan.. Almaklumlah ni la 1st time aku kayuh kat Overseas.. 
So pagi Jumaat tu kami bertiga bertolak ke Hatyaii dengan sebiji keta (keta Encik Pong).. Lebih kurang jam 4.00 petang waktu tempatan baru kami sampai di Hotel .jenuh pusing pekan jugak la nak cari hotel.. Guna GPS pon GPS muhong..haha.. nasib-nasib..Lepas amik Goodies & kunci bilik kami terus lepak kat bilik laa.. rest2 apa lebih kurang
 
 J.B. Hotel : sini la tempat amik goodies & penginapan kami.. nice hotel

 yang ni pon nice jugak..hehe

 Baik punye..heh

 Gerek masuk lift

bawa gerek sampai ke bilik tidur .. p/s : sila abaikan empunya punggung itu..:P 

Bandar Hatyai dari bilik penginapan

 Jalan2 cari makan


 Menu Dinner : sup kaki lembu + tomyam udang + daging goreng = nyum nyum

 Tuuudia.. cerah hempa sapu.. tinggai kacang panjang ngan timun ja.. 

 Lepas makan kayuh pusing town

ntah apa yang 'best' pon tatau..

 12.00 malam balik tidoq.. 
esok nak kayuh.. lagi pon bahaya melewaq lewat malam..
 
noteMata pon dah ngantuk ni.. tunggu next entry pasai kayuhan Hatyaii Jamboree plak.. Ratree Sawad.. huarghhhhh

Friday, May 27, 2011

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan ke-2

Salam semua, Alhamdulillah diketika ini aku masih lagi diberi peluang untuk bernafas, agar dapatlah kita meningkatkan ketaqwaan bagi menuju jalan yang diredhai Nya.. Syukur ke hadrat Ilahi esok 29 Mei 2011 secara rasminya usia perkahwinan Aku dan Farah akan mencapai usia 2 Tahun..

Terima kasih Sayang (ayat jiwang sikit..ehehe) kerana memahami diri yang masih banyak kekurangan ini, terima kasih juga kerana membahagiakan hidup ini. Rasa kasih dan sayang semakin bertambah dengan adanya  insan kecil dalam hidup kita. Malah ianya dapat menyerikan dan melengkapkan lagi kehidupan kita..(Insyallah, nanti kita tambah lagi sorang baru berseri2 hendaknya..aha)

Mudah-mudahan ikatan yang kita bina ini akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat. Semoga Allah memberkati kita dan melindungi rumah tangga kita senantiasa…Amin

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Kita Sayang.... i love u

Apapon kita dengarkan bait2 lagu dari Kopratasa ni dulu...
Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang
Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami
Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku



Wednesday, May 25, 2011

Rempet ke Kapet lagi

Pagi Ahad, 15 Mei 2011 atas permintaan saudara Chaon nak repeat trek Bukit Kapet sekali lagi aku berkayuh di trek Sungai Ara ni ditemani ngan beberapa kerat geng SAT.. Sejak akhir2 ni saudara Chaon suka sangat ride kat Penang ni.. cam ada something neh.. nanti kita siasat .. Chaon... ce cite ce cite.. heh heh heh..

Macam biasa lokasi pemunggahan di Dinas Nasi Kandar, Sg Ara. Kayuhan sebelum ni aku hanya bertemankan Chaon & Shidee tetapi setelah jarum dicucuk kali ni saudara Syahrul & Paksu dari SAT juga turut serta.. Ditapak pemunggahan tetiba dpt msg dari Azhar Baimbai, mengatakan beliau jua nak turut serta bersama Din Discovery dan Abangnya.. so jumlah terkumpul kali ni 7 orang... apa lagi..lepas pekena roti canai sekeping kayuh la...
 
 Laluan Kebun Getah.. bleh tahan jugak climbingnya..

Shidee still menten..

Syahrul.. 1st time kayuh trek ni.. no problem, trek santai saja..

Senyum manis dari Azhar Baimbai.. kupikirkan dah gantung gerek..ropanya kayuh diam2

Ni apa kena pi kait buah derian plak... haish

cam besa.. lepak2 dulu


time ni dok meeting, nak balik ka.. nak sambung kayuh pi Blk Pulau ka.. nak pi Bukit Nyonya ka.. 
mana satu mau.. ce cite ce cite..
kelihatan di belakang sana ada yang sedang 'mengcangkul' sesuatu.. erk... cam bau nasi lemak ja..

apapon group photo mesti mau..

Chaon.. donhell ngan rokok di mulut tuh.. isk isk isk

Asal abih kayuh mesti acara ni.. asal acara ni mesti abih kayuh.. haha

Sunday, May 15, 2011

Malam Pertama

Di waktu hening malam
Di waktu sepi sebarang bunyi
Di waktu manusia di alam mimpi
Embun pagi membasahi bumi............

Halamak.. setelah lebih 7 tahun, malam ni ianya berulang kembali.. aku kena kerja syif la pulak.. dah la mula ngan syif malam.. agak membosankan.. Aduyai tengok jam baru pukul 2 pagi.. so far mata steady lagi.. cuma agak mati kutu jugak lepak sorang2 ni.. mujuq tak banyak isu / problem yang jadi setakat ni.. harap2 sampai ke pagi besok la..

Friday, May 13, 2011

One Day at Carpet Hill La Deyy... (Edisi Benggali Kapet)

সালাম সেজাহ্তেরা.. 
সবটু, ৯ মেই ২০১১.. সেজক আকু বের্তুকার তেম্পাত কের্জা দি কুলিম, লামা সুদাহ আকু তাক বের্কাযুহ দি পুলাউ পিনাং নি. অপাতাহ লাগি মেনের্জাহ ট্রেক সুন্গায় আর নি অটু লেবিহ দিকেনালি দেন্গান পান্গ্গিলান বুকিত কাপেট. দেস্তিনাসী তুজুয়ান বগি ককি২ মতব সেকিতার পুলাউ পিনাং নি.. ম্ম্গ তাক দিনাফিকান মেম্পুন্যায় অর দান কেনিক্মাতান্ন্যা তের্সেন্দিরি. কাযুহান কালী নি তুরুত দিসের্তায় অলেঃ রাকান আকু দাড়ি তেঅম সাত ইঐতু সুদারা চাওন দান সুদারা শিদী..  
আকু & চাওন





 
 লেপক দি পুন্কাক কাপেট

আইর সুন্গায় জের্নিহ & সেজুক..লেন কালী মাই বাবা বাজু মান্দি লা..

Thursday, May 5, 2011

Marshall @ Kulim International MTB Jamboree 2011

1 Mei 2011, Selamat Hari Pekerja kepada warga Pekerja.
Hari ni selesai sudah satu lagi event yang dianjurkan oleh Danish Adventure bagi kaki2 MTB yakni Kulim International MTB Jamboree 2011. Event kali ni sedikit berlainan bagi aku kerna melibatkan penyertaan aku & ahli2 Seluang Adventure Team (SAT) sebagai Urusetia..Aku tak kayuh ler kali ni.. jadi Marshall la pulak. Terima kasih kepada pihak penganjur kerana memberi kepercayaan kepada aku & geng bagi urusan tersebut. Juga setinggi2 terima kasih kepada saudara Chaon dalam mengepalai segala urusan serta semua rakan tahniah kepada anda semua...

 CP3 : disini bermulanya kelibat & aksi aku & SAT

 Antara halangan yg ada.

Laju... 

Laluan Donhell yg amencabar... ramai yang terbabas

 aku, Bro Arip & Bro Jeff

SAT The Geng

 Jumpa lagi di lain masa....